Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PAK AMIN SAPIRO BOLEH HUBUNGI THE JAWA MAN

Benar cwsk - rupanya dah dua tahun saya campur di laman ini. Saya BUKANLAH TIDAK SERIAU ATAU BERHATI HATI tetapi kerana sudah berpijak di dalam parti PAS sejak 20 tahun dulu apa nak bimbang.., saya pernah catat nama penuh dan seumpamanya.

Bagi teman teman yang pernah mengenali saya - di kalangan masyarakat Jawa Si Pitung adalah Pahlawan Jawa yang kudung sebelah tangan tetapi handal !! Di dalam masyarakat Cina pula mereka memanggilnya "Tu Pe Tao" atau pahlawan kudung.

Ya saya memang "one arm swordman". Sebab itu jangan sesiapa pun memperli atau menghina masyarakat Jawa LEBIH LABIH LAGI YANG CACAT ANGGOTA - Buruk padahnya.

Barangkali juga saya adalah orang Malaysia pertama menunggang Motosikal Jaguh pertama kali diubah suai untuk si pitung the jawa man !! Saya minta orang muda jangan terkejut kalau menemui si pitung menunggang di highway KESAS atau FEDERAL atau mana mana di Kuala Lumpur ka Klang ka Banting ka. Sebenarnya pun saya sudah tau ramai orang terkejut tapi peduli apa… kan dah Tuhan jadikan aku macam ini.

Tetapi anda semua yang lengkap tubuh badan - otak dan pemikiran; mengapa tidak berlapang dada membuka minda dan pemikiran untuk terus bersara dari memperjuangkan UMNO yang sudah sesak di penghujung hayat?

Jika benar maklumat ini; Ketika Tun Abd Ghafar Baba sakit dan uzur tempohari - beliau dikunjungi oleh seseorang yang memberitahu bahawa, Tun ada berkata "Habislah UMNO dan perjuangannya --- PAS dah kuat sekarang.... UMNO sudah hilang nilai dan kualiti perjuangan.... "

Insaflah pak turut UMNO!! Jika veteran UMNO tulin seperti Pak Ghafar pun boleh menginsafi perkembangan ini tidakkah anda semua mahu turut insaf. Maklumat lain…. Hampir kesemua teman teman professional saya yang masih kekal dalam UMNO mengatakan apa boleh buat ... bari makan... ??? Cet begini hinanya perjuangan bangsa, menempel di dalam UMNO hanya untuk cari makan. Lantas sebenarnya telah ramai juga teman sekelas yang juga profeesional dalam bidang masing masing telah berbondong bondong memasuki PAS Selangor sehingga Jawatankuasa Pengurusan Parti "tak menang tangan" memberi kursus pengurusan.

Saya yakin dan pasti jika pengundi di Selangor yang kosmopolitan sifatnya dapat segera menerima ide perubahan pemikiran yang dibawa oleh PAS dan BA, maka InsyaAllah sesegera itu pula PAS dan BA Selangor boleh berpeluang memerintah Selangor mulai selepas pilihanraya umum ke 11 akan datang 2003 / 2004. Jika ini terjadi sudah pasti pula berikutnya, mampu untuk mempunyai cukup korum bagi memrintah Malaysia. Dunia adalah bulat - kitaran dan PUTARAN ini bisa membolehkan kumpulan lain selain dari UMNO BN memerintah Malaysia….. InsyaAllah.

Saya berharap teman teman Hizbi UK & IRE serta MISNA dan lain lain dapat membaca tulisan ini.

Anda semua jangan malu untuk pulang berkhidmat di tanahair walaupun YAB Dato' Seri Dr. Mahathir masih menjadi PM.

So komrade - bagaimana.

Well PAK Amin anta bisa menghantar email pada ana - tapi anta mau kasi tunjuk ketulinan identiti!

Wassalam.

the jawa man
alsafi@tm.net.my


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com