Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Tahanan ISA Ustaz Shamsuri ada hikmat disebaliknya

Apa-apa yang berlaku di dunia ini, selalunya ada hikmah disebaliknya. Dengan penangkapan Ust. Shamsuri ini, hikmah disebaliknya:

i] daripada tak kenal siapa itu Ust. Shamsuri, akan lebih ramai orang tahu siapa dia dan bagaimana orangnya. Famous dan tak payah susah-susah iklankan diri.

ii] daripada tak pernah dengar ceramah ugama, boleh dengar dengan membeli kasetnya, dapat juga pahala dan tambah pengetahuan.

iii] boleh guna fikiran yang Allah s.w.t beri untuk berfikir dengan rational, siapa sebenarnya yang cuba membuat kacau dan fitnah.

Dengan penangkapan ulama-ulama kita, ini menunjukkan betapa kerajaan amat takut dengan kebangkitan ISLAM di negara kita. Buang masa saja tangkap ulama-ulama ini, kerana mereka hanya takut pada Allah s.w.t. bukan manusia. Semoga Allah s.w.t melindungi dan memberkati perjuangan beliau menegakkan ISLAM.

NA


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com