Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Bakal MB Selangor

Salam Sejahtera Pembaca Budiman.

Bertemu kita kembali melalui ruangan cyber raya. Hari ini dalam akhbar 13 August 2000 terpampang tiga calon potensi bakal MB Selangor.

Dua dari calon berkenaan [ Prof.Zainal Abidin dan Usahawan Mohtar Dahlan] jika dipilih bermakna dua bahagian akan memberikan sokongan padu.Selain di bahagian tokoh-tokoh berkenaan ,kedua-dua merika berkaitan rapat dengan bahagian Hulu Selangor.

Kenapa saya berkata demikian ????.Dari sembang-sembang semasa kedua-dua tokoh berkenaan diringkaskan begini :-

1) Datok Mokhtar Dahlan anak kelahiran Hulu Yam. Bapa beliau adalah seorang Guru Ugama.Secara tidak langsung anak-anak Hulu Yam akan merasa bangga ,dan beliau tentu tidak melupakan tempat kampong halaman beliau.

2) Dato Prof.zainal Abidin Ahmad bernikah dengan orang Batang Kali. Adik kepada Imam Masjid Batang Kali.Kebetula Ahli Parlimen Hulu Langat juga Yb Badrul dari Kampong Hulu Yam juga. Ini juga memberi kemudahan kepada Bahagian Hulu Selangor.

3) Tokoh-tokoh ini juga di naikkan semasa penyadbiran Tan Sri Muhammad memerintah.

Berkaitan Dato Mohd.Sharif pula walaupun tidak mempunyai pelajaran setanding dengan Dato Prof. tetapi mempunyai pengalaman agak luas dalam senario politik Selangor.

Bermula dengan aktiviti belia setempat , ketrampilan beliau sebagai pemimpin mula menyerlah.Komitment beliau terhadap persatuan amat membaggakan hingga membawa kejayaan kepada persatuan yang dipimpin.

Minat waktu muda atau kebolihan waktu muda termasuk berzanji , marhaban ,kompang , bersilat dan membawa belia bertani.Tapak pertanian belia yang pernah di pimpin beliau kini menjadi tapak Sekolah Agama Sg.Merab.

Dalam peringkat negeri dan Malaysia telah di catitkan dalam akhbar- akbar tempatan.

Jika dibandingkan kepimpinan beliau dengan Tan Sri ,saya amat kagum dengan Kemajuan Konsortium Sepang dari Konsortium Hulu Selangor.

Begitu juga dengan perbagai aktiviti ekonomi yang di rancang dan di jalankan semasa beliau belum lagi menjadi wakil rakyat.

Mudah mesra dengan orang bawahan atau orang awam.Tahan menerima keritikan.

Sebagai pemimpin memang beliau sedar bahawa tidak semua suka dengan kepimpinan beliau.Ini adalah lumrah alam.

Semasa pembangunan kawasan Bandar Baru Bangi baru bermula ,atas ikhtiar beliau ,masjid disarankan memberi semangat dan dorongan kepada masyarakat setempat mengambil peluang dari pembangunan yang sedang berlaku.

Anak Pak Andak di Rantau


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com