Petikan :
Tranung Kite eGroups
Bermula dari tarikh pemecatan saudara Anwar sebagai TPM pada tahun 1997
sehinggalah pada tarikh beliau dijatuhi hukuman penjara untuk kedua
kalinya baru baru ini, rakyat nampaknya semakin hilang harapan untuk
melihat campur tangan Raja Raja Melayu dalam membantu menyelesaikan
segala kekusutan dan ketidakadilan yang ditunjukan oleh kerajaan
Mahathir.
Setelah rakyat disogokan dengan berbagai bagai perkara zalim dan tidak
menurut undang undang dan perlembagaan negara yang diamalkan oleh
kerajaan Mahathir, rakyat kini mula mempersoalkan apakah relevanya
institusi Raja Raja ditegakan di negara ini. Sebelum ini rakyat berharap
agar Raja Raja Melayu dapat melakukan sesuatu dalam membantu dan
menyelesaikan kemelut yang berlaku namun tetap hampa. Institusi Raja
Raja nampaknya membisu seribu bahasa. Rakyat sedar Raja Raja Melayu
sebenarnya adalah lebih berkuasa dari Mahathir dalam perlembagaan negara
namun apa yang berlaku kini Raja Raja Melayu seolah olah telah
mengambarkan bahawa Mahathir bebas melakukan sesuka hati termasoklah
menyalahgunakan kuasa badan badan tertentu seperti badan kehakiman,
badan pendakwaan, polis, BPR dan sebagainya dalam merealisasikan dan
mencapai cita cita duniawi rakus kuasanya.
Adalah jelas kini kuasa Raja Raja Melayu kian hari kian hilang
termasoklah kuasa sebagai ketua Agama. Raja Raja Melayu tidak lagi
digambarkan sebagai tempat rakyat bergantung harap dan tidak lebih
sebagai simbol semata mata. Adalah malang sekali tanggapan rakyat untuk
mendaulatkan institusi ini ketahap sepatutnya seperti termaktub dalam
perlembagaan kian terhakis sebagaimana terhakisnya harapan rakyat
terhadap kerajaan Mahathir yang memerentah.
hammer