Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


'HAK PEMUDA ORANG MELAYU TIDAK WAJAR DIPERTIKAI'

Kenyataan Akhbar,
20 Ogos 2000

'HAK PEMUDA ORANG MELAYU TIDAK WAJAR DIPERTIKAI'

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius tindakan beberapa pemimpin masyarakat bukan melayu yang mula menunjukan keberanian mereka mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini. DPP Pusat berpandangan bahawa isu sebegini sensitif dan bersifat perkauman perkauman tidak wajar dibangkitkan oleh mana-mana pphak kerana ia akan menghiris perasaan dan sensitiviti orang Melayu dan mungkin juga akan mendatangkan hubungan yang tegang antara kaum di negara ini.

Isu hak istimewa orang Melayu ini telah diterima secara berpelembagaan semenjak sekian lama dan sudah tidak relevan untuk dibangnkitkan semula. Perlembagaan Persekutuan 1957 telah memperuntukan hak-hak istimewa orang Melayu ini dan pada 1963 sekali lagi ia diteima oleh semua kaum sebagai sebahagian daripada perlembagaan negara keitka penubuhan Malaysia. Kerana itu perbuatan membangkitkan sensiviti orang Melayu ini adalah secara terang-terangan bertantangan dengan asa perlembagaan dan membelakangkan kuasa raja-raja Melayu.

DPP Pusat berpandangan bahawa Datuk David Chua mungkin tidak akan mengeluarkan kenyataan terbuka sebegini rupa sekiranya dia menyedari bahawa Umno selama ini berjuang untuk orang Melayu bahkan mengabaikannya, maka orang-orang seperti Datuk David Chua mula berani untuk membangkitkan supaya mereka mendapat political mileage kononnya Umno memperjuangkan nasib orang Melayu.

DPP Pusat mendesak para pemimpin Umno/BN supaya menghentikan segera sandiwara mereka kononnya cuba mempertahankan nasib dan masa depan orang Melayu, sedangkan selama ini mereka telah nodai segala kepentingan orang Melayu. DPP Pusat sangat setuju dengan pandangan positif Prof Diraja Ungku Aziz yang mahukan hak istimewa orang Melayu dalam ekonomi dan politik negara ini.

Sebenarnya sejarah anasir mempertikaikan hak istimewa orang Melayu ini telah dimulakan oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri pada 1967 di Dewan Rakyat. Dalam perbahasan Dewan Rakyat dengan Ketua Pemuda PAS, Abdul Samad Ghul, Dr Mahathir telah mendakwa bahawa orang Melayu menjadi hina seperti kaum Red Indian di Amerika kerana peruntukan perlembagaan ini. Dr Mahathir sendiri menyatakan komitmennya untuk menghapuskan hak istimewa ini pada masa depan. Hasilnya, seluruh rakyat boleh melihat bagaimana nasib orang Melayu mula diabaikan oleh kerajaan BN sekarang ini. Telah banyak kepentingan orang Melayu telah dikorbankan oleh BN sepanjang pemerintahan Dr Mahathir.

DPP Pusat mempertegaskan bahawa isu sensitif ini tidak patut sama sekali dibangkitakn pada waktu ini terutamanya ketika seluruh rakyat sedang bersiap untuk menyambut ulanh tahun kemerdekaan. Semua rakyat tahu bahawa orang -orang Melayu telah berjuang mati-matian untuk memerdekakan negara ini dan mereka wajar mendapat hak istimewa tersebut. Media massa tidak sepatutnya memainkan peranan untuk memecahkan rakyat negara ini dengan memberikan liputan meluas tentang kenyataan Datuk Chua ini. Tindakan biadap media ini kan mencetuskan sentimen perkauman dan DPP Pusat mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan keras ke atas mana-mana media yang menghasut rakyat kepada kebencian.

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com