Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


4 Ogos 2000 Pembebasan

Walaupun hamba seorang tua
Lemah sudah daya fizikal hamba
Api keadilan masih membara jiwa
Ingin memberi sokongan moral

Nasihat agama telah banyak diberi
Kepada Mahathir dan para Menteri
Agar mereka insafkan diri
Namun mata mereka buta telinga pula tuli

Mereka disekeliling Mahathir anak Kutty
Sampai bilapun mereka tak akan reti
Selagi perut menjadi priority
Selagi Islam tidak sepenuhnya diamali

Para reformis dan pejuang keadilan
Tukarlah cara tindakan kalian
Bezakan reality dari khayalan
Asalkan tidak bercanggah dengan Islam

Titik permulaan telahpun diaturkan
Tanggal 2 September tahun 98
Malangnya hambar tindakan susulan
Takutkah kita untuk terus LAWAN?

Kini, 4 Ogos 2000 jadi tarikh pilihan
Mengatur langkah mengadakan perhimpunan
Jadikanlah ini sebagai GARISAN kedua tindakan
Membenamkan KEZLIMAN dan menegakkan KEADILAN
Dan, didoakan agar api ini tidak padam-padam
Sehingga mencapai KEJAYAAN.

Reformis Tua
matsabut@freeanwar.com


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com