Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Sokongan untuk menegakkan keadilan

Saya telah mengikuti perkembangan dan perjalanan perbicaraan DSAI dan mempunyai pendapat sendiri mengenai apa yang dikatakan keadilan dan perjuangan berkaitan dengannya.

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa kagum dengan kegigihan DSAI, isteri, anak-anaknya serta seluruh keluarganya, Ezam, Tian Chua, Malek Husin dan seluruh reformis yang tidak terdaya untuk saya catitkan disini. Kagum yang teramat tinggi atas kegigihan peguam-peguam DSAI mengenadalikan kes dan mengorbankan banyak peluang-peluang guaman lain yang ada.

Saya hendak menyampaikan kepada DSWAWI, anak-anaknya kaum keluarganya dan kaum keluarga DSAI supaya tabah dan sabar. Rasanya tidak perlu untuk minta DSAI tabah dan sabar kerana pejuang seperti beliau sememangnya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Saya sendiri dan lain-lain yang ramai bersama saya sentiasa mengagumi perjuangan dan pengorbanan pejuang keadilan sekelian. Dan kami akan sentiasa memberikan sokongan sekalipun bukan diantara mereka yang hadir di perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan. Kami akan bersama-sama menerapkan semangat cintakan keadilan secara halus kepada kaum keluarga dan sanak kami.

akan bersambung nati.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com