Salam bahagia pada semua,
Diantara perkara yang sering dibangkitkan tentang PROTON adalah
products' quality dan harga. Saya rasa, PROTON mempunyai segala
kemampuan serta keupayaan untuk meningkatkan kualiti produk yang sedia
ada kepada suatu tahap yang lebih memberangsangkan. Cuma antara hendak
ataupun tidak. Samada bersungguh-sungguh ataupun main-main sambil lewa
sahaja. Kualiti banyak bergantung kepada customer satisfaction. PROTON
kena betul-betul define apa itu CUSTOMER. Adakah ianya Share Holders,
Government of the day, British People, Australian, ataupun rakyat
Malaysia yang rata-ratanya terpaksa pecahkan tabung dan bergolok
bergadai semata-mata untuk dapatkan sebuah barang yang diberi nama
kereta.
Rasanya setakat ini, kelompok yang terakhir ini adalah mereka yang
tersangat terpinggir dalam agenda PROTON. Mereka sering dilihat sebagai
pihak yang selalu mendatangkan masalah. Komen dan komplen macam-macam.
Apa yang penting buat PROTON (inlc. EON and USPD) tutup telinga sahaja.
Kecuali komplen tersebut boleh tersasar kepada pihak yang teratas.
Barulah semuanya macam cacing kepanasan.
Dengan adanya ISO9000 / QS9000 standard series belum lagi menjamin mutu
produk keluaran PROTON. Standard tersebut hanyalah sebagai guide supaya
produk yang dikeluarkan adalah seragam mutunya. Ianya juga bermakna,
jika selama ini, PROTON mengeluarkan kereta yang bertaraf "sampah", maka
"sampah" yang dikeluarkan adalah yang seragam mutunya dari satu batch ke
satu batch yang lain.
Kepuasan pelanggan adalah tahap mengukuran KUALITI yang sebenarnya.
PROTON boleh claim bahawa produknya the best in the world. Kalau
pelanggan tidak menerimanya maka, PROTON cuma syok sendirilah. Berkhayal
dan berangan yang tidak sesudahannya. PROTON can "Bull shitting" around
about their products' quality as their wish.
Satu soalan yang begitu ramai yang ingin tahu jawabannya. Kenapa MESTI
ada tahap kualiti yang berbeza untuk kereta tempatan dan ekspot? Kita
rakyat Malaysia disuruh (baca terpaksa) berasa bangga dengan
"pencapaian" PROTON yang dikatakan sangat "MENAKJUBKAN". Dalam masa yang
sama, kita telah dilayan sebagai pelanggan kelas kedua. Kita selalu
disaran supaya tidak "MENYEMBAH" bangsa asing. Orang asing lebih penting
bagi PROTON untuk dijaga hati mereka daripada anak bangsa sendiri. Jika
beginilah MENTALITI yang ada pada PROTON, saya katakan SYABAS kerana
masih lagi ada mereka yang ingin menjilat B****T penjajah.
Kereta untuk pasaran tempatan juga mempunyai kualiti polisi yang
berbeza. Sepanjang pengetahuan saya, Iswara dan Wira 1.3 mempunyai
kualiti penerimaan yang terendah apabila ianya dikeluarkan di Shah Alam.
Peningkatan dan pembaikan mutu diserahkan kepada pihak EON dan pengedar
untuk menyelesaikannya. Tapi bagi Perdana ianya mempunyai kualiti
penerimaan yang sangat tinggi. Selalunya pengedar tidak perlu lagi
membuat apa-apa pembaik pulihan terhadap kereta Perdana tersebut. Tapi
tak peliklah.. kerana Perdana dibuat secara CKD (Completely Knock Down).
Bertuah pada sesiapa yang mempunyai Perdana.
Hari ini ada sesuatu yang menarik telah berlaku. Sewaktu dalam
perjalanan pulang, saya terlihat sebuah kereta Satria GTi tersadai di
Tol Batu 3 Shah Alam dengan hood depan dibuka. Saya tak ingat
registration number dia sepenuhnya. Tapi cuma ianya BFW something. Masih
baru bisik hati saya. Saya pun pull over untuk bertanyakan hal yang
berlaku. Pemandu memperkenalkan dirinya Tonny dan tunangnya. Nampak
gayanya gear box telah memberikannya masalah. Dia telah notice masalah
itu bakal berlaku kerana terdapat bunyi bising yang kurang menyenangkan
setiap kali beliau menukar gear. Sistem penghawa dingin juga ada
masalah. Kurang sejuk kata beliau. Kebocoran disyakki. Kereta belum lagi
berusia 2 minggu bermacam-macam masalah timbul. Itu Satria GTi bukannya
Iswara atau Wira 1.3. MENYESAL beli PROTON katanya. Dia akan kempen
kepada semua kawan-kawan dia untuk jangan beli PROTON lagi. Dia akan
pastikan kenalan dia (dan tunangnya) menghapuskan PROTON dalam senarai
pilihan kereta mereka. Sudah sampai masanya untuk pihak PENGGUNA (dan
bakal pengguna) PROTON untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa. Dia
kata, kita boleh mulakan dengan WAJA. Jangan terlalu ghairah atau jangan
berikan respond yang memberangsangkan langsung (Idea yang bagus!).
Cukuplah katanya. Marah betul dia. Dahlah tu, bantuan AAM pulak lambat
tiba katanya. Setelah bertukar-tukar business card, saya meminta diri
untuk berundur kerana kelihatan langit begitu mendung nak hujan.
Saya rasa kes seperti di atas bukanlah sesuatu yang asing bagi pengguna
dan pemilik kereta PROTON. Dulu our V6 company car juga mempunyai
masalah gear pada minggu pertama diterima. Walaupun ianya sudah dibaiki,
tetapi imej yang PROTON tetap mengeluarkan LOW-CLASS quality car sudah
cukup tersemat pada fikiran ramai orang.
Bagi saya, I'll cherish my Camry
ARA