Hari ini( 19 OGOS 2000) saya terbaca surat pembaca
dari'KAKITANGAN MALANG' di muka surat 10 Utusan
Malaysia. Surat ini cukup menggambarkan rasa tidak
puas hati sebilangan besar (semua) kakitangan kerajaan
di Johor mengenai kemudahan perumahan. Saya ingin
menerangkan lebih detail mengenai perkara ini.
Sememangnya rumah untuk kakitangan kerajaan di Johor
tidak mencukupi, kira-kira 70 % kakitangan kerajaan
terpaksa menyewa sendiri. Kepada kakitangan kerajaan
yang berjaya menduduki rumah kerajaan pula, bukanlah
golongan yang bernasib baik, sikit saja lebih baik.
Kerajaan pula kenakan bayaran (potongan gaji) sebanyak
RM 430 kepada kakitangan kerajaan yang menduduki rumah
pangsa 3 bilik di Bukit Cagar dan Bukit Saujana, Johor
Bahru...ini maknanya cekik darah penyewa. Kakitangan
kerajaan yang menerima elaun rumah RM 90 dan RM 110
(baru naik RM 135 dan RM 165) terpaksa pula memotong
gaji lagi.
Inilah nasib kakitangan kerajaan di Johor, negeri UMNO
paling kuat di dunia(kata Mat Sabu). Kakitangan
kerajaan yang selama ini berkhidmat memaju dan
membangunkan negeri ini, diperah keringatnya oleh
pemimpin yang pentingkan diri sendiri. Dato' Ghani
Othman asyik sibuk dengan KPRJ, buat jalan raya
kampung sehingga rugi berpuluh juta, tapi rumah
kerajaan tidak diperdulikankan.
Kakitangan kerajaan di Johor tak mampu (terpaksalah
buat-buat mampu) sewa rumah. Sewa rumah di sini...Flat
2 bilik RM 400 ke atas...Flat 3 bilik RM 500 ke
atasatas...Rumah teres 2 bilik RM 500 ke atas...Rumah
teres 3 bilik 600 ke atas.... Saya amat simpati kerana
ada kakitangan kerajaan yang terpaksa menyewa rumah
setinggan di Kampung Pasir, Plentong, Skudai Kanan,
Kempas Lama dan lain-lain untuk mencari sewa yang
lebih murah ( itu pun 200 jugak)
Mampukah kakitangan kerajaan yang gaji tak seberapa
duduk di JOhor Bahru. Itu belum bayar bulanan kereta,,
belanja makan harian, anak sekolah, pengasuh anak dll.
Sudahlah Ghani Othman, jangan sampai Kakitangan
Kerajaan seluruh Johor buat SUMPAH KERAMAT tak akan
sokong UMNO sampai UMNO dikuburkan di negeri kelahiran
UMNO ini.
Saya sudah 6 tahun di Johor Bahru, hidup menyewa RM
480 sebulan (telah membayar RM 34,560 selama 6 tahun)
keperitan ini tidak dirasai oleh Dato Ghani dan YB
yang lainnya. Sebelum ini saya bertugas di Sarawak dan
Kelantan. Di sana jauh lebih baik.
Akhir sekali, saya akan teruskan kempen bersiri,
Pertama mendesak Menteri Besar Ghani Othman
menyelesaikan segera masalah perumahan ini.
Kedua, akan mendesak supaya Barisan Nasional pusat
menjatuhkan Dato' Ghani Otman dan memilih kepimpinan
baru.
Ketiga, kakitangan kerajaan Johor akan mengundi
Barisan Alternatif(PAS, Keadilan,PRM dan DAP)dalam
pilihanraya yang akan datang. Kakitangan kerajaan akan
turut berkempen secara halus di kalangan orang
masyarakat dan ahli keluarga supaya menolak BN.
Keempat, Ahli Parlimen Barisan Alternatif (terutamanya
YB Dato" Fadhil Noor, YB Mat Sabu, YB Mahfuz Omar)
dialu-alukan datang ke Johor untuk meninjau sendiri
masalah yang dihadapi serta memperjuangkannya di
parlimen. Semoga Allah membalas jasa tuan sekalian
walaupun tuan bukan wakil rakyat kami.
Sekian.
Daripada:
Wakil kakitangan Kerajaan,
Suara Bertindak
Membela Nasib Kerajaan Johor