ISLAM DAN SAINS
Siri
Satu
Diterjemahkan oleh Surau Bosch
daripada http://www.it-is-truth.org
dengan kebenaran webmasternya.
Artikel ini dan banyak lagi
artikel lain mengenai ‘Al-Quran dan Sains’ boleh dibaca di laman web ‘SalamKu’
di http://members.tripodasia.com.my/salam2020
Silalah lawatinya- temui suatu
kekaguman baru terhadap Al-Quran dan Hadis. Hebahkan kepada rakan-rakan sebagai
usaha dakwah.

Orang-orang
barat dewasa ini sedang bersungguh-sungguh mempertikaikan keserasian di antara
agama dan sains. Boleh dikatakan tidak munasabah bagi seorang pemikir barat
untuk menerima hakikat boleh ada satu titik pertemuan di antara agama dan
sains. Kitab Injil (Bible) yang diimani orang Kristian (Nasrani) mempercayai
pokok yang mana Nabi Adam a.s. telah memakan buahnya ialah Pokok Ilmu. Justeru,
selepas memakan buahnya, Nabi Adam ‘alaihissalam mendapat ilmu yang tidak
baginda a.s. ketahui sebelum itu. Disebabkan perkara inilah Eropah membazirkan
2 abad bertelingkah dan berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu sains
daripada orang-orang Islam.
Pihak Gereja (dimasa lampau-pent) memfatwakan bahawa usaha mengkaji ilmu sains
adalah punca kepada dosa asal (‘original sin’) Nabi Adam ‘alaihissalam. Mereka
memberikan bukti-bukti bersumberkan Kitab Injil Perjanjian Lama (‘Old
Testament’) yang menceritakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang
itulah Nabi Adam ‘alaihissalam telah mendapat ilmu. Lantas Allah
subhanahuwata’ala murka kepadanya dan tidak mahu mengampunkannya. Justeru,
suatu masa lampau pihak gereja menganggap ilmu sains sebagai suatu perkara yang
perlu dijauhi.
Akhirnya apabila golongan
tidak-percayakan-tuhan (‘free-thinkers’) dan ahli-ahli sains dari barat berjaya
mengekang kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil sikap yang
bertentangan dan sekaligus mengurangkan pengaruh ugama. Mereka membuat semua
perkara yang keterlaluan demi menjayakan usaha mengekang kuasa gereja dan
mengurangkan pengaruhnya supaya menjadi kecil dan tidak penting lagi.
Justeru, jika
and membincangkan isu agama dan sains dengan seorang orang barat, dia akan
terpinga-pinga. Mereka tidak tahu apa itu Islam. Mereka tidak tahu bahawa Islam
amat menghormati ilmu dan para ilmuan; bahawa Islam menganggap para ahli ilmu
sabagai saksi bersama-sama dengan malaikat tentang hakikat bahawa tiada tuhan
melainkan Allah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah subhanahuwata’aala
sebagaimana firmannya (surah 3: ayat 18) bermaksud:
“Allah menerangkan
(kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh
alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu
(mengakui dan menerangkan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Dan Allah
s.w.t Yang Maha Agung dan Maha Suci juga berfirman (surah 47: ayat 19)
bermaksud:
“Oleh itu,
maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah
ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa
orang-orang yang beriman- lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah
mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu
(di akhirat).”
Al-Quran dengan jelas
menyatakan sebab mengapa Adam alaihissalam. itu lebih diutamakan berbanding
malaikat-malaikat ialah kerana ilmu yang Allah subhanahuwata ‘ala berikan
kepadanya. Kisah-kisah di dalam al-Quran bercanggah dengan kisah-kisah Injil.
Umat Islam percaya keaslian Injil telah diubah. Menurut al-Quran, hakikat
bahawa Adam alaihissalam diberikan ilmu merupakan satu penghormatan dan
bukannya punca baginda alaihissalam dibuang dari Syurga. Justeru, jika kita
berbincang tentang Islam dan sains dengan pemikir barat, mereka lebih menjurus
untuk berdebat dengan andaian yang sama dengan pandangan agama mereka
(Kristian) terhadap ilmu itu. Oleh kerana itu, pemikir barat merasa amat
terkejut bila mereka didedahkan dengan fakta-fakta dari al-Quran dan Hadis.
Salah seorang daripada
mereka ialah Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan ‘Obstetrics’ dan
‘Gynecology’ (Kajian Janin), dan Profesor di bidang molekul dan Genetik Manusia
di Kolej Perubatan Baylor, Houston, Amerika Syarikat. Ketika pertama kali
bertemu beliau, Profesor Simpson bertegas untuk mengesahkan ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Namun, kami
telah berjaya meyakinkan beliau. Kami bentangkan kepadanya ayat-ayat al-Quran
yang membincangkan tentang perkembangan janin. Kami buktikan kepadanya bahawa
al-Quran menyatakan tentang pembentukan kromosom (‘chromose’) dan
daya-pewarisan (‘hereditary’) hanya berlaku setelah benih (dari air mani)
bercantum dengan telur wanita (‘ovum’). Sebagaimana yang kita tahu,
‘chromosome’ sememangnya menentukan bentuk fizikal yang akan diwarisi oleh bayi
itu nanti seperti warna mata, kulit, rambut, dan sebagainya.
Justeru,
banyak keadaan yang akan diwarisi oleh seseorang manusia sudahpun ditetapkan di
dalam ‘chromosome’nya. ‘Chromose’ ini mula terbentuk ketika peringkat awal lagi
(peringkat ‘nutfah’) dalam pembentukan janin. Dengan kata lain, bentuk dan
keadaan seorang manusia sudahpun ditetapkan ketika peringkat awal lagi-
peringkat ‘nutfah’. Allah subhanahuwata’ala Yang Maha Suci dan Maha Agung
menyatakan fakta ini di dalam al-Quran (Surah Abasa, 80: ayat 17-19) bermaksud:
“Binasalah
hendaknya manusia (yang engkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah ia
memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah?- Dari air mani diciptakanNya,
serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk menjadi
bertanggungjawab”.
Ketika 40 hari didalam
kandungan, semua anggota badan dan organ-organ telah dibentuk secara
berperingkat-peringkat. Kita boleh melihat di dalam gambarajah 2.1 bahawa
organ-organ mula dibentuk dan diatur, dan janin itu nampak seperti terpusing.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Untuk setiap kamu,
bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu dalam masa 40
hari” (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari).
Di dalam hadis yang lain,
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
“Selepas 42 malam
daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan
membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan
bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan
menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia suka” (Riwayat Muslim).

Gambarajah 2.1
Profesor
Simpson mengkaji dua Hadis in dengan tekun dan sememangnya beliau tahu bahawa
ketika 40 hari pertama kandungan ialah peringkat janin-genetik yang sudah dapat
dicamkan pembentukannya. Beliau amat takjub dengan ketepatan dua hadis ini. Di
dalam satu persidangan yang dihadirinya beliau memberikan pendapat ini: Dua
Hadis itu telah memberikan satu jadual secara terperinci mengenai perkembangan
janin sebelum 40 hari. Sebagaimana yang telah pun disebut oleh penceramah lain,
dua hadis ini tidak mungkin disabdakan berdasarkan pengetahuan sains yang ada
ketika itu.
Profesor Simpson
menyatakan bahawa agama boleh memandu usaha pencarian ilmu. Namun, pihak barat
sebagaimana yang kita bincangkan tadi menolak kemungkinan ini. Dan kini sudah
ada seorang ahli sains Amerika yang yakin bahawa agama, khasnya yang bernama
Islam, boleh mempertemukan agama dan ilmu dengan jayanya. Sebagai perbandingan,
bayangkan anda pergi ke sebuah kilang dan anda membawa bersama buku panduan
tentang kilang itu. Sudah tentu anda dapat memahami perjalanan kilang itu
dengan senang disebabkan anda ada buku panduannya. Tanpanya, ,mungkin sukar
untuk anda memahami perjalanan kilang berkenaan.
Profesor
Simpson berkata: Justeru, saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan
antara fakta genetik dan agama, tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains
dengan adanya wahyu-wahyu Tuhan yang boleh menolong dalam pengkajian sains.
Memang ada ayat-ayat al-Quran yang terbukti benar oleh penemuan sains. Ini
membuktikan ilmu di dalam al-Quran itu datangnya dari Allah.
Itu sememangnya benar.
Seharusnya umat Islam memulakan pengkajian ilmu dan mereka berupaya mengangkat
ilmu ke tempat yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi umat Islam tahu bagaimana
menggunakan ilmu untuk membuktikan keujudan Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci
dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad sallalahualaihiwasallam.
Allah
subhanahuwata’ala berfirman yang bermaksud:
“Kami akan
perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasan Kami di merata-rata tempat
(dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu
mengetahui dan meyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Surah Fussilat, 41: Ayat 53)
Setelah
menyedari melalui contoh-contoh keajaiban sains di dalam al-Quran dan daripada
maklumbalas para saintis sendiri, marilah kata tanya beberapa soalan ini:
a)
Adakah satu kebetulan sahaja bahawa penemuan terbaru sains di
pelbagai bidang itu telah dinyatakan dengan tepat tentangnya di dalam Al-Quran?
b)
Mungkinkah al-Quran itu ditulis oleh Nabi Muhammad
sallalahu’alaihiwasallam atau oleh
suatu yang bukan-manusia?
Hanya ini
sahaja jawapan yang munasabah: al-Quran itu adalah perkataan Allah
subhanahuwataala yang diwahyukanNya. Al-Quran ialah perkataan-perkataan Allah
secara langsung (‘literal’) yang Dia wahyukan kepada nabiNya Muhammad
sallalahu’alaihiwasallam melalui malaikat Jibrail alaihissalam. Nabi Muhammad
sallalahu’alaihiwasallam menghafal wahyu-wahyu itu. Kemudiannya sahabat-sahabat
baginda sallalahu’alaihiwasallam pula menghafal ayat-ayat itu, menulisnya dan
mengulang-kaji hafalan mereka dengan Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam.
Selain
daripada itu, Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam mengulang-kaji hafalan
al-Quran itu dengan malaikat Jibaril alaihissalam setiap tahun di bulan
Ramadan. Di tahun terakhir hidupnya, baginda mengulangkaji hafalan dengan
Jibrail sallalahu’alaihiwasallam sebanyak dua kali. Sejak dari hari Al-Quran
diwahyukan sehingga ke hari ini, ramai orang-orang Islam yang menghafal kesemua
ayat-ayat Al-Quran, perkataan demi perkataan. Sesetengahnya berupaya menghafal
al-Quran ketika berumur 10 tahun lagi. Justeru, bukan suatu yang pelik bila
ditegaskan bahawa tiada satu pun isi al-Quran yang telah berubah sejak zaman
berzaman sehinggalah sekarang.
Al-Quran yang
diturunkan 14 abad yang lalu telah menyatakan dengan tepat fakta-fakta yang
baru sahaja ditemui oleh ahli sains. Ini jelas membuktikan Al-Quran itu adalah
firman-firman Allah yang diwahyukan olehNya kepada Nabi Muhammad
sallalahu’alaihiwasallam Selain dari itu, ia juga membuktikan Nabi Muhammad
sallalahu’alaihiwasallam adalah seorang Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah
subhanahuwata’ala. Tidak munasabah untuk mengatakan seseorang manusia pada 1400
tahun lalu tahu tentang penemuan sains yang hanya ditemui hari ini dengan
pertolongan alat-alat canggih dan cara-cara yang sukar.
Nota: Sila ke laman web ‘SalamKu’ di http://members.tripodasia.com.my/salam2020
untuk membaca lebih banyak lagi artikel-artikel ‘Al-Quran dan Sains’. Hebahkan
kepada rakan-rakan sebagai usaha dakwah. Versi asal (English) boleh dilawati di
http://www.it-is-truth.org <>
Surau Bosch