Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Dewan Pemuda PAS Terengganu ke Kemboja

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan berangkat Ke Kemboja dalam rangka jalinan muhibbah silaturahim sesama umat Islam. Menurut jurucakap DPPNT, rombongan tersebut akan diketuai oleh Naib Ketuanya YB Ustaz Satiful Bahari bin Mamat (Ketua Pemuda PAS Dungun).

Disana nanti DPPNT dijangka akan menemui beberapa ulamak terkenal di negara tersebut.Sselain daripada itu mereka juga dijangka akan menyampaikan bantuan kepada umat Islam disana. Antara bantuan yang akan disampaikan nanti adalah berbentuk wang ringgit, pakaian, Al-Quran, Kitab serta ubat ubatan.

Selain daripada itu dijangkakan juga beberapa orang Doktor akan turut serta dalam rombongan ini seterusnya akan memberi rawatan kepada umat Islam disana. Petugas-petugas DPPNT sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk memastikan barang - barang yang dikumpul hampir sebulan lalu selamat sampai .

Kemuncak kepada lawatan ini DPPNT dijangka akan membeli sebidang tanah disana untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi penubuhan sebuah pusat pembelajaran Ilmu disana nanti .

Umat Islam Kembaja telah ditindas. Haji Mukhtar Md Zain (Mufti Wilayah Kampu Chan) telah menyatakan dalam ceramahnya di Masjid Rusila, selepas Solat Jumaat.

Antara lain beliau menyebut hampir 300,000 umat Islam terkorbon oleh tentera Khemer Rough. Tentera ini juga membunuh para Ulama lebih kurang 1600 orang.

Hasil daripada penghapus umat Islam, Masjid dibakar, kitab Al Quran dirampas dan dibakar oleh tentera Khemer Rough selama 3 tahun lebih memerintah.

Masjid yang dulunya lebih daripada 1000 buah sekarang ini tingga beberapa buah sahaja. Umat Islam memjadi buta dalam ilmu pengetahuan kerana banyak orang alim telah dibunuh dengan kejamnya. Mufti Kampu Chan, Hj Mukhtar ada menyebut lebih kurang 40 pasangan Islam yang terpaksa dinikah semula selepas kemerdekaan ini kerana mereka menikah tak betul kerana ceteknya Ilmu agama.

Bantuan kewangan, kitab-kitab dan lain keperluan bolehlah disalurkan kepada Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu. Tanah Wakaf juga dijual RM100 untuk ¼ hektar. Tujuan pembelian tanah ini adalah untuk membina perkampungan Islam bagi membangun umat Islam di sana


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com