Kali ini kita dihidangkan dengan acara sambutan ulangtahun kemerdekaan untuk kali ke 43 selama sebulan penuh dengan acara dan majlis penuh kemeriahan. Dimana-mana sahaja seluruh ceruk rantau negara dikerah supaya mengibarkan bendera merah putih si jalur gemilang. Akan tiba pula saatnya nya apabila jarum jam bersatu pada angka 12,bergema pula laungan-laungan "MERDEKA! MERDEKA !MERDEKA!. Kemudiannya bermulalah pesta-pestaan berlarutan hingga ke pagi.Besoknya seluruh negara akan disajikan pula dengan leteran-leteran ucapan dan baris-barisan panjang perarakan.
Semuanya itu sama ada kibaran ,ucapan mahupun perarakan hanyalah sekadar lakonan dan pementasan berskrip bukan hasil arahan tetapi arahan yang diturut kerana dilaksanakan dalam versi pesta-pestaan yang sememangnya digemari ramai.
Jika dikaji, apakah semua yang terlibat atau cuba merelakan diri menumpang sambutan ulangtahun kemerdekaan itu sebenarnya jiwanya betul-betul "berkobar merdeka" sepertimana "berkibarnya jalur gemilang"?
Apakah ada penghayatan dalaman dan nurani mengerti dan menghargai kemerdekaan yang telah dinikmati menjangkau 43 tahun?
Apakah terasa benar dalam jiwa bahawa perlakuan diri turut sama memeriahkan ulangtahun kemerdekaan itu sebagai sesuatu yang amat perlu dilaksanakan setahun sekali demi cinta dan kasih sayang kepada negara?
Apakah cukup terasa dalam jiwa murni kita betapa berharganya kebebasan yang dinikmati dari kemerdekaan ?
Berapa ramaikah diantara kita masa kini yang merasakan dengan penuh jiwa raga dan menghayati segala persoalan yang diutarakan di atas ketika menyambut merdeka?
Berapa ramaikah pula diantara kita yang terasa dikerah dan dipaksa dengan imbuhan untuk turut sama mengibarkan sijalur gemilang sedangkan jiwa tidak pernah berkobar untuk merasai kelazatan dan kenikmatan kemerdekaan melainkan nikmat nafsu-nafsi kemeriahan sogokan pesta-pestaan?
Jika inilah pola adunan pihak yang bertanggungjawap mengkoodinasikan ulangtahun kemerdekaan,pastilah segala tenaga,masa dan kewangan yang dilaburkan tidak akan berhasil untuk memupuk dan membaja pohon semangat patriotik.
Jiwa-jiwa yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak dalam 'pesta' ulangtahun kemerdekaan tidak dikobar-kobarkan sebagaimana berkibarnya si jalur gemilang.Jiwa-jiwa yang menyertai 'pesta' sambutan ulangtahun kemerdekaan itu tidak jauh bezanya dengan jiwa-jiwa yang berpestaan menyambut ulngtahun harijadi sahaja. Tuip lilin, kemudian nyanyi, kemudian makan sekenyangnya, kemudian balik. Itu sahaja. Tahun depan buat lagi yang sama.
Sambutan ulangtahun kemerdekaan sebenarnya akan berlaku tanpa skrip dan kerahan. Saban hari jiwa-jiwa yang hidup menghirup udara bebas dalam sebuah negara yang merdeka semerdekanya menanti dan menunggu dengan penuh perasaan kasih sayang,cinta dan taat setia kepada negaranya untuk meluahkan semangat patrotik mereka pada hari ulangtahun kemerdekaan. Akan berbondong-bondong jiwa-jiwa merdeka sejati ini membawa badan masing-masing melaksanakan tugas untuk menghamburkan perasaan patriotik secara sukarela. Cinta mereka kepada negara adalah cinta patriot sejati.
Kasih sayang mereka kepada negara adalah kasih sayang yang asli bukan tiruan.
Apakah kita yang bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 43 ini tergolong di dalam kalangan jiwa-jiwa patriot sejati?
Menaga dan kenapa kita dan jiwa kita tidak tergolong sebagai patriot sejati ????
Tunggu sambungannya
ROBO GE-MEN