Seorang kawan saya (ahli UMNO Titiwangsa dan bekerja
di kementerian belia) mendapat maklumat beberapa orang
pemimpin UMNO mengupah kaki pukul atau senang sebut,
gengster, untuk merusuh pada Jumaat ini sempena
perbicaraan DSAI (Dato' Sri Anwar Ibrahim).
Kata kawan saya, orang-orang UMNO ini dibantu oleh
sekumpulan unit khas SB (Special Branch) utk buat
kacau dengan cara:
- Bakar sampah, tong sampah, tayar, kereta dan
termasuklah bendera negara Malaysia supaya menunjukkan
reformis dan KEADILAN itu suka keganasan dan ejen
asing
- Membuat kacau di Petaling Street dan kedai-kedai
Cina dekat mahkamah untuk menakut-nakutkan orang Cina
& bukan Melayu
- Mereka akan memakai pakaian macam reformis, T-shirt
parti BA & DSAI. Kemudian bawak name-tag "keadilan
untuk Anwar" supaya jadi macam tahun lepas.
- Bawak senjata (macam pisau atau lain-lain) supaya
ditangkap polis. Kemudian, siar dalam TV, radio dan
surat akhbar reformis itu jahat dan kejam.
Kemudian, video polis dan TV3 akan ambil gambar nak
tunjukkan penyokong DSAI dan reformis ini jahat,
mengganas, tidak ikut undang-undang dan kemudiannya
mereka akan ditangkap kerana merusuh.
Pemberita Utusan Meloya (UM), NST, Star dan surat
khabar-surat khabar Cina akan ambil gambar ini
banyak-banyak untuk takutkan orang ramai.
Kata ahli UMNO itu (kawan saya), SB & gengster UMNO
akan bertindak selepas pukul 9 pagi hingga petang
(sesudah orang sembahyang Jumaat).
AWAS reformis semua. Pergi dengan aman & JANGAN LAYAN
niat jahat beberapa ekor SB & gengster UMNO
Kawan saya itu kata (sebab dia selalu pergi demo
1998), cara nak cam SB mudah saja: suka buat kecoh tak
tentu pasal, suka sampuk pemimpin reformis bercakap,
pakai seluar jeans/slack, baju T dan rambut pendek,
"badan sedap" (tegak macam polis).
Mahathir dan polis kata perhimpunan 4 Ogos ini tidak
boleh sebab ada rusuhan. Rusuhan siapa?... mestilah
POLIS DAN UMNO yg buat.......
(utk sahabat2 reformasi, webmaster... tolonglah siar
perkara dgn SEGERA & buat ingatan. Dah tak ada masa -
Mat KL).