Persekutuan Cambridge untuk Malaysia Merdeka (The Cambridge Coalition for a Free
Malaysia) terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Pelajar Malaysia Universiti
Cambridge (CUMAS) yang menentang pemberian pentas kepada Dr Mahathir Mohamad
dalam persidangan bertajuk "MALAYSIA IN THE NEW MILLENIUM" pada 7 Oktober 2000.
Kami bertekad untuk menghalang Dr Mahathir daripada diterima oleh mana-mana
badan dunia selagi Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara.
Dr Mahathir tidak layak sama-sekali untuk mendatangi mana-mana badan dunia yang
terkemuka seperti Universiti Cambridge selagi dia terus menindas rakyat Malaysia
dan menghalang hak-hak mereka untuk bersuara, berkumpul dan bergerak dengan
bebas dalam negara mereka sendiri.
Sudilah mengunjungi tapak web kami di http://cambridgecoalition.tripod.com untuk
menyertai kempen ini dan menandatangani surat bantahan kepada YTM Putera Philip
(Canwselor Universiti Cambridge) dan YTM Putera Charles (Pengerusi Amanah
Komanwel Cambridge).
Sertailah kami ke arah Malaysia yang lebih bebas dan demokratik!
"Cambridge Coalition"