Pak Abu dengan rasminya telah meletakkan jawatan. Bagi
kita ianya suatu kemenangan walaupun yg mendedahkannya
adalah ahli UMNO sendiri sanggup bersusah payah ke
Indonesia membongkarkan skandal tersebut. Apapun motif
mereka....wallahualam. Dan bagi kita reformist
semua....rasanya tugas kita sudah selesai. Kita tunggu
dah lihat apakah tindakan yg bakal di ambil oleh
kerajaan UMNO terhadap Pak Abu walaupun kita yakin
bahawa tiada tindakan yg akan di ambil oleh Mahathir
pada sesiapa yg taat setia padanya.
Andainya Pak Abu tidak bersalah....berilah peluang
padanya untuk membela diri. Lagipun menurut
Islam...kita perlu ada 4 orang saksi sebelum seseorang
itu dapat disabitkan. Jika kita terus menerus
menghukum Pak Abu....kita tidak ubah seperti
orang-orang UMNO yg telah menjatuhkan hukuman pada
Anwar sebelum dia diberi peluang untuk membela diri.
Biarkan masalah orang UMNO diselesaikan oleh orang
UMNO sendiri. Andainya kita terus memperbesarkan isu
ini, nescaya pihak UMNO akan menunding jari pada kita
dengan mengatakan bahawa kita mengamalkan double
standard. Jadi mereka selesaikan masalah mereka
sendiri.
Kita ada agenda yg lebih penting untuk di selesaikan.
Perjalanan kita masih jauh dah penuh onak dan duri.
Selagi diktator tua itu tidak tumbang dan selagi
keadilan tidak tertegak di bumi Malaysia...selagi itu
perjuangan kita belum selesai.
Ayuh kawan...kita semarakkan lagi api reformasi.
Lawan Tetap Lawan....Lawan sampai Menang
New Radikal
newradikal@yahoo.com