Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


AKHBAR MELAYU MENJANA WADAH PENJAJAH – MEMBUNUH KEMERDEKAAN BANGSA! (1)

Bah. 1

Dalam sebuah artikel, saya pernah berkata – apa juga alasan Dr. Mahathir ‘mencekik’ royalti minyak yang hak dan sah dari undang-undang bagi rakyat Terengganu; sebarang hujah yang diberi sangat meloyakan tekak saya.

Hari minggu ini, selepas Subuh – sekali lagi saya termuntah. Tekak saya geli-geman bagai digeletek dalam kerongkong bila budak Awang Sulung - tukang angkat taik Mahathir seoalah-olah berkata, “Taik Mahathir harum aromanya”..!!

Mungkin bagi beliau dan budak-budak suruhan Mahathir yang saban hari menghidu “aroma” bahan buangan yang tersembul dari “lubang keramat” Mahathir itu, memang nyaman aromanya. Kelompok ini tepat sekali dipergelar “eunuchs”. Tetapi bagi orang Melayu yang waras dan tinggi tahap rasional mereka, rata-rata tutup hidung. Amat meloyakan.

Sebelum itu, Rais Yatim cuba ‘menggoreng’ najis Mahathir untuk dihidangkan kepada rakyat. Pelbagai alasan tumpul tawar-hambar yang mencerminkan kebebalan beliau dipaparkan dikaca TV. Si “cerdik” ini pun satu lagi “eunuch’. Malah, sejak S46 dikuburkannnya, si beliau ini dengan penuh redha “mengkasi” diri sendiri. Maka terpotong habislah ‘khazanah termulia’ sebagai seorang manusia dalam dirinya, langsung tak tinggal kesan “tunggul”nya..!! (jangan ketawa, Rais; Amin Sapiro bukan bergurau).

Kedungu-bebalan si Rais ini, selaku pemegang sijil Ph.D dalam ilmu undang-undang, sudah layak mencontohi seorang anak Melayu yang kununnya berkelulusan tinggi tetapi mudah dibeli dengan ringgit dan sen sebegitu murahan. Itulah dia contoh cendekiawan Melayu yang sudah ‘rosak’ minda, jiwa dan rohaninya!!

Dua kali Rais berpusing-keliling membunuh ledakan semangat Reformasi rakyat. Percubaan pertama berhujah mebuang Islam dari amalan berpersatuan masyarkat Melayu Islam, tetapi gagal. Kali kedua ialah percubaan beliau memberi justifikasi menafikan royalti minyak yang hak kepada rakyat Terengganu pula. Nampaknya, tidak meyakinkan rakyat juga.

Waktu itu, saya betul-betul muntah-belilah..!! Rasa nak terkeluar isi perut saya. Memang Utusan Malaysia 100% dan jadi Utusan Meloya! Begitu juga intelek Melayu yang menerima suntikan ugut dan bujukan dari seorang ketua yang sudah ditolak rakyat!! PENJAJAH!!

Mengajar Melayu Jangan Cerdik?

Hampir tiga suku abad orang Melayu pandai berakhbar, tetapi dalam tahun 2000 ini; andainya allahyarham Pak Abdul Rahim Kajai (semoga Allah swt. mencucuri rahmat keatas rohnya) masih hidup, mungkin beliaulah orang yang akan mengetuai pengistiharan “membakar” Utusan Melayu/Malaysia dan akhbar-akhbar Melayu yang seangkatan dan sewaktu dengannya. Tempat yang cadangkan di Bkt. Jalil.

Allahyarham Abdul Rahim Kajai begitu bersusah payah meletakkan akhbar Melayu ke tahap paling tinggi dalam peradaban persuratkhabaran tanahair. Tradisi akbar cetak telah menjadikan orang Melayu lebih cerdik mengenal diri dan hak mereka sebagai bangsa – walaupun sedang dijajah. Itu dulu.

Allahyarham Pak Rahim Kajai bukan seorang ahli politik penjawat jawatan tinggi seperti Datuk Onn bin Jaafar. Beliau juga bukan seorang sasterawan yang menghasilkan puisi indah-indah seperti Pak Osman Awang. Beliau juga bukan seorang novelis seperti Pak Shahnon. Beliau hanya seorang wartawan biasa dan penulis rencana yang sungguh hebat dan berkerampilan.

Beza beliau dengan wartawan Utusan dan B/Harian hari ini pula: allahyarham Pak Rahim mengajar arwah ayah saya dan seluruh pembaca Melayu jadi cerdik, mampu berfikir sendiri dan faham erti kemerdekaan, kebebasan, hak asasi kemanusiaan – dan, atas segalanya, beliau mendorong mana-mana wartawan sengkatan dengan beliau supaya ‘jangan jadi abdi suruhan mana-mana pemimpin’ yang cuba memujuk kalian menjadi penjilat punggung mereka!!

Pada waktu itu Semenanjung dibawah penjajahan. Silih berganti. Beliau hidup dalam zaman-zaman poitik yang bergolak. Orang Melayu terhimpit dan terus dimomokkan oleh penjajah.

Namun beliau dan teman-teman tidak peduli. Mereka yakin bahawa ‘pena lebih tajam dari pedang’. Teman-teman yang se angkatan dengan beliau inilah yang menjana api Kemerdekaan – sebagai kelompok yang menikam rusuk penjajah dengan pena tajam mereka.

Malangnya, hari ini budaya Utusan Melayu/Malaysia dan akhbar Melayu yang sewaktu dengannya berbalik jauh kebelakang. Mereka mengajar orang Melayu jangan jadi orang cerdik. Utusan Melayu/Malaysia mengajar orang Melayu jadi bodoh-sombong, ikut telunjuk dicucuk hidung, tutup mata pekup telinga, butakan mata hati dan bingungkan minda.

Utusan Melayu/Malaysia sedang memikul dosa-dosa besar menjadi anasir merendahkan martabat bangsa, menunggang-terbalikkan semangat juang politik bangsa Melayu – “subverting the Malay political spirit and independence.!!

Semangat allahyarham Pak Rahim Kajai sudah terhapus di akhbar-akhbar Melayu di negara ini. Jiwa editor mereka sudah mati dan terkubur tanpa nisan. Sudah MAMPUS!!

Akhbar Melayu mengajak orang Melayu menganggap Mahathir “keramat’ atau “penglaknat” bangsa? Akbar-akhbar itu sedang menentang iltizam rakyat dan sekaligus jadi lidah resmi “penjajah bentuk baru” yang sedang merosakkan fabriak sosio-politik rakyat.

Soalnya, mengapa, bagaimana dan bila ia bermula!!

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]