Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Tian Chua Akan Saman Polis

Aktivis reformasi, Tian Chua akan mengemukakan saman terhadap Polis Di Raja Malaysia. Saman ini berikutan insiden beliau dipukul dan didera ketika dalam tahanan lokap Ibu Pejabat Polis, di Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur, 8 Ogos lalu.

Tian ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan aman membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya sedang berbincang dengan peguam saya beberapa aspek-aspek undang-undang sebelum saman ini difailkan," kata Tian. Menurutnya, saman ini akan dikemukakan secepat mungkin.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com