Laman :
Myient OnLine
Oleh: Camnicamtu
Nampaknya UMNO sudah mula mengumpulkan ulamak terkemuka mereka untuk mengelilingi negara bagi memberikan penerangan kepada rakyat yang menurutnya disesatkan oleh penceramah PAS. Suatu kerja yang pada pendapat saya membazirkan tenaga dan duit sahaja. Langkah ini mungkin suatu langkah menciplak cara PAS dan Barisan Alternatif dalam memberi penerangan kepada rakyat.
Saya membayangkan betapa payahnya ulamak itu dalam siri penerangan mereka nanti. Boleh juga dikatakan ini adalah satu cara Mahathir hendak memalu dan menjatuhkan air muka ustaz-ustaz yang ditugaskan nanti. Apa tidaknya, ustaz itu nanti langsung tidak dapat mengeluarkan hujjahnya melainkan terpaksa merapu-rapu macam orang gila. Lainlah kalau ustaz yang berguru dengan Mahathir Al-haj itu nescaya dapatlah juga berbohong dan memanjangkan dakyah yang dibawa oleh Syekh Mahathir al Mala-unah.
Saya mengatakan demikian, berdasarkan pengetahuan Islam yang saya ada. Setakat yang saya tahu, sepertimana yang diterangkan oleh tok-tok guru PAS itulah ajaran yang sebenarnya yang dikehendaki oleh al Quran dan Sunnah nabi. Tidak ada lagi nabi atau ajaran yang lain. Makanya kalau ustaz-ustaz yang ditugaskan nanti nak beri penerangan dan menangkis atau membetulkan penyelewengan yang di ajar oleh PAS, saya tak dapat membayangkan dari sudut mana lagi penerangan yang dapat diberikan.
Berita Harian hari ini menyebut 25 orang tokoh agama UMNO akan bergerak ke seluruh negara untuk tujuan itu. Entah macam mana boleh menarik perhatian saya sehingga terhasilnya coretan ini.
Dalam isu ini, saya berpendapat lebih elok UMNO menganjurkan program DEBAT atau MUZAKARAH terbuka kalau benar-benar UMNO hendak membetulkan kekeliruan dan penyelewengan dalam ceramah PAS selama ini. Pung begitu saya difahamkan Ketua Pemuda UMNO ada mengajak PAS mengadakan debat tertutup. Pada pendapat saya debat tertutup tidak mendatangkan faedah maksima. Hanya memenatkan otak sahaja. Dan menghabiskan duit sahaja. Ini kerana selepas habis debat, keadaan kembali seperti biasa, tanpa sebarang perubahan.
Berbalik kepada isu ceramah penerangan ini juga, elok kalau dibuat dalam studio dan disiarkan di TV dan Radio daripada dilepaskan ustaz-ustaz ini berhadapan dengan orang ramai secara langsung. Dikhuatiri nanti ada yang kena pelangkung dengan telor busuk. Dah tentu UMNO menguasai penyiaran TV dan Radio, kenapa bersusah payah mengadakan ceramah jalanan seperti PAS. Atau kalau mereka berpendapat ceramah di TV dan radio tidak berkesan, beri sahaja peluang itu kepada PAS dan BA untuk mengadakan siri ceramah penerangan mereka di TV dan radio.
Wahai Mahathir dan UMNO, tak payahlah kau memeningkan kepala nak mengadakan majlis penerangan itu. Apa penerangan kamu dalam TV, Radio, Berita dan Surat Khabar selama ini belum cukup?. Pelik betul. Mahathir dan UMNO sudah undur ke belakang dalam menangi isu penerangan ini.
Walau bagaimanapun, kalau UMNO terus bertekad untuk mengadakan juga majlis penerangan di seluruh negara itu, persilakanlah. Sebelum itu saya mencadangkan beberapa langkah demi memastikan penonton hadir mengikuti penerangan mereka. Kalau tidak dibuat langkah-langkah ini nanti, dikhuatiri hanya nyamuk dengan katak sahaja yang dengar penerangan kamu itu. Antara cadangan itu termasuklah;
- Mengundang penyanyi / artis terkenal sama ada
dalam atau luar negara untuk mengadakan persembahan di majlis itu, pada
sebelum pertengahan dan selepas ceramah diadakan. Kalau tak tergamak nak
jemput artis seperti Ning Baizura pun boleh juga jemput kumpulan nasyid.
Nanti ramai pengunjung.
- Setiap kali nak buat ceramah, sepatutnya
dikorban lembu ke... kerbau ke... untuk dibuat jamuan kepada pengunjung
yang hadir. Buat hebahan dan pengumuman di TV tentang perkara ini.
Umumkan juga "siapa yang tidak hadir, tidak dapat makan". Dari segi
peruntukan tak susah. Banyak cara penipuan yang boleh dibuat. Paling
senang sekali, YB kawasan itulah yang paling patut menyediakan lembu itu
berserta dengan kos memasaknya sekali.
- Membayar elaun kehadiran mengikut jam. Lagi
mahal lagi baik. Contohnya elaun untuk sekali hadir majlis penerangan
itu, katakanlah RM100. Berbaloilah juga muslimin muslimat yang hadir.
Elok juga majlis penerangan itu diadakan waktu siang atau di dalam dewan
tertutup dan disediakan kawalan polis. Ini untuk mengelakkan atau
mengurangkan resiko penceramah dibaling dengan telor busuk.
- Menjemput kumpulan boria atau kumpulan teater.
Kalau susah sangat Mahathir sendiri pun boleh. Dia adalah pemegang
anugerah "Pelakun air mata 2020". Eloklah dijemput beliau.
- Bayaran elaun/gaji yang lumaian kepada
penceramah/ustaz yang dipertanggungjawabkan itu. Baru berbaloi nak
berbohong. Agak-agak sekali ceramah dapat bayar muka kereta proton ke
sebuah. Itu hanyalah cadangan.
- Langkah yang paling selamat ialah mengarahkan
pelajar-pelajar IPT untuk meramaikan penonton. Atau boleh juga di
kerahkan pelajar-pelajar asrama untuk hadir. Pelajar-pelajar adalah anak
kerajaan, jadi UMNO mengaku dia adalah kerajaan, maka bolehlah
diperlakukan sesuka hatinya.
Semoga majlis yang UMNO rancangkan itu boleh membuka mata rakyat untuk terus membenci UMNO dan rakan-rakannya. Amin.