Dunia hari ini semakin panas membahang.Begitulah yang sering
dinyatakan oleh para saintis yang mula dapat mengesan perubahan suhu
dunia yang semakin meningkat.Fenomena alam ini amat membimbangkan.
Lantaran itulah pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan untuk
mengawal suhu bumi.Manusia yang tidak mengenal erti ketuhanan hanya
memikirkan perkara ini sebagai satu fenomena alam yang biasa dan tiada
kaitan dengan Penciptanya. Sedangkan umat Islam yang diterapkan dengan
tauhid ketuhanan melihat perkara ini sebagai salah satu daripada amaran
Allah betapa dunia ini hampir berada dipenghujungnya. Manusia yang takabbur
cuba menyembunyikan hakikat bala Allah di atas sikap bongkak dan kesombongan
mereka dengan menyatakan bahawa segala apa yang berlaku merupakan fenomena
alam semata-mata dan tidak bersangkut paut dengan peringatan Allah.
Perbuatan mereka ini dalam sedar atau pun tidak telah merugikan diri mereka
sendiri yang mana ia menyebabkan mereka semakin jauh daripada Tuhan mereka
iaitu Allah dan kerosakan yang dilakukan semakin berleluasa.Kita perlu ingat
bahawa kerosakan dan kemusnahan keindahan alam sejagat disebabkan tangan
manusia yang
mencabar kekuasaan Allah sebagaimana kita fahami daripada maksud
firman Allah dalam ayat 205 surah al-Baqarah : Dan apabila dia berpaling
(dari kamu) dia berjalan di muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya dan
merosak tanaman dan binatang ternakan dan Allah tidak menyukai kebinasaan.
Begitu juga maksud ayat 41 surah ar-Rom : Telah zahir kerosakan di daratan
dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya allah
merasakan kepada mereka sebahagian daripada(akibat) perbuatan mereka agar
mereka kembali (ke jalan yang benar).Dunia politik juga semakin
membahang.Pelbagai persoalan dan sejuta satu permasalahan mula dikupas hasil
dari pergolakan politik tanahair.Fenomena ini amat membimbangkan golongan
yang tertentu.Apakah jalan penyelesaiannya?Ini baru 2 permasalahan dunia
yang disebut. Di luar sana masih banyakpermasalahan dan isu yg hangat
diperkatakan. Masalah murtad, masalah sosial, masalah kezaliman yg
berleluasa, masalah penindasan, masalah ekonomi yg merundum jatuh,
masalah perlembagaan yang berat sebelah,rasuah dan sebagainya. Takut
dan gerun juga bila mendengarnya...
Apakah punca masalah-masalah ini? Jawapannya mudah sahaja bagi
mereka yang memahami hakikat kehidupan dan mengenali siapakah diri
mereka yang sebenar berbanding Allah Pencipta mereka.Apabila kita taat
dan tunduk pada undang-undang yang digubal oleh tangan manusia yang
serba lemah iaitu Suruhanjaya Reid jika di negara kita yang sememangnya
anti-Islam. Inilah bahana yang mula menimpa kita dan akan terus mencengkam
jika kita terus alpa dan tidak berubah ke arah Islam. Apabila ideologi
manusia disanjung maka inilah habuannya.Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W
sendiri telah memberi amaran bahawa antara tanda-tanda qiamat ialah apabila
amanah pemerintahan diberi kepada mereka yang jahil dan bukan ahlinya
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dalam sohihnya :
Seorang arab desa telah datang menemui Rasulullah S.A.W lalu bertanya :
Bilakah qiamat? Baginda S.A.W menjawab dengan maksud : Maka apabila telah
dirosakkan amanah maka tunggulah qiamat.Dia bertanya lagi : Bagaimanakah
merosakkan amanah itu? Sabda baginda : Apabila diserahkan urusan
(pemerintahan) kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah qiamat. Begitu juga
dengan hadis riwayat imam Ahmad, Tobarani, Ibnu Majah dan Hakim daripada Abu
Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Akan datang
kepada manusia tahun-tahun yang berlaku pelbagai penipuan di mana dibenarkan
padanya pendusta dan didustakan padanya orang benar. Dan diberi kepercayaan
padanya pengkhianat dan dikhianati padanya orang yang jujur dan bercakap
padanya Ruwaibdoh. Mereka(para sahabat) bertanya : Dan apakah Ruwaibdoh?
Jawabnya : Seorang lelaki yang bodoh bercakap dalam urusan
umum(rakyat).Amaran Rasulullah S.A.W ini sedang berleluasa termasuk di
negara kita Malaysia tercinta.Adakah kita masih boleh berdiam diri apabila
melihat perkara ini terus bermaharajalela?Adakah kita rela untuk terus
berada di bawah pemerintahan mereka yang bukan ahlinya dan bodoh dalam
masalah agama? Mereka bukan menjaga kesucian Islam malah menghinanya dan
mencaci para ulama' serta menjadikan ulama' terompah kayu sebagai unta
tunggangan dalam menjaga kedudukan mereka. Jika lembu mesti dijaga oleh
manusia yang berakal dan tidak dibiarkan lembu menjaga urusan mereka sendiri
maka lebih-lebih kita sebagai manusia yang mengaku beriman kepada Allah dan
berakal mesti dijaga urusan kita oleh ulama' yang tahu hukum-hakam agama dan
cara memerintah menggunakan sistem Pencipta bukannya sistem orang yang
dicipta. Sampai bilakah kita harus tunduk pada masalah-masalah ini? Adakah
sekadar berdiam diri dan terus menyaksikan generasi kita tidak kenal lagi
ajaran Islam? Tidak cukupkah lagi dengan penderitaan yang kita tanggung
sekarang kerana buta agama sendiri kerana dasar pendidikan yang hanya
menitik beratkan material semata-mata?Maka jawapan dan jalan penyelesaian
yang terbaik ialah kembalilah kepada Islam. Satu ledakan perubahan atau
hijrah atau pun islahisasi perlu dilaksanakan segera.Ingatlah firman Allah
di mana Dia menyatakan bahawa sesuatu perubahan itu terletak ke atas sesuatu
bangsa itu sendiri samada mereka mahu berubah atau pun tidak sebagaimana
maksud firman Allah dalam ayat 11 surah ar-Ra'du : .....Sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah sesuatu kaum itu hinggalah
mereka merubah keadaan mereka sendiri....Ingatlah juga dengan hadis
riwayat imam Bukhari, Abu Daud dan Nasai'e daripada Abbdullah bin
Amru daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Muslim itu
mereka yang menyelamatkan saudara seislam dari lidahnya dan tangannya
dan Muhajir(orang berhijrah) sesiapa yang berpindah daripada apa yang
ditegah oleh Allah...Adakah kita dikira Islam jika tidak membantu saudara
seislam kita yang dizalimi? Adakah kita berasa sudah cukup iman kita walau
pun kita masih belum berhijrah daripada tunduk kepada sistem ciptaan manusia
yang dilarang oleh Allah kepada patuh kepada keadilan sistem Allah? Tepuklah
dada tanyalah iman kita...
Suara kebangkitan Islam telah bergema di sana sini.Adakah kita masih
terlena dalam alunan mimpi dunia. Awas!!! Ini bukan masa untuk terus kekal
diperadaban lama manusia yg usang...Inilah masanya, dunia Islam akan bangkit
dan bersinar gemilang. Laksanakanlah perubahan
sistem pengajian, sistem ekonomi, sistem pembangunan, sistem
perlembagaan...dan perubahan pada parlimen.Ayuh!!! Jangan
ketinggalan...para pejuang Islam kini terus menapak ke hadapan dengan
langkah panglima gagah berani...Sematkan semangat jihad dalam hati
kita...Demi untuk melihat tertegaknya Khilafah Islamiyyah.Kembalikanlah
mutiara gemilang yang hilang dek kerakusan manusia durjana!Ulama' boleh!
Islam memang boleh!.
Nukilan : Pejuang Inqilabi...