keADILan/03.1/01(07/00)
05 Ogos 2000 / 05 Jamadil-awwal 1421
DYMM Seri Paduka Baginda
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Yang Di Pertuan Agong
Istana Negara
Kuala Lumpur
DYMM Tuanku,
Assalamuŕlaykum wa
rahmatuLlahi wa barakatuh
ISU AL-MA`UNAH
Didoŕkan
semoga DYMM Tuanku bersama DYMM Tuanku Permaisuri sentiasa di dalam lindungan
dan rahmat ALlah s.w.t.
Daulat Tuanku,
Merujuk perkara di atas, sayugia dirafa’kan sembah
bahawa al-Ma`unah adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pejabat
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan telah mendapat kelulusan bagi menjalankan
aktiviti mereka sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan atau peraturannya
sekaligus persatuan yang sah di sisi undang-undang negara ini.
Al-Ma`unah dikatakan sebagai ajaran sesat oleh beberapa
orang pemimpin besar di negara ini tanpa merujuk perkara itu kepada Ketua Agama
Negara ini terlebih dahulu mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta atau
mana-mana peraturan. Oleh kerana itu, inilah dirafa’kan sembah kepada Tuanku
pandangan Parti Keadilan Nasional [keADILan] terhadap Pertubuhan Persaudaraan
Islam Al-Ma`unah [Al-Ma`unah].
Ampun Tuanku,
Pertubuhan Perguruan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma`unah
Malaysia, ringkasnya Al-Ma`unah berasal dari Jawa Timur dan berkembang di
Malaysia atas permintaan ramai untuk meneruskan jihad para ulama’ dan syuhada,
dalam usaha menegakkan agama Islam di muka bumi ini. Pertubuhan ini telah mendapat kebenaran daripada Pejabat
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan alamat berdaftarnya ialah di No. 197, Batu
1˝, Jalan Kapar, 41400 Kelang, Selangor.
Perdana Menteri telah mengatakan pertubuhan ini sebagai ajaran sesat
dalam beberapa kenyataan beliau. Untuk
mengatakan satu ajaran itu sesat, ia boleh ditentukan selepas melalui proses
seperti berikut:
i.
Majlis
Raja-raja Melayu yang bersidang dalam Persidangan ke-187 memutuskan dalam minit
mesyuaratnya meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa dalam perkara
yang ditimbulkan itu.
ii.
Pemegang
Mohor Besar Raja-raja mengutuskan warkah kepada Sekretariat Majlis Fatwa
Kebangsaan melalui Majlis Hal Ehwal Agama Kebangsaan yang dipengerusikan oleh
Perdana Menteri.
iii.
Apabila
warkah itu disampaikan kepada Sekretariat Majlis Fatwa, Setiausaha Majlis Fatwa
memanggil satu mesyuarat fatwa untuk bersidang.
iv.
Majlis
Fatwa Kebangsaan bersidang dan dalam persidangan itu memutuskan perkara itu
dengan tepat berdasarkan fakta yang tepat.
v.
Keputusan
dihantar kepada Pemegang Mohor Raja-raja melalui majlis hal Ehwal Agama
Kebangsaan.
vi.
Majlis
Hal Ehwal Agama Kebangsaan dipanggil mesyuarat sama ada hendak dipersembahkan
atau tidak keputusan fatwa itu.
vii.
Apabila
Majlis Hal Ehwal Agama Kebangsaan bersetuju menyerahkan keputusan fatwa itu kepada
Majlis Raja-raja Melayu, maka keputusan fatwa berkenaan diserahkan kepada
Majlis Raja-raja Melayu.
viii.
Apabila
keputusan fatwa itu dipersembahkan, maka satu mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu
pun dipanggil untuk menerima keputusan fatwa itu atau tidak. Jika fatwa itu diterima barulah dikeluarkan
fatwa untuk pengetahuan umum (orang Islam sahaja) atau seluruh rakyat Malaysia
tertakluk kepada keputusan itu.
Atau dengan cara lain yang lebih ringkas prosesnya:
i.
Dipanggil
satu mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi membuat
keputusan untuk dijadikan fatwa.
ii.
Keputusan
tersebut akan dibawa ke negeri-negeri oleh Mufti masing-masing untuk diputuskan
di peringkat negeri pula.
iii.
Keputusan
fatwa yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri diumumkan dalam Warta Kerajaan
Negeri masing-masing dan fatwa ini hanya untuk orang Islam sahaja di negeri
yang mewartakan fatwa itu dalam wartanya.
Daulat Tuanku,
Fatwa yang mengatakan satu ajaran itu sesat, hendaklah
berpandukan kepada fakta-fakta yang jelas.
Fakta-fakta ini hendaklah dibuat penyelidikan yang tepat dan terperinci
seperti:
i.
Ajaran
Al-Ma`unah ini bertentangan dengan al-Qur’an; umpamanya sesiapa yang manjadi
ahli dan mengamalkan ajarannya, tidak boleh mati atau tidak sampai ajalnya.
ii.
Ahli-ahli
tidak perlu sembahyang dan melakukan ibadat-ibadat khusus yang lain setelah
umur lebih daripada umur nabi (63 tahun), kerana ibadat selepas itu dikira
tambahan sahaja;
iii.
Mengharamkan
yang halal, yang mana halalnya jelas disepakati oleh semua ulama’;
iv.
Menghalalkan
yang haram yang disepakati oleh ulama’ haramnya; dan
v.
Perbuatan-perbuatan
lain seperti menyembah berhala atau menyembah selain daripada ALlah s.w.t.
Mencuri senjata atau harta kerajaan tidak termasuk
dalam ajaran sesat. Bagaimanapun ia
merupakan dosa besar kepada yang melakukan.
Tuanku,
Sekiranya fakta-fakta yang mengatakan ajaran Al-Ma`unah
ini tidak tepat seperti contoh di atas, maka sudah tentu fatwa yang dikeluarkan
juga tidak tepat dan silap. Kerana
pernah berlaku kepada seorang Mufti Besar di Andalusia di abad ke-3 Hijriah,
yang bernama Yahya Ibnu Yahya al-Laithi al-Maliki yang mengeluarkan fatwa bahawa
seseorang Khalifah atau pemimpin besar negara yang berbuka puasa dengan sengaja
di siang hari bulan Ramadan, hendaklah membayar kaffarah dengan berpuasa dua
bulan berturut-turut. Alasan fatwanya
itu diberi kerana maslahah mursalah; di mana pada fikirannya seorang Khalifah
boleh dengan mudah memerdekakan hamba dan memberi makan 60 orang fakir miskin
kerana kemampuan hartanya. Fatwanya ini
dibantah oleh semua ulama’ dunia Islam ketika itu, kerana bercanggah dengan nas
dan faktanya tidak tepat; hingga akhirnya beliau meletakkan jawatan serta
menarik balik fatwa itu.
Kami percaya bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan atau Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga akan
silap dan salah serta terkeluar daripada tradisi ilmu fatwa jika fakta yang
diberi tidak tepat atau mengambil sumber daripada pihak-pihak yang tidak
thiqah. Kita tidak mahu Fatwa Memali
berulang lagi.
Tuanku,
Sehubungan dengan itu keADILan berpendapat tidak perlu
dikeluarkan sebarang fatwa terhadap isu al-Ma`unah ini. Peristiwa Sauk ini adalah hal-ehwal politik
dan hanya boleh diselesaikan oleh pihak-pihak terbabit melalui saluran politik
jua. Isu agama tidak berkait langsung
dengan Persitiwa Sauk dan kecurian senjata berkenaan, adanya.
Ampun Tuanku.
Yang benar,
DATO’ SHEIKH AZMI
AHMAD
Naib Presiden
s.k. 1. Pengerusi JAKIM
2.
Mufti-mufti
Kerajaan Negeri
3.
Ahli-ahli
MPT keADILan