Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SEPETANG DI TMN MELEWAR – SERIBU TAHUN DI SHAH ALAM

PERJALANAN pulang ke Selatan dirancang begitu rupa supaya kami tiba di Tmn Melewar sebelum Maghrib. Sebelum sampai di Ketari, saya mendapat panggilan di handset memaklumkan supaya saya harus menukar jadual dan melengahkan sedikit perjalanan.

Tanpa menyoal sebab-musababnya, saya melakukan apa yang dipinta. Dua jam kemudian saya dan beberapa orang teman meneruskan perjalanan dengan sebuah kenderaan yang lain sementara kereta saya beralih hala. Baru saya maklum apa menjadi masalah. Kemalangan boleh juga disengajakan – kabarnya. Terima kasih kerana mereka berusaha ikhlas menyelamatkan kami. Alhamdulillah….!!

Kerana itu kami terlewat tiba di Tmn Melewar. Waktu itu kurang lebih jam 10.30 malam – terlewat 3 jam dari jadual. Saya bernasib baik kerana sdr. Ezam baru dimaklumkan akan memberi ucapan. Saya dan teman-teman seperjalanan berasak-asak dalam himpitan ribuan manusia yang memenuhi jalan. Macam pasar malam.

Alhamdulillah…belum pun BA memerentah, rakyat berpendapatan kecil sudah mendapat nikmat dengan berniaga kecil-kecilan menambah rezki halal. Itu saya dapat tahu semasa makan sup di sebuah simpang 3 berhadapan Markaz (selepas tamat ceramah jam 12.00).

Semasa kami berjalan ke laman Markaz, saya berbisik kepada teman saya, “Uhhh..hai..!! Begini rupanya ceramah KeADILan? Dewan yang begini luas berhimpit-himpit hingga menlimpah ke luar dan memenuhi tanah lapang seluas padang bola? Kenapa tidak dibenarkan ceramah rakyat ini dibuat di stadium Bkt. Jalil saja?”

Teman saya (pemandu gantian bagi kereta yang ditukar, anak Tmn Melewar) menjawab, “Wak! Stadium itu kepunyaan UMNO/BN. Regim ini bukan seperti kerajaan PAS/BA di Kelantan dan Terengganu. YAB TG Hadi dan TG Nik Aziz memperakukan hak kerajaan adalah hak rakyat. Tidak ada sebarang halangan untuk mana-mana parti politik menggunakan. Berbeda dengan UMNO/BN, parti ini lebih banyak sekatan dari kelonggaran. Nasib baik tak ada FRU siap sedia dengan cotar dan belantan. Nasib baik permit tidak dibatalkan….!!”

Saya menggeleng kepala. Tidak sangka begitu besar ketakutan dan kegusaran UMNO/BN menghadapi kekalahan. Bagaimana dan apa jadinya jika proses perampasan hak kebebasan begini diteruskan, tidakkah rakyat makin berganda kemarahan mereka? Nak salah siapa?

Kami bersama orang ramai lebih selesa diluar – di tanah lapang dalam gelap bertemankan sinaran lampu warong-warong yang bergemerlapan. Terasa betapa cerianya keadaan malam. Suara Ezam yang saling tak tumpah dengan nada DS Anwar membuatkan saya berlinang airmata mengingati beliau dikurung didalam penjara.

Ezam mempunya gaya, ketegasan dan stamina hampir menyamai ciri-ciri Anwar waktu berumur 30-an. Ezam memang seorang pemidato yang sungguh berbakat dan berilmu, berani dan kental semangat, mampu membuatkan hadirin terpesona mendegar.

Seramai ini orang politik dari kelompok UMNO berceramah, saya belum jumpa pemidato sepetah Ezam dengan artikulasi lidahnya menangkap setiap liang telinga, menusuk ke dalam otak dan memukau tingkat tumpuan dengan hujah yang lantang, terang dan memfokus!

Seperkara yang masih teringat kepada kami disitu, Ezam menjelaskan bahawa Anwar bukan memberi mereka jawatan. Sebaliknya, Anwar mendidik mereka menjadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab kepada tanahiar, bangsa dan agama. Proses pendidikan yang mereka terima tidak mungkin dapat ditandingi oleh seorang mahaguru di mana-mana.

Mesej yang sampaikan Anwar kepada mereka ialah beliau mahu melihat perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan sebagai amanah. Jika tidak dilaksanakan secara berhemah, setiap pemimpin yang engkar sumpah akan menerima padah.

Kerana itu, kata Ezam, hati pemuda BA @ KeADILan tidak mudah rapuh dan lemah dalam menghadapi ugutan, asakan dan kegagalan. Mereka tidak akan berganjak dari memperjuangkan yang hak bagi rakyat dan generasi akan datang.

Azmin juga mempunyai potensi besar membawa BA ke mercu kejayaan menggantikan UMNO/BN yang sudah kehilangan iltizam mendukung aspirasi orang Melayu.

Saya berpandangan, UMNO tidak lagi mampu meneruskan dasar yang konsisten yang amat penting dalam sesebuah kerajaan sekiranya rakyat mahu berjaya disegenap segi. Jika dikaji kepimpinan Dr Mahathir, tidak ada apa yang kekal dan bertambah beliau lakukan sejak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Selain dari hutang hampir 200 bilion Rm, yang tersemat dalam lubuk hati orang Melayu hanyalah “tiupan kebanggaan yang palsu”..!!

Apa yang nampak sekarang, negara dan rakyat makin merudum dalam kancangan ‘hutang’ dan ‘pertlingkahan kaum’. Bandingkan dengan sebelum beliau menerajui pentadbiran negara beberapa tahun lampau, hari ini apa yang beliau lakukan amat memalukan. Rakyat perlu suatu perubahan total jika mahu berjaya dan maju ke hadapan.

Ini menunjukkan bahawa dasar yang dilaksanakan oleh Dr. Mahathir tidak sesuai bagi negara majmuk, dengan majoriti rakyat yang masih memerlukan bentuk-bentuk pembangunan yang tiris terus kepada rakyat miskin.

Dr. Mahathir tidak menimbangkan keperlukan sebuah negara yang kuat, stabil, makmur. Mahathir tidak memikirkan faktor-faktor yang membolehkan rakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni.

Mahathir lebih banyak berangan-angan dan bermimpi disiang hari dengan cuba berteori yang bukan-bukan. Beliau cuma bermegah menggelarkan rakyat negara ini sebagai 'great society', tetapi sebaliknya Mahathir sendiri tidak memilih deretan pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab.

Akhirnya, dengan Nepotisma, Kronisma dan Rasuah yang menjadi-jadi, kepimpinan negara menjadi begitu lemah. Dengan tabiat dan karenah Mahathir yang biadap, rakyat sudah terlepas peluang meletakkan negara dan masyarakat ke dalam kerangka sebuah negara yang kuat dan bermaruah.

Mahathir cuba berwawasan. Tetapi beliau lupa bahawa wawasan beliau itu tidak sesuai dengan kemahuan dan tahap kemampuan rakyat waktu kini. Faktor-faktor yang mampu memberi kekuatan kepada politik, ekonomi dan sosial telah dibolot oleh beliau dan kroni dan suku-sakat mereka sahaja.

Berbanding dengan pemimpin UMNO sebelum beliau, mereka membina ‘foundation’ politik, ekonomi dan sosial yang kuat bagi pembinaan sebuah negara yang mebangun. Struktur ekonomi makin diperhebat. Pendudul desa mendapat insentif untuk menjana ekopnomi.

Tetapi hari ini, faktor ekonomi telah dipergunakan oleh Mahathir untuk membina pelbagai jenis tugu untuk diagung-banggakan. Menara PETRONAS yang bercabang dua, Mahaligai 200 juta dengan sebuah tasik yang menelan air bersih untuk minuman rakyat berjuta gelen sehari, Global Express untuk beliau bersiar-sira keliling dunia bersama keluarga, wang rakyat yang digunakan untuk membayar hutang judi, pertaruhan dan menampung syarikat gergasi anak-anaknya yang jatuh muflis, rasuah ratusan bilion yang diselitkan dalam kos pembinaan puluhan projek kerajaan, dan 1001 macam kejelekan yang makin berleluasa.

Akhirnya, pekung ini terdedah apabila Krisis matawang yang melanda menyebabkan struktur ekonomi rakyat yang masih goyah telah roboh seperti tumbangnya budah-buah domino di meja percaturan.

Tindakan Mahathir paling silap besar ialah membuang Anwar dan memulakan satu pergolakan politik dikalangan UMNO dan orang Melayu. Hingga hari ini, setelah 2 tahun berlalu, keadaan politik negara makin tidak stabil – sebaliknya makin tegang.

Keadaan kian meruncing lagi apabila Mahathir memulakan pelbagai “sandiwara” yang tidak diminati penonton (rakyat dan dunia).

Sebenarnya, “sandiwara” Mahathir tidak lebih daripada agenda beliau yang berhasrat besar merangkul kuasa untuk terus digenggam didalam tangan. Rakyat Malaysia sudah makin bosan dan muak dengan karenah beliau.

Perbuatan beliau tidak akan menjadikan negara ini lebih baik. Mahathir bukan seorang genius yang mampu mebaikpulih keadaan yang kian memburuk seperti hari ini.

Kuncinya, sebagai pemimpin Mahathir tidak lagi dihormati. Dengan itu, beliau tidak akan mampu memberi rakyat kesejahteraan – jauh sekali dari memberi rakyat nikmati yang hanya akan wujud melalui kestabilan politik.

Mahathir kena ingat, konsistensi yang dibawa oleh sesebuah pemerintahan itu tidak akan dapat dipastikan andainya setiap langkah yang diambil tidak mendapat sambutan dan sokongan rakyat. Hari ini, Mahathir bukan ‘agen kestabilan’ – sebaliknya ‘penjenayah’ yang bakal memecah sosial dan memporakperandakan fakbrik politik rakyat. (UMNO tolong fikir tanpa emosi).

Sekarang Mahathir yang mengetuai sebuah regim yang berperang dan mengganggu gugat keperihatinan rakyat, mencampuradukkkan hasrat negara dengan keinginan peribadi, semua jari menuding kepada Mahathir dan UMNO/BN sebagai elemen yang bertanggung jawab kepada kemusnahan yang makin ketara.

Ini membuktikan bahawa Mahathir dan UMNO tidak diperlukan lagi. Sudah terbit kepercayaan rakyat bahawa beliau dan UMNO/BN tidak wajar lagi menerajui sebuah negara majmuk yang berwawasan – bukan wawasan untuk meletakkan Mahathir sebegai “Dikatator” sampai mati!!

Rakyat sudah membuat pilihan. Pada tahun 2004, rakyat – melalui Barisan Alternatif, akan menentukan hala tuju negara mengadapi cabaran dunia Globalisasi.

Deretan pemimpin lapisan termuda seperti Ezam dan Azmin (sekadar menyebut contoh) makin nampak kaliber kepemimpinan yang terserlah sebagai antara mereka yang wajar memimpin negara bersama-sama rakan kompen lain dalam BARISAN ALTERNATIF.

Bagi saya, se petang di Tmn Melewar lebih bermakna dari sehari suntuk di Shah Alam. Makin jelas kepada saya, UMNO/BN harus dihumbankan ke bawah tangga (thrown under the stairs). Jangan tangguh lagi walau se detik cuma!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]