Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Kepala angin !!!!

Assalamulaikum w.b.t

Tok Ayah….

Merujuk kepada beberapa tindakan provokasi / bodohsombong / melampau / pengecut / bermuka-muka yang berterusan yang dibuat oleh Pengerusi J/K Bertindak Pergerakan Pemuda UMNO Teregganu iaitu Tg. Zainuddin b. Tg. Zahid terhadap PAS dan Kerajaan Negeri.

Di sini saya ingin ceritakan serba sedikit latar belakang Ketua Pemuda UMNO Marang ini.

Sebagaimana yang umum sedia maklum, Pemuda UMNO Terengganu melantik beliau sebagai Pengerusi J/K Bertindak kerana beliau mempunyai beberapa kelebihan dan yang paling ke depan dalam beberapa tindakan bodoh yang umumnya telah diketahui ramai, iaitu bercakap banyak, bermuka-muka, politik wang, samseng, pengampu dsb.nya.

Beliau bukannya ada wawasan politik.Semasa di sekolah dahulu duduk di kelas no. 4 dan seorang samseng kerana merupakan anak kepada seorang YB.Beliau menceburi bidang perniagaan dengan menjual nama ayah beliau yang pernah menjadi YB kawasan Marang pada 1982 dulu.

- Buat bisness hartanah / menipu pelanggan.

- Buat bisness di ibu negara banyak menipu tokey hingga RM ratusan ribu.

- Didalam pemilihan beliau menggunakan wang untuk memancing pemuda bagi memenangi Ketua Pemuda UMNO Marang.

- Beliau banyak mengauk keuntungan dengan mengampu projek-projek dengan “Sheikh Minyak” Terengganu.

Banyak tindakan bodoh yang menunjukkan beliau adalah “kepala angin” Pemuda UMNO yang dilakukan sejak menjelang pilihanraya ke 10 yang lalu;.

i. Beliau mengarahkan Unit Gempur Pemuda Umno menurunkan dan membuang poster/bendera Umno ke dalam parit dan memanggil pemberita untuk menaikkan namanya.

ii. Beliau mengarahkan Unit gempurnya membuat provokasi di Bandar Marang dan di tempat majlis-majlis PAS.

iii. Membuat berbagai-bagai fitnah kepada pimpinan PAS dalam ceramah-ceramah..(ilmu takdak nak cakap hal agama, cakap berterabur).

iv. Membuat repot polis kononnya beliau diugut bunuh.(kalau jatuh ke sungai Marang buaya pun tak ingin nak makan- perut kotor.)

v. Bagi memperkuatkan hujah bunuh beliau, beliau sendiri mengambil tindakan bodoh di waktu malam dengan menyembelih seekor ayam dengan meletakkan darah ayam tersebut di sekeliling rumahnya dan menyangkut ayam tersebut di pintu pagar rumahnya.

Setelah polis menyiasat dan terbongkar cerita sebenar, beliau telah dimarahi oleh Ketua Polis Marang kerana tindakan bodohnya ini telah membuang masa polis.

vi. Sebelum pilihanraya juga, bagi menonjolkan diri beliau sebagai calon Dun Rhu Rendang, beliau memburuk-burukkan pemimpin Umno sendiri di hadapan penyokongnya. Beliau sanggup membongkarkan rahsia bahawa calon BN 95 dulu menggelapkan wang masjid, wang derma pilihanraya dan sebagainya yang mana beliau juga terlibat.

Begitu juga di mana ada lawatan PM di situlah ada beliau. Bila PM ke England beliau sanggup suap RM puluh ribu kepada SU politik PM bagi membolehkan beliau disenaraikan sebagai peserta, maka berjayalah beliau turut serta.

Begitu juga bila PM melawat ke Mekah pun beliau, bapa dan kuncu-kuncunya sanggup mengorbankan kouta haji orang lain bagi tunjuk muka pada PM. Dengan kata lain PM ke England ada muka dia, pegi Mekah pun ada muka dia.

Hasil dari beberapa tindakan licit, beliau pun terpilih sebagai calon Dun Rhu Rendang.

Jika beginilah perangai buruk dan tindaklaku buruk beliau sebagai pemimpin Pemuda UMNO, InsyaAllah UMNO akan mampus dan lingkup bersama beliau dan labu-labunya, AMINNNN.

Dan pada masa ini setelah PAS dapat menghentikan kemungkaran Umno di Terengganu, beliau merasakan tiada peluang untuk mengaut wang rakyat melalui projek-projek dan bagi menonjolkan diri, beliau dari masa ke semasa akan membuat berbagai-bagai provokasi seperti repot polis dan tindakan lain bagi menganggu gugat PAS.

Seperti laporan yang telah dibuatnya berkaitan hal khutbah jumaat, Pekeliling JHEAT, bantuan kebajikan, Fatwa, royalti minyak, masalah tanah dan sebagainya.

Dengar ceritanya bini beliau sekarang bertugas di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, sebab itulah beliau banyak menerima maklumat-maklumat rahsia jabatan untuk didedahkan kepada media. (saya menyeru pegawai atasan ambil maklum tentang Akta OSA).

Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua rakyat Terengganu supaya tidak terpengaruh dan menyedari bahawa tindakan Pemuda Umno ini adalah tindakan provokasi sahaja kerana kecewa rakyat Terengganu telah menolak mereka dan jangan ambil cakna sangat tentang budak-budak bodoh sombong nin, tapi sekali-sekala tu PAS kena fikir jugak tentang beberapa tindakan (undang-undang ke? atau sebagainya) yang perlu diambil kepada budak tongong nin......

Sekian.

Ibnu Qayyum


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com