Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Meritokrasi dalam rejim cek det

Meritokrasi di Selangor?

Perlantikan Dr Khir Toyo sebagai MB Selangor yg baru merupakan lanjutan siri “perlantikan tanpa meritokrasi” yg dipelopori oleh pemerintahan Cek det laknatullahu alaihi terutamanya di sisa-sisa zaman pemerintahannya hari ini. Sedangkan semasa perlantikan Tok Uban Abu Hassan sendiri, telah nyata ujudnya rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin parti hampir reput, apa nama, UMNO Selangor sendiri, inikan pula disemarakkan lagi dengan perlantikan. Melayu keturunan Jawa yg masih belum sembuh penuh dari luka khatannya. Sungguh pun marah dan kecewa, terutama dari kalangan pemimpin veteran UMNO selangor, namun terbit kata-kata manis yg berpura-pura seperti, “pilihan yg tepat”, “ langkah yg wajar”, “keputusan yg berwawasan dan berpandangan jauh” dan sebagainya. Kesemua kata-kata ini hampir-hampir menimbulkan rasa ingin muntah apabila mengenangkan kata-kata tersebut datangnya dari pemimpin-pemimpin yg mati-mati telah ingat bahawa dirinya lah yg akan terlantik sebagai MB Selangor yg baru. Hatta, ada di kalangan mereka ini yg telah menganjurkan solat hajat memohon kepada Allah swt agar dapat dirinya dinobatkan sebagai Bendahara Negeri Selangor darul ehsan.

Bayangkanlah rasa kecewa yg tidak terhingga tatkala Cek det laknatullahu alaihi mengumumkan bahawa Dr Khir lah yg paling layak, biar pun nama anak Toyo tersebut tidak termasuk dalam senarai pemain bolasepak UMNO Selangor yg dikemukakan oleh pengurusnya, Cikgu Mat Taib!!! Bukan saja tidak masuk dalam “First XI” – dalam senarai ‘rizab’ pun tak da! Walhal, Dr Khir masih belum boleh berseluar dan masih ke sana ke mari dengan kain pelikat lantaran baru berkhatan penghujung bulan November sudah!!! Biar pun ramai pesakit gigi di Kajang berdukacita kerana Dr Khir tidak dapat melayani mereka lagi, namun tugas di Shah Alam yg menanti lebih penting – dan mungkin juga, lebih lumayan (he, he, he). Bayangkanlah Exco Kanan dan isteri masing-masing memandang dgn penuh dendam apabila Dr Khir mengangkat sumpah di depan Raja Muda Selangor pada hari Khamis sudah. Mungkin dendam itu tidak bertempat – sebenarnya dendam tersebut elok dihalakan kepada manusia bangsat yg bernama cek det anak lelaki Kutty laknatullahu alaihi. Kita terkenang juga nasib Tok Uban semasa semua peristiwa ini berlaku – adakah dia menangis haru (lagi?) atau pun dia sibuk melayan anak-anak (semoga semuanya yg sah) dan cucu-cucu (he, he, he…)

Meritokrasi di bawah rejim cek det laknatullahu alaihi?

Sebenarnya, sistem yg dipelopori oleh cek det si bangsat tersebut telah lama menular sehinggakan membuat ramai di kalangan kakitangan kerajaan, dan tidak kurang juga di sektor akademik dan korporat, yg tidak berpuas hati terhadap apa yg dipraktikkan oleh kerajaan di bawah rejim Barisan Najis pimpinan si bangsat Cek det anak Kutty ini. Dari tahap tertinggi, kita boleh perhatikan kedudukan Ketua Setiausaha Negara sekarang, Tan Sri Halim Ali yg sebenarnya tidak seharusnya menjawat kedudukannya sekarang sekiranya dasar “bil ‘adli wal ihsan” dan meritokrasi yg sebenarnya dipraktikkan dalam erti kata yg sebenar. Semua kakitangan kerajaan kanan dalam perkhidmatan awam tahu di mana kedudukan Tan Sri Halim sebenarnya. Dari KSU Kementerian Luar Negeri, begitu cepat dan ‘mudah’ sekali beliau naik pangkat menjadi KSN, walhal ada beberapa orang lagi yg lebih layak. Kedudukan KSN sebelum Tan Sri Halim yakni Tan Sri Ahmad Sarji yg pandai membodek dan mengampu dipanjangkan tempohnya bagi membolehkan Dato’ Halim Ali menggantikan beliau dalam satu manipulasi yg telah menindas serta menafikan beberapa orang yg lebih berwibawa dan berkebolehan dari menjawat kedudukan yg sepatutnya disandangi mereka – sekiranya meritokrasi diamalkan.

Tidak cukup dgn perlantikan sbg KSN, diberi pula habuan pingat PSM supaya gelaran Tan Sri Halim menggantikan Dato’ Halim – yakni gelaran yg lebih cocok, sesuai dgn kedudukannya sbg KSN. Maka meranalah orang seperti Tan Sri Mazlan Ahmad (bekas dato’ Bandar KL) yg dianggap lebih kanan dari Halim, akibat amalan pilih kasih. Tan Sri Mazlan meleleh air lior setakat menjadi KP JPA. Tanyalah kepada berapa ramai pegawai kanan kerajaan – mereka akan bersetuju dengan amalan yg tidak sihat ini. Demikian juga perlantikan Dato’ Samsudin Osman, dari KSU KDN, sekarang menjawat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam – mungkin sebagai hadiah kerana peranannya dan bekerjasama dgn cek det semasa pemecatan Anwar Ibrahim dan krisis yg timbul ekorannya. Disamping itu, Dato’ Samsudin ini, juga dihadiahkan pingat PSM – maka bergelar Tan Sri lah akan dia si muka laksana Cina Komunis berkumis nipis! Khabarnya, tempoh khidmat Tan Sri Halim, juga telah dilanjutkan supaya Tan Sri Samsudin dapat mengambil alih teraju KSN dengan licin. Entah berapa banyak lagi jawatan dlm perkhidmatan awam yg telah diliwat oleh Cek det dan para juak pengampunya, maka rakyat marhainlah yg menderita akibat polisi yg dilaksanakan oleh penjawat-penjawat yg tidak berkebolehan dan tidak berpengalaman ini. Masing-masing khayal dalam alam fantasi apabila dapat sebuah kereta mewah kerajaan berserta seorang sufir dan elaun lumayan untuk memenuhi nafsu mereka yg laksana “berok mendapat bunga”.

Kemungkaran di EPU

Sudahlah cek det melantik orang yg tidak layak, orang yg diketahui perasuah pula dilantik sebagai Gabenur Bank Negara! Tan Sri Ali Mamak Abul Hassan a/l Sulaiman adalah (bekas) seorang KP di UNIT perancangan ekonomi di JPM sebelum menjadi Gabenur dalam tahun 1998. Saya ulang, dia adalah seorang KP di UNIT perancangan ekonomi (EPU) di JPM. Dari segi lojiknya, “unit” sudah semestinya lebih kecil dari sebuah Jabatan, dan jauh sekali dari sebuah Kementerian. Macam mana pulak si Ali Mamak cendol ni dapat naik dari KP Unit menjadi Gabenur bank Negara? Apakah ‘merit’ yg membolehkan Ali mamak ini naik dengan begitu cepat? Di EPU, cerita Ali mamak dan kuncu-kuncunya ‘menculik’ projek yg dipohon dan dicadang oleh sektor swasta memang masyhur!!!! Ali mamak dan seorang lagi, “apa nama” Hamid syawal, akan membuat keputusan “kunonnya”, sesuatu projek pengswastaan tidak diluluskan oleh EPU. Namun, selang sebulan dua selepas keputusan yg “mendukacitakan” tersebut, sipemohon asal dan tuan empunya idea terkejut mendapati idea atau projek asal yg dikemukakan kepada EPU diluluskan kepada sebuah syarikat yg lain dalm bentuk yg telah di ‘pakej’ secara halus bagi memperdayakan sipemohon asal. Maka kenyang perutlah Ali mamak dan kengkawan si penyamun tarbus membaham ongkos hasil pengswastaan sesuatu projek kerajaan.

Sehingga hari ini, saya tidak dapat menerima hakikat bahawa Ali Mamak lah yg telah menandatangani wang kertas negara Malaysia menggantikan Tan Sri Ahmad Don sebelumnya. Jijik sungguh najis tandatangan seorang perasuah ‘menyerikan’ nota wang Ringgit Malaysia. Alhamdulillah, si bangsat mamak perasuah tu sudah di ‘pencen’kan oleh cek det barua tu. Saya tertunggu-tunggu tandatangan Gabenur yg baru, Datuk Zeti Aziz, untuk menyerikan dan mengindahkan nota wang Ringgit Malaysia yg bakal masuk dalam kocek dan dompet wang rakyat marhain. Kalaulah tidak kerana kes Anwar Ibrahim yg menyebut bekas KP BPR Datuk Shafee Yahya telah menyerbu pejabat menjual cendol Ali Mamak dan menjumpai wang tunai RM100,000 – nescaya Ali Mamak sekarang telah dilantik sbg Pengerusi Malaysian Mining Corp. (MMC) sebagai habuan baru agar dapat membaham timbunan tunai (cash pile) yg ada dalam MMC. Malangnya, susulan kes tersebut, kerusi pengerusi terpaksa ditawarkan kepada kuncu-kuncu (Tan Sri ) Syed Mokhtar Al Bukhary yg begitu rakus membalun harta rakyat dengan restu cek det laknatullahu alaihi.

Sedih bila mengenangkan merit orang-orang tertentu dapat membalun harta rakyat walhal sesetengah insan lain masih terkial-kial mencari sumber rezeki yg halal. Tan Sri Ahmad Don yg dipecat adalah seorang ‘banker’ yg berkebolehan. Sebelum menjadi Gabenur, beliau adalah Pengarah Urusan Malayan banking Berhad. Setelah dipecat, Tan Sri Ahmad menjadi “unemployed and unemployable” (tidak punya kerja dan tidak boleh diberi kerja) lantaran kaitannya dengan Anwar Ibrahim. Pernah saya bertemu Tan Sri Ahmad memandu Proton Wira aeroback hitam mengisi minyak di pam stesen dan juga membeli barangan di pasar tani di jalan Ipoh, KL. Demikianlah nasib orang yg berkawan dengan Anwar. InsyaAllah Tan Sri Ahmad Don, bila kemelut politik negara ini surut dan rakyat marhain berkuasa kembali; bila cek det telah mampus disemadikan di jirat cina (ityu pun kalau ada tanah yg sudi menerima jasad si munafik ini) dan saya sudah pun menyiram air kencing saya di pusarannya, akan saya beranikan diri bertemu dgn Tan Sri Ahmad kembali dalam perjumpaan Eidul Fitri atau majlis keramaian seumpamanya yg lain.

…dan meritokrasi dalam kabinet?

Demikian juga meritokrasi dalam kabinet ‘jurassic’ pimpinan Cek det si bangsat durjana terkutuk ini. Cuba kita bayangkan bagaimana haram jadah cek det ini menghina beberapa insan akibat keputusannya untuk melantik orang-orang yg tidak layak untuk memegang jawatan dalam kabinet. Sebenarnya, ada perlantikan tertentu merupakan musibah, dan tidak kurang juga hikmah, dari Allah swt terhadap insan-insan tertentu yg telah tidak berjaya mengampu si Firaun tersebut dengan sewajarnya; atau pun mengampu melebih-lebih. Sebagai contoh, cuba kita lihat manusia bernama Aziz anak Shamsuddin ni….atas dasar apa laknat tersebut dilantik sebagai senator dan seterusnya menjadi Timbalan menteri Pendidikan? Apakah kemampuan, kelulusan dan pengalaman barua tidak bermaruah ini untuk membentuk polisi pendidikan negara ini? Sebaliknya, tidakkah terhina namanya melihat manusia bernama Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak, dilantik sebagai timbalan kepada Ling LONG SHIT, di kementerian Pengangkutan? Demikian juga melihat Datuk Zahar Senin, bekas KM Melaka, sebagai Setiausaha Parlimen di KDN. Apakah bukan perbuatan durjana kesemua ini?

Akan tetapi, memang dasar ahli parti, apa nama UMNO Tong Tahi itu – kesemuanya dianggap sebagai “satu amanah yg telah dipertanggungjawabkan kepada saya”, “ selagi saya diperlukan untuk berkhidmat, saya tidak pentingkan jawatan”. Demikianlah antara jawapan yg diberikan oleh bekas MB dan KM yg telah diturunkan pangkat masing-masing ke jawatan yg ‘insignificant’. Apakah mereka ini bagaikan anjing yg ekornya tersepit di celah kangkang sehinggakan tidak berani bersuara? Atau pun mereka mempunyai fail salahlaku yg sedang dipegang oleh si Firaun laknat tersebut sehinggakan mereka tidak berani bersuara, jauh lagi membantah keputusan ug amat mengaibkan tersebut? Sebenarnya fenomena “Menteri turun pangkat” telah pun ujud sebelum kejadian luarbiasa susulan PEMILU ’99 – di mana Datuk M Mahalingam diturunkan pangkat dari seorang timbalan menteri menjadi Setiausaha Parlimen setelah PEMILU ‘95. Walau pun mengaibkan, kita hanya boleh telan air lior melihat drama Tamil arahan S. Samy Vellu tersebut. Tetapi apabila ianya berlaku kepada pimpinan parti kaum melayu yg ‘kunonnya’ memperjuangkan hak bangsa melayu, maka sedikit sebanyak kita boleh mempersoalkan apa yg sebenarnya diperjuangkan oleh Cek Det si Mamak Tongkang gila kuasa tersebut.

Lihat pula seorang timbalan menteri yg telah berjaya mengampu dan mengipas hebat-hebatan sehingga berjaya menjadi seorang KM di negari yg mempunyai sejarah pernah digulingkan oleh seorang mamak tongkang! Tidak masuk akal orang berpolitik bagaimana Tongkat Ali Rustam dapat menyandang jawatan yg dipegang beliau sekarang. Apakan daya, Malaysia boleh dizaman mamak tongkang yg serba boleh ini. Bagaimana pula Adnan Butoh dari Bentong tu? Macam mana pulak dia dapat mengatasi Pak Hasan Ripin budak Rompin untuk menjadi MB Pahang? Kalaulah orang UMNO ni betul anak-anak jantan, perlantikan-perlantikan bercorak ‘gila babi’ ini cukup menjadi dalil untuk mereka keluar parti beramai-ramai. Tapi tidak, ‘kunonnya’ mereka masih sayangkan parti…..kesian….. Di Terengganu, sudah tak da orang terengganu jati lagi kah yg dapat diharapkan untuk menerajui UMNO sehinggakan terpaksa mengupah Pak Lah sigembala babi untuk menjaga babi-babi UMNO Terengganu? InsyaAllah, tunggulah kamu semua selama-lamanya untuk BULAN berhenti mengambang…. Khabarnya Tan Sri Ayoh Wang bekas MB sudah ‘tak sedap duduk’ lagi di Terengganu sehinggakan beliau sanggup untuk menjadi Duta Besar Malaysia ke Arab saudi tidak lama lagi. Maklumlah, hidup kesunyian tanpa protokol yg biasa dialami 25 tahun yg sudah!!!! Hatta, terlalu sunyi sehinggakan tiada orang yg ingin bersalaman dengan beliau di mana-mana dalam Terengganu. Inilah akibatnya orang yg bersekongkol dengan kezaliman Cek Det sialan durjana – ditambah pula dghn keceluparan Tok Puan Aishahton yg sanggup memberi ceramah menyatakan bahawa “Anwar Ibrahim baham depan belakang!!!” Macam mana Ayoh wang nok woyat ke orang Arab nanti? Bukan kah kesemua orang di jazirah Arab sudah tidak mempercayai tuduhan terhadap Anwar? Aduuuhhh…beraat weh, Ayoh Wang!

Kalaulah meritokrasi yg diamalkan

Andainya meritokrasi diamalkan, tidak mungkin Mokhzani dapat bertapak kuat dalam barisan Pemuda Pondan Siam. Walaubagaimana pun, Cek Det tetap mengakui meritokrasilah yg menyebabkan Mirzan dapat menguasai Konsortium Perkapalan, DiPerdana Corporation, Dataprep Holdings, Artwright, Lion Group dan lebih 200 syarikat kecil besar yg lain. Meritokrasilah yg membolehkan Petronas menyelamatkan Konsortium Perkapalan untuk si Mirzan; dan atas dasar meritokrasilah CDRC meluluskan untuk menyelamatkan Tongkah Holdings, SC meluluskan pembelian Phileo Avenue untuk si Mokhzani. Agaknya, akibat nyanyuk dek usianya, cek det ‘lahanat’ sudah tidak dapat membezakan antara meritokrasi dengan daddykasi.

Cek det, cek det…teruskanlah bersandiwara….lagi lama engkau bersandiwara, lagi banyak artikel seumpama ini berleluasa di Laman-lama web pro-Reformasi. Engkau anggap semua ini fitnah ke? Yang orang UMNO buat untuk tumbangkan Tok Uban tu, kau panggil apa pulak? Surat cinta? Wahai cek det…sedarlah…balasan dari Allah swt tetap akan datang. Samada di dunia dalam bentuk Cash On Delivery (COD), atau pun di akhirat dalam bentuk Deferred Payment – balasan tetap akan datang! Apakah tidak mungkin kau kembali ke jalan yg benar? Apakah kau sudah begitu malu dan tidak sanggup menghadapi penghakiman rakyat akibat kedurjanaanmu sehingga kau sanggup meneruskan kerja-kerja jijik kau ini? Kalau kau undur, terimalah habuan di dunia – semoga kau punya masa untuk bertaubat dan berzikir, beristighfar. Kalau kau mati dalam masa kau masih berlaku zalim, maka aku pohon kau kerahkan barua-barua kau menjaga pusaramu setiap saat dalam sehari kerana aku akan datang…..AKU AKAN DATANG membawa kencingku untuk ditaburkan diatas pusaramu, wahai cek det laknatullahu alaihi.

Marhainmuda
27 Ogos 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com