Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Tambahan Analisis Penangkapan USTAZ SHAMSURI

Tambahan Analisis Penangkapan USTAZ SHAMSURI

Dari analisis yang saya perhatikan dari ceramah-ceramah Ustaz Shamsuri selama beberapa tahun, saya dapat mengkategorikan beliau memandang serius dan kerap menyentuh bab-bab:

a. pembangunan syaksiah keluarga(suami, isteri, anak, ibu bapa, mertua etc).

b. MURTAD.

c. Fekah dan Perundangan Islam.

d. Isu semasa dan kemasyarakatan

yang menjadi sebab penangkapan beliau.

Saya berpendapat penangkapan beliau adalah disebabkan:

a. Untuk menyekat penghayatan dan kesedaran Islam dikalangan pemuda dan belia.

Kerajaan UMNO akan menyekat mana-mana pendakwah yang mempunyai pengikut yang ramai. Beliau adalah adalah seorang pendakwah yang mempunyai begitu ramai sekali anak murid yang mengikuti kuliah-kuliah pengajiannya seperti Bahrul Mazi etc. di kawasan utara. Bagi rakyat di luar kawasan utara, mereka juga mengikuti kuliah-kuliah pengajiannya terutama sekali melalui kaset-kaset sejak 4-5 tahun dahulu. Kaset-kaset Ustaz Shamsuri mampu menarik segenap lapisan masyarakat dari Perlis sampailah ke Tambak Johor walaupun beliau menggunakan loghat penang. Contoh yang sama kita dapat lihat seperti apa yang terjadi kepada As-syahid Ibrahim libya dan juga Dr. Harun Din. Pemimpin yang berkupayaan menjadi hebat atau telah hebat akan dicantas lebih awal. Kebangkitan Islam akan memberi kelebihan pada PAS, bukan Umno. Walaupun semasa ceramah itu, para pendakwah tak pernah pun menyebut perkataan Umno dan Mahathir kutty, Asalkan banyak pengikut, Mahathir akan berusaha menamatkan riwayatnya.

b. Keperihatinan pada penyebaran Agama Kristian dan Hindu pada anak-anak Melayu.

Ustaz Shamsurilah antara ulamak yang paling tahu akan tektik-tektik yang digunakan oleh pendakwah Kristian untuk merosakkan anak muda Islam di samping Zulkifli Nordin teruatama sekali di kawasan utara. Malahan beliau sendiri meninjau(spying) beberapa pusat yang dipercayai digunakan untuk mempengaruhi anak-anak Melayu teruatama sekali gadis-gadis yang bekerja kilang di kawasan Seberang Perai Tengah dan Utara. Ustaz Shamsuri amat lantang mendedahkan teknik-teknik puak-puak laknatullah ini ketika kuliah pengajian. Mahathir Kutty sebagai orang yang memberikan tanahnya di Alor Setar untuk pembenaan gereja sesungguhnya terkilan ada pendakwah yang sebegini. Kita tak perlu berasa hairan akan kepesatan pengKristianan(Baptised) ke atas orang-orang Melayu, kerana ia memang di sokong oleh undang-undang penjajah yang dikekalkan olah UMNO, sejarah menunjukkan pendakwah Kristian tak pernah pun ditangkap dibawah ISA dan umat Islam perlu dilemahkan untuk mengelak kebangkitan PAS.

c. Beliau adalah ulamak moden.

Beliau juga menggunakan internet untuk menyebarkan kuliah-kuliah agama dan masalah kemusykilan umat Islam malah saya boleh claim Ustaz Shamsuri lah Ulamak yang paling terkehadapan dalam penggunaan teknologi moden. Dalam bahasa yang mudah difahami, Ustaz Shamsuri ialah seorang yang ulamak yang sungguh dinamik, progresif dan proaktif. Puak-puak taghut tak kita Mahathir Kutty atau Lee Kuan Yew amat takut jika orang Islam faham kekuatan, penggunaan dan penguasaan ilmu dlam bidang teknologi.

d. Karisma

Ustaz Shamsuri adalah seorang ulamak yang mempunyai karisma yang hebat. Beliau mampu ‘turning over’ seorang mat lepak kepada seorang mat masjid. Beliau mampu berhujah Islam dalam konteks kehidupan moden. Beliau mampu membangukan semangat orang untuk syahid jika beliau mahu, karisma yang juga dipunyai oleh Saudara Anwar Ibrahim. Dengan kata yang mudah difahami, mereka berdua merupakan PENYALA (spark) kepada api kebangkitan Islam yang memang sinonim kepada kebangkitan menentang Mahathir Kutty.

Terdapat juga sebab-sebab lain yang dinyatakan oleh para netters seperti sebagai survey penentangan rakyat sebelum keputusan kes Anwar diumumkan. Saya cuba menambahkan analisis untuk meransangkan idea supaya kita dapat memahami cara puak taghut ini merencanakan pergerakkan mereka.

Cadangan bagi point ‘b’(Murtad).

Saya mencadangkan anak-anak murid ustaz Shamsuri khasnya, PAS atau sesiapa sahaja, supaya dapat meneruskan usaha spying dan menjadi saksi akan cara kerja puak-puak pendakwah kristian. Tubuhkanlah satu jawatan kuasa untuk kerja-kerja ini. Tak salah lakukan kerja ini, Bekas mufti Selangor Datuk Ishak Baharom juga menghantar beberapa kakitangan JAIS untuk menjadi saksi kepada perempuan Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik. Kita mesti pegi tengok sendiri. Cuba camkan seorang individu dari puak laknaktullah itu, buatlah survey akan:

- pergerakkan mereka, dimana mereka selalu pergi(kilang, pasaraya)? Dapatkan alamat-alamat tempat itu dan masa-masa yang selalu dikunjungi.

- siapakah Melayu murtad yang mereka tunggangi ketika ini,

- apakah charity work puak-puak kristian ini? dimana? company apa yang sponsor mereka? bila?

- Risalah-risalah yang mereka sebarkan.

- plat pendaftaran dan jenis kereta kereta/van.

- bilangan Melayu yang datang ke gereja pada setiap Ahad pagi.(buat survey ini di Bukit Mertajam, jalan lama menuju ke Kulim sebagai permulaan). Mungkin anda menyangka hanya 4 ke 5 orang Melayu murtad yang datang, tetapi jika datang 2-3 bas, jangan anda terngaga. Selepas itu, cuba selidiki alamat Melayu itu dan juga tempat kerjanya. Mungkin anda akan menjumpai ‘lubuk’ tempat Melayu-melayu murtad itu bersarang dan membiak.

- Ambil gambar mereka(pendakwah kristian, kereta yg digunakan etc). Gambar penting untuk kita menyebarkan kepada orang ramai terutama sekali anak gadis Melayu dan untuk kita dokumentasikan.

Jika langkah ini dijalankan, insyaAllah kita akan dapat merapatkan diri kepada golongan Melayu murtad tersebut seterusnya kita harus cuba sedaya upaya memulihkan akidahnya sebelum terlambat. Jangan takutkan mereka dengan hukumam bunuh, lihatlah mereka dengan perasaan belas kasihan kerana mungkin mereka datang dari keluarga yang bermasalah dan diperangkap oleh pendakwah kristian itu. Dengan kata yang mudah difahami, KITA MEMANG NIAT NAK TOLONG. Kita haruslah pantas bertindak dalam hal ini sebelum mereka terutama sekali gadis Melayu murtad itu berkemungkinanan berkahwin dengan lelaki kirstian. Jika perempuan tu dah kahwin, bermakna kita dah susah nak buat kerja-kerja pemulihan kerana dia mempunyai seorang yang backing perempuan itu 24jam, apatah lagi jika perempuan itu dah beranak anak lelaki kristian laknat tu. Dapatkanlah golongan murtad itu dan cubalah ‘turning over’ dengan cara yang bijak sana.

Jika usaha ini dibuat bersungguh-sungguh, pasti anda mengetahui siapakah dalang yang sebenarnya. Mungkin orang politik. Kalau ya, adakah ia orang UMNO atau MCA? Bagi sebuah negara Islam, SB patut melakukan kerja-kerja ini, tetapi memandangkan kerja-kerja SB digunakan untuk menangkap pendakwah Islam, maknanya kita haruslah bekerja untuk untuk melihat pergerakkan pendakwah kristian ini supaya menjauhi anak bangsa kita. Jawatankuasa mestilah mendokumentasikan dan menganalisis segala yang berlaku. Hasil dokumentasi kita dapat berikan kepada pihak-pihak yang lebih tertentu seperti PAS untuk diambil tindakkan. PAS juga seboleh-bolehnya bertindak sebagai pusat pengumpul data. Lantiklah Jawatan Kuasa Pembasmi Murtad di setiap markas PAS dan maklumat in dapat disalurkan ke Jawatan Kuasa Pembasmi Murtad di Pusat.

Risalah-risalah BERGAMBAR mestilah disebarkan dengan meluas kepada belia-belia lelaki dan wanita agar berwaspada. Jika anda menghadapi situasi yang amat mencemaskan, JANGAN MALU-MALU UNTUK MENGADAKAN RAPAT UMUM. Ingatlah peristiwa yang terjadi kepada Natrah di Singapura. Jangan biarkan kesucian agama kita dipijak-pijak di bumi sendiri. Biarlah hanya kepala Mahathir kutty dipijak. Kita tahu, Umno TAK AKAN sekali-kali membuat perkara seperti yang dicadangkan ini, oleh itu, KITALAH yang mesti lakukannya. Sekali lagi, skop perjuangan PAS dapat diperbesarkan dan dapat menghidupkan serta menambahkan fungsi markas-markas PAS. Ini juga perjuangan. Banyak lagi kerja yang harus kita lakukan untuk menjana kemenangan 2004.

IMR 16 Ogos 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com