Assalammualaikum.
Semoga kita selalu dirahmati Allah.
Jangan takut pada air. Takutlah pada yang menjadikan air. Apa
sebenarnya Holy Water? Ianya tidak lebih daripada air yang sering digunakan
oleh umat Kristian dalam sembahyang mereka. Kalau saudara perhatikan ketika
umat Kristian memasuki gereja untuk upacara sembahyang, mereka akan
mengambil Holy Water dengan menyentuh satu 'takungan air' lalu melakukan
tanda salib dengan menyebut, " In the name of the Father, and of The Son
and of the Holy Spirit, Amen". Kalau kita perhatikan, wudu' merupakan salah
satu hukum yang telah ditinggalkan oleh Bani Israil. Maka tidak hairan
bilamana umat Kristian mengambil jalan mudah dengan mengambil Holy Water
sebagai pengganti " wudu' " yang telah ditinggalkan, sebelum upacara
sembahyang mereka. Selain dari itu, Holy Water juga digunakan untuk tujuan
lain seperti 'pendinding' dari gangguan hantu, ketika sakit dan pada
bila-bila
saat dan ketika seseorang itu merasakan perlunya penggunaan Holy
Water.
Saya kurang pasti sama ada penelitian saya terhadap Holy Water tidak
menyeluruh, namun saya tidak mendapati adanya ayat tentang Holy Water
dalam bible. Kalau ada saudara-saudara yang pernah terbaca dalam
bible, tolong khabarkan pada saya di bab yang mana. Saya tidak percaya
bahawa Holy Water mempunyai satu kekuatan atau kemampuan yang luarbiasa
sehingga mampu mengugat akidah seseorang. Kalau boleh saya mahu berkongsi
pengalaman dengan saudara tapi saya minta tidak akan ada yang menyalah
tafsir kenyataan saya.
1) Saya pernah minum Holy Water yang diambil dari gereja. Berbekalkan
kalimah 'Bismillah' saya minum, ternyata sekarang saya masih
lagi Islam. Saya sependapat dengan saudara Rozi bahawa Holy Water
yang ada di pasaran' sekarang merupakan air yang dijampi.
Kalau Holy Water yang terdapat di gereja-gereja, memang tidak ada kemampuan
luarbiasa. Air longkang itu lebih luarbiasa. Kalau diminum,
barangkali bisa mati..
2) Pernah suatu hari, anak saudara saya (Kristian) mengalami
sakit misteri. Saudara saya telah menjemput saya ke rumah. Ketika saya
sampai,anak kecil itu sedang terlantar dan ada seorang yang saya
tidak kenal sedang sembahyang dan merenjis-renjis Holy Water ke
badan anak itu. Saya hanya memerhatikan dan selepas itu beredar.
Keesokan hari saya datang lagi, ternyata anak itu masih tidak
sembuh. Kerana kasihan, lalu saya minta kebenaran saudara saya
untuk bersendirian bersama anak kecil itu buat seketika. Lalu saya
baca ayat-ayat Al-Quran dan saya sentuh kaki anak itu sambil berdoa
dalam hati semoga Allah mengasihani dan menyembuhkan anak kecil
yang tidak mengerti apa-apa. Saya bukan bomoh tapi anak kecil itu
sembuh pada sebelah petangnya.
3) Tempat saya tinggal merupakan sebaris rumah yang terdiri dari
5 buah bilik. Bilik saya di hujung dan bilik sepupu saya di hujung
yang lagi satu. Rumah ini agak 'panas' kerana ada 'pengganggu'nya.
Kalau saudara perhatikan setiap pintu bilik itu ada tergantung
benda-benda sama ada kertas atau tangkal penghalau hantu. Sepupu
saya seorang Kristian, sudah kahwin, punya anak umurnya kurang dari
setahun. Di biliknya itu selalu didatangi pengganggu dan anaknya
itu kalau menangis, nangisnya sampai ke subuh. Sepupu saya
menggunakan Holy Water setiap kali dikunjungi pengganggu. Kerana
hantunya tidak pandai lari,lalu dia meminta pertolongan saya. Lalu
saya berikan segelas air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan saya
tambah dengan satu doa yang diajarkan oleh seorang Syed kepada
saya. Ternyata biliknya itu aman dan anaknya tidak lagi diganggu.
Kalau nangis, ya..... mahu susu.
Makanya saya berharap saudara-saudara tidak keliru dengan Holy Water.
Sesunggunya ia hanya air biasa yang tidak pernah terbukti
kehebatannya. Kita harus ingat bahawa umat Kristian itu sangat cemburu
dengan kelebihan dan kemampuan luarbiasa ayat-ayat Al- Quran. Pernah
seorang Kristian mengatakan kepada saya bahawa ilmu kebatinan orang
Kristian juga menggunakan doa-doa 'Our Father', 'Hail Mary' dan sebagainya.
Lalu saya cabar dan kami ketemu seorang Kristian yang berkebolehan dalam
ilmu batin. Beliau mengakui banyak amalan-amalannya menggunakan kalimah
'Bismillah...' dan 'Kun Faya Kun' dan menafikan penggunaan doa-doa agama
Kristian.
Kerana akidah umat Islam terlalu mantap, maka umat Kristian tidak ada
cara lain untuk mengugat akidah orang Islam melainkan dengan taktik kotor
seperti yang diutarakan oleh Saudara Rozi. Satu cara ialah dengan
menggunakan air jampi dukun-dukun keparat, lantas mereka mengatakan
air itu Holy Water. Ya.. barangkali sekadar mahu memperbesar-besarkan
kemampuan Holy Water kerana segala amalan mereka itu tidak ada
hebatnya. Biasa saja. Kalau memperbesar-besarkan satu usul, umat itu
terlalu arif.
Jadi, tidak perlu takut pada air, takutlah pada yang menciptakan air
untuk manusia. Sekian.
Wallahualam.
Wassalam.
Pengirim: Rundi CRUNDI01@sgeckk.umw.com.my