Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MICROSOFT AKAN MENGGUNAKAN KHIDMAT MAHKAMAH MALAYSIA?

Seattle, USA,Khamis- Peguam Negara Janet Reno hari ini berkata, mereka bimbang dengan khabar-khabar angin bahawa Syarikat Komputer gergasi Microsoft akan cuba memindahkan kes rayuan kesnya ke Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur. Awal bulan lalu Mahkamah Amerika Syarikat mendapati Microsoft bersalah dalam memonopoli perniagaan perisian. Lebih dua puluh negeri di Amerika Syarikat telah menyaman Syarikat Gergasi tersebut.

Kebimbangan mereka ini berasas kerana Microsoft merupakan Syarikat terbesar dan terkaya di muka bumi yang memiliki wang tunai lebih US30 billion. Menurut sumber-sumber, Pengerusi Microsoft, En. Bill Gates telah beberapa kali menemui Perdana Menteri Malaysia berbincang mengenai perkara tersebut secara terang dan melalui internet. Perdana Menteri Malaysia dikatakan telah bersetuju dengan beberapa syarat, selain dari berbentuk wang tunai Bill Gates juga setuju menjadi penasihat kepada Projek Koridor Raya Multimedia. Bill Gates dikatakan berpuas hati dengan sistem kehakiman Malaysia. Bill Gates juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Yunus dalam masa terdekat ini.

Bill Gates dikatakan tidak mempercayai sistem mahkamah Amerika Syarikat terutama apabila Presiden Bill Clinton sendiri telah dihadapkan ke mahkamah. Terbukti kuasa dan wang tidak dapat mempengaruhi hakim di A.S. Kebimbangan Microsoft juga semakin ketara sekiranya George Bush Jr yang dikatakan pro Microsoft gagal dalam persaingan merebut jawatan Presiden akan datang. Sekiranya percubaan Microsoft ini berjaya, maka sekali lagi nama Malaysia akan tercatat dalam Buku Rekod Guiness. Bill Gates dikatakan sudah masak dengan Slogan Malaysia Boleh dan Malaysia Gila Publisiti.-EPF


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com