Sudah agak lama saya tidak menulis ke ruangan reformasi. Semenjak peristiwa tafakur oleh Laman Reformasi, hati saya menjadi tawar seketika utk menyumbangkan artikel akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka. Bagaimanapun artikel dari Cucu Dato' Bahaman (CDB) bertajuk 'Kita Sebenarnya Masih Pengecut' menarik minat saya.
Saya sebenarnya sependapat dgn CDB dalam hal ini. Dan saya pernah menulis berkenaan isu ini dahulu dgn artikel bertajuk ' Kes Anwar - Pemimpin BA Lakukanlah Sesuatu'. Artikel tersebut saya hasilkan setelah agak kecewa dgn pimpinan BA yg saya rasa begitu berlembut di dalam kes Anwar apatah lagi ketika itu timbul isu Anwar diracun, isu sapina terhadap Mahathir ditolak dan sebagainya. Pimpinan BA nampaknya terlalu berlembut dengan hanya mampu mengeluarkan kecaman-kecaman yang langsung tidak menggugat kezaliman dan pemerintahan Mahathir. Inilah kelemahan kita yg dieksploitasi habis-habisan oleh Mahathir. Beliau tidak gentar dgn setiap tindakan yg beliau lakukan kerana beliau tahu kita hanya mampu mengecam. Hatta apabila Harakah dikurangkan pengeluarannya kepada dua kali seminggu pun, pimpinan Pas masih bersabar dan berlembut. (Kalau tak silap saya tindakan undang-undang yg digembar-gemburkan utk diambik terhadap KDN sehingga kini belum difailkan).
Oleh itu apa yg dinyatakan oleh CDB di dalam artikelnya amat benar dan bersesuaian sekali. Artikel sebeginilah sepatutnya yg dapat membuka minda dan dijadikan renungan bersama di dalam meneruskan perjuangan ini.
Adalah amat malang apabila artikel ini tidak dapat diterima dgn terbuka oleh Hj. Mohnas dan sebaliknya menyerang CDB dgn agak emosional dan cuba memperlekehkan beliau. Sebagai org yg berpengalaman (pada telahan saya) Hj Mohnas sepatutnya lebih matang membicarakan isu ini. Menyangkal pendapat orang lain dgn cuba merendah-rendahkan penulisnya akan hanya menggambarkan sikap sebenar beliau dan kredibilitinya tentulah boleh dipersoalkan.
Saya berharap agar kita semua sentiasa dapat membuka minda dan berlapang dada di dalam meneruskan perjuangan yg masih panjang ini supaya kebenaran dan kemenangan yg kita impikan akan menjadi kenyataan. Jadi di dalam perjalanan ini seharusnya kita perlu sentiasa bermuhasabah dan mengkritik mana yg perlu, menegur mana yg pincang. Mudah-mudahan kemenangan itu akan semakin hampir.
Cukuplah kita berkhayal dgn adegan-adegan filem yg belum tentu akan jadi kenyataan tanpa usaha dan strategi yg jitu. 2004 masih belum menjanjikan pemerintahan mutlak kita. Jangan sampai kita gigit jari lagi!
Lawan Tetap Lawan!
Dr. Muda