Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Kenyataan Media: 14 Ogos 2000

Kenyataan Media: 14 Ogos 2000

Kenyataan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik negara ini, termasuk Menteri Luar Dato' Seri Syed Hamid Albar yang mengatakan bahawa negara-negara asing yang mengkritik penghukuman Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar mencampuri urusan dalaman Malaysia adalah suatu kenyataan yang cetek lagi dangkal. Konon katanya kritikan pemimpin-pemimpin dunia itu hanya semata-mata kerana hubungan peribadi mereka dengan Dato' Seri Anwar.

Parti Keadilan Nasional [keADILan] ingin menegaskan bahawa soal keadilan dan kebenaran serta perbicaraan mengikut proses, mempunyai piawaian universal dan dilindungi oleh Hak Asasi Manusia. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab mana-mana manusia yang bertamadun untuk menyatakan pendirian sekiranya didapati ketidakadilan berlaku di mana-manapun di muka bumi ini.

Keprihatinan negara-negara luar, badan-badan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perbicaraan dan penghukuman Dato' Seri Anwar janganlah dianggap sebagai mencampuri hal ehwal domestik negara, tetapi ia adalah satu persoalan hak asasi manusia yang tidak boleh diremehkan begitu sahaja oleh kerajaan Dr. Mahathir.

MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com