Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Ameno .... bijak .... bijak .....!

Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi

Hari ini kat TV si Dollah Badawi beria-ia benar mempertahankan keistimewaan Melayu walaupun keistimewaan itu boleh dipertikaikan. Teringat saya tentang satu perdebatan politik anjuran persatuan sains politik di salah sebuah universiti tempatan yang saya turut serta pada tahun 80-an. Antara ahli panelnya ialah Dato' Goh Cheng Teik dari Gerakan yang ketika itu ada menjawat jawatan menteri... (maaf, saya dah lupa).

Ketika sesi soaljawab, ada seorang siswa bertanya tentang kenapa semua parti-parti yang ada kat Malaysia ini, tak kira parti kerajaan atau pembangkang suka sangat menggunakan isu yang berbau perkauman, sedangkan pada waktu yang sama diwujudkan Kementerian Perpaduan. Parti kerajaan yang wujudkan kementerian itu dan parti kerajaanlah juga yang memainkan isu perkauman. Kalau pembangkang, tak apalah, mereka belum menjadi kerajaan lagi. Ketika itu isu yang hangat diperkatakan ialah isu Bukit Cina di Melaka dan isu status Cina juga sebagai bumiputera atau dengan kata lain Melayu bukanlah bumiputera.

Jawapan Goh Cheng Teik, lebih kurang beginilah yang saya ingat. Dato' Goh menyatakan bahawa isu yang dominan pada ketika itu dan juga untuk beberapa tahun akan datang di Malaysia ialah isu yang menyangkut pada perkauman. Setiap kerajaan sentiasa memikirkan bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa yang sedia ada. Perbincangan di peringkat BN yang dihadiri oleh semua pimpinan parti menjadikan matlamat untuk terus berkuasa sebagai perbincangan utama. Lakukan apa sahaja asalkan parti terus memerintah. Oleh kerana parti yang ada dalam BN meliputi semua bangsa dan etnik, maka persoalan kaum sentiasa dijadikan sesuatu yang boleh membantu mereka mengekalkan kuasa. Dalam isu Melayu sebagai bumiputera yang dipersoalkan itu, ianya telah dibincang dan diperbahaskan di peringkat BN. Pada waktu itu DAP amat berpengaruh di kalangan orang Cina dan MCA pula kehilangan banyak kerusi. Manakala UMNO mengalami sedikit penurunan pengundinya. Oleh itu status mempersoalkan Melayu sebagai bumiputera harus diketengahkan. MCA diminta untuk memulakannya. Orang Cina melihat bahawa pimpinan MCA adalah sebagai hero kerana berani menyentuh sensitiviti Melayu secara terbuka. Manakala UMNO pula dilihat bertungkus lumus menepis isu ini. Bagi orang Melayu, UMNO adalah hero Melayu kerana bersungguh-sungguh menangkis serangan MCA ini. Tetapi kesudahannya isu ini mati begitu sahaja. Yang menang dalam permainan ini ialah MCA dan UMNO kerana berjaya menjadikan rakyat sebagai kuda tunggangan.

Dan hari ini MCA melalui Dewan Perniagaan Cina sekali lagi cuba bermain sentimen perkauman. UMNO pula sekali lagi berpura-pura menjadi pejuang Melayu... sebiji sama dengan pengakuan Dato' Goh Cheng Teik pada tahun 80-an. Harap-harap kita tidak melatah dengan permainan mereka ini. Biarkan mereka dengan labu-labunya ... tujuan mereka supaya rakyat khususnya Melayu dapat melupakan isu Anwar, isu rasuah Madey, isu Abu Hassan, isu Ling Liong Sik, isu Samy dan banyak lagi isu yang lebih dominan, termasuk isu SAUK .... Selagi Umno Ada, Kacau/Kecoh ...

Mohon difikirkan secara terbuka di FGR dan dilain-lain forum.

Wallahulam.

matdeghih


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com