Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL DITOLAK BUAT KALI KEDUA

KENYATAAN MEDIA

Permohonan untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi Perhimpunan 100,000 Rakyat telah ditolak buat kali kedua. Perhimpunan ini dijadualkan pada 7 Oktober 2000. Surat daripada pihak perbadanan yang menggunakan kepala surat Perbadanan Stadium Merdeka, bertarikh 25 September telah diterima oleh Jawatankuasa Bulan Reformasi pada hari yang sama tengahari tadi.

Surat itu telah ditandatangani oleh En. Abu Bakar Kasim, Pengurus Perbadanan Stadium Merdeka. Bayaran pendahuluan bernilai RM21,000.00 juga dikembalikan.

Jawatankuasa Bulan Reformasi akan terus berusaha untuk menganjurkan Perhimpunan 100,000 Rakyat dalam bulan Oktober. Satu tarikh yang sesuai akan ditetapkan dan tempat akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu Jawatankuasa Bulan Reformasi dengan kerjasama Pemuda keADILan Pusat akan menganjurkan satu siri program baru sebagai muqaddimah bagi Perhimpunan 100,000 Rakyat sepanjang bulan Oktober. Siri ini juga merupakan susulan bagi program Sumpah Keramat II yang telah dianjurkan ke seluruh negara baru-baru ini.

Hj. Saari Hj. Sungib
Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
Parti KeADILan Nasional
http://bulanreformasi.tripod.com
emel: [email protected]
25 September 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]