Banyak pihak kesal kerana pihak kerajaan negeri tidak
membenarkan beberapa penceramah memberi ceramah di
negeri ini tanpa alasan yang kuat. Sebelum ini, Johor
telah menggam beberapa tokoh ulama seperti Dr. Haron
Din, Dato' Ishak Baharom, Dr. Badrul Amin Baharom dan
lain-lain.
Kini giliran seorang Penolong Pengarah di Jabatan
Agama sendiri yang digam iaitu Ustaz Nasir bin Amir.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dari
Universiti Al-Azhar dan Master dari UKM. Adakah beliau
digam atas alasan tidak mempunyai ilmu agama yang
cukup?
Apalah yang ditakuti oleh BN Johor terhadap seorang
Ustaz ini sehingga dipinggirkan oleh Jabatan Agama.
Tidak nampak, isi kandungan ceramah beliau berupa
hasutan atau fitnah yang mengancam keselamatan negara.
Sekadar ceramah dan kuliah agama yang selama ini telah
banyak memberi ilmu kepada umat Islam.
Pendirian Jabatan Agama Islam Johor amat tidak jujur
kerana beberapa orang pegawainya yang menyokong UMNO
dan berkempen dalam pilihanraya lepas terus mendapat
tempat. Beberapa orang pegawai Agama Johor turut
berkempen menyokong UMNO dalam pilihanraya kecil di
Sanggang, Pahang seperti Ustaz Halid bin Sono
Al-Hafiz tidak pula dikenakan tindakan oleh kerajaan
negeri.
Adakah Ustaz Nasir Amir yang digam kerana menyokong
parti politik pembangkang ? Mengapa pula Ustaz Halid
Sono yang juga menyokong sebuah parti politik UMNO
tidak digam? Kerajaan negeri perlu adil...kalau
kakitangan kerajaan kumpulan A dilarang aktif dalam
politik, aktif dalam UMNO juga salah.
Selama ini kerajaan berat sebelah, siapa yang sokong
UMNO diberikan tempat yang baik. Yang menyokong
pembangkang, dihumban dan diketepikan.
Dari:
Pensyarah UTM
Skudai, J.Bahru