Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SOLAT HAJAT untuk KESEJAHTERAAN RAKYAT & NEGARA

SOLAT HAJAT untuk KESEJAHTERAAN RAKYAT & NEGARA daripada kezaliman dan kejahatan orang-orang yang zalim

Tarikh: 4 Ogos, 2000 (Jumaat)
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Jam: Selepas sembahyang Jumaat (2:30 petang)

Imam solat hajat: Seorang ustaz yang dikenali ramai di Lembah Kelang

Semua penyokong reformasi, keadilan dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, sila hadir beramai-ramai.

Mereka yang bukan Islam, sila berada di perkarangan Masjid atau di tepi Stesen KTM (kereta api) sehingga selepas sembahyang hajat.

Tujuan solat hajat:

1. Mendoakan keamanan & kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia dan negara ini

2. Menolak bala Allah ke atas rakyat akibat dosa kezaliman orang-orang yang zalim

3. Mendoakan kekuataan dan kesihatan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara

4. Menolak kejahatan dan penindasan pemerintah yang zalim dan yang suka menangkap reformis dan pemimpin rakyat

5. Mendoakan kemenangan kepada perjuangan Islam dan perjuangan rakyat untuk membebaskan negara ini daripada pemimpin yang zalim

SILA HADIR AWAL sebelum sembahyang Jumaat (mulai jam 12 tengah hari dan terus naik dan berada di atas masjid, sambil membaca Al-Quran, berzikir dan berwirid).

Nota: Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Reformasi Kuala Lumpur sempena perhimpunan aman hari keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

mahader goon


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com