Assalamualikum
Segala puji-pujian tertentu bagi Allah swt, Pencipta alam semesta, Pemberi
rezeki dan nikmat hidup sementara ini, selawat dan salam kepada junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w., ahlul bait, para sahabatnya dan pada ummatnya
yang mempertahankan perjuangan agama yang benar.
KepadaNya hamba berserah dan kepadaNya hamba memohon...restuilah perjuangan
ini kerana kelompok kami marhain tiada upaya melainkan menurut perintahMu.
Budak Najib 'wakil pos' dan juaknya Abu Zahar bercita-cita dengan tidak
terperinya nak serang Dato' Fadhil Noor? Nak suruh Mokhtar failkan kes
mengatakan Ustaz Fadhil Noor menghasut. Serius nak mampus nampaknya ekau
Najib@PlayboyBoroi.com. Usahlah berlebih sangat...ingatkankan sedikit akan
arwah Tun.
Sumbang betul skrip drama Abu Sauk tu dimata kami marhain
terbanyak...Najib...Najib, sekiranya kes Abu Sauk ni bukan sandiwara maka
nak disebutkan apalah lagi. Takkanlah dengan beberapa ratus laras senjata tu
boleh gugat Yang Di Pertuan Agung? Dah kena sawan babi agaknya Najib sekor
ni. Janganlah dikaitkan episod satu drama bodoh dengan baginda...tak baik
tau...nanti mak I marah. Terima sajalah bahawasanya dengan izin Allah jua
kejadian ini berlaku sebagai peringatan kepada pemerintah yang
zalim...mungkin di suatu masa nanti pemberontakan senjata akan tidak
tertepis lagi. Itukan baru satu kumpulan kecil boleh bolos 2 kem dalam satu
ketika. Bayangkan bila ribu-ribuuuuu rakyat yang telah sedar buat hal.
Seperkara lagi di dalam utusan meloya diutarakan pulak kenyataan Lee Kuan
Yew berkenaan kes P***M** lawan Anwar. Buat apalah dicelahkan juga kata-kata
tak berasas menteri kanan Temasek tu? Inilah jadinya bila ulama'
dibisukan...diambilnya kata-kata orang luar sebagai azimat keramat untuk
dipakaikan kepada kami marhain terbanyak. Busuk punya taktik.
Nazak betul nampaknya UMNO ni...itulah ulama' tegur korang marah. Bukanlah
para ulama' tu kebulur sangat akan pangkat dan derjat korang...asalnya para
ulama' ikhlas menegur perkara bathil dan bid'ah amalan korang. Bukanlah demi
kepentingan periuk nasi Ustaz Fadhil Noor menegur korang...sebenarnya
untuk kebaikan kami yang marhain ni...tidaklah lagi kami diperkotak-katikkan
sebegini rupa. Demokrasi Bolehland demokrasi tong taik...dok biasa dalam
kebusukan maka tak betah untuk merasai nikmat hidup beraroma. Salahkah para
ulama' sekiranya berniat melakukan kebajikan untuk marhain terbanyak?
Perkara terpenting ialah memperbaikki perjalanan hidup songsang@sesat.com.my
korang tu...supaya kalian berlaku adil dan ihsan terhadap kami. Kiranya kami
ni hinadina di Bolehland kami, apalah lagi yang kamu nak banggakan?
Bagaimana kamu semua nak tahan bertahkta? Kita ni diibaratkan sebatang
pohon...bila akar dah reput manalah pohon bisa berbuah...takkan perkara
semudah itu pun tak faham.
Sekian buat renungan kali ini. Wassalam.
Yang baiknya kembalikan kepada Allah swt.
yang fakir lagi dhaif
Peon Siber