Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


MAHATHIR & UMNO BUKAN PEMBELA ORANG MELAYU – MALAH MENCELAKAKAN..!

DALAM sistem ‘Pentadbiran Pusat’ (Federal Administration system), selain dari Kerajaan Pusat dan agen-agennya berfungsi sebagai penyeleras, ia juga wajib mempastikan hak-hak rakyat dan kerajaan negeri yang termaktub dan dimiliki dengan sah dari segi Perlembagaan negara dan undang-undang, amalan dan perlakuan yang tertakluk dibawahnya; dipatuhi dan dihormati oleh kedua-dua pihak secara bersama. Ia tidak boleh dipinda mengikut suka tanpa mengikut prosedur dan persetujuan bersama.

That is essence of the law. Kalau Mahathir tak tau, jangan tanya Rais Yatim, Eusof Chin atau Mokhtar ‘Dugong”. Dia orang semua dah jadi “taik laci”, mudah kena kelentong! Kena tanya Tun Salleh Abbas, Tuan Haji Sulaiman Abdullah, En Fernando atau En. Karpal. Mereka boleh bagi intensive couse – siatkan kepala hotak kalian yang dah madal-sempudal…!

Kepentingan rakyat adalah perkara utama. Mana-mana pihak tidak harus memula dan melakukan sebarang pindaan yang menyebabkan kedaulatan (sovereignty) mana-mana kerajaan (samada Negeri mau pun Pusat) yang membabitkan kepentingan rakyat dilihat sebagai “sengaja” diada-adakan atas sebab luar dari kepentingan rakyat. Bermakna, bertujuan menyusahkan!

Ini adalah meliputi segala tindakan berbau politik balas dedam, bertujuan mencari pengaruh dan kepentingan parti, dll. Apatahlagi, jika ada tanda-tanda sesuatu tindakan itu membayangkan tujuan untuk membolot kekayaan untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu atau melakukan sesuatu yang membayangkan amalan menyelewengkan hak rakyat. Disini, regim Mahathir susah nak jawab!!

Dalam kes Royalti minyak yang hak bagi kerajaan dan rakyat Terengganu, dalam konteks inilah regim Mahathir terperangkap. Imbasan yang nyata, regim Mahathir memang berniat JAHAT!

Pemberian Royalti minyak kepada kerajaan Terengganu telah dilaksanakan sejak Perjanjian yang sah dimeterai oleh pihak-pihak terbabit. Ini berasaskan Kanun Tanah Negara yang menyebut “Land is a state matter”. Jangan cuba ubah pinda. Ada prosedurnya!

Bermakna, jika wujud sebarang pindaan syarat dan perobahan peraturan, ia tidak boleh dilakukan atas dasar mahu tunjuk “kuasa”; jauh sekali dari memenuhi ghairah nafsu serakah seorang Perdana Menteri yang jelas mempunyai (paling kurang membayangkan) agenda-agenda tersembunyi TETAPI diketahui ramai. Sekali lagi Mahathir memerangkap dirinya!

Majoriti rakyat dan kerajaan PAS/BA Terengganu adalah orang Melayu dan beragama Islam. kerajaan PAS/BA Terengganu adalah pilihan rakyat melalui pilihan secara demokratik yang dihalalkan oleh Perlembagaan. Kekalahan regim Mahathir dan kekecundangan UMNO/BN berasaskan asas-asas yang sah dan hak mentadbir kerajaan PAS/BA Terengganu tidak boleh dijadikan ‘object of negotiations’ – tanpa persetujuan kedia-dua pihak. Kali ketiga regim Mahathir dicurigakan tujuannya.

Mengubahpinda sebarang peraturan yang diperjanjikan boleh ditakrifkan sebagai ‘pecah perjanjian’ yang tidak boleh iktiraf sebagai sah. Apathlagi, selama ini regim Mahathir tidak pernah mempersoalkan pemberian Royalti kepada kerajaan negeri dibawah kepimpinan UMNO/BN.

Dengan itu nampak jelas bahawa Mahathir sengaja bertujuan memutarbelitkan peraturan dan menyalahtafsirkan perkataan ROYALTI dan menggantikannya dengan perkataan lain yang maksud berbeda (tanpa persetujuan kedua-dua pihak). Ini tidak ada siapa boleh terima. Terperangkap lagi Mahathir!

Mahathir dan “kempitai-kempitai” upahannya (Rais Yatim dan para “penjilat” yang sewaktu dengannya) cuba membuat justifikasi dengan membentangkan hujah melalui media massa. Itu, adalah tidak wajar. Kerja sia-sia. Ia bertujuan menghasut rakyat memperakukan sesuatu konsep pentadbiran yang salah.

Tindakan regim ini dan agen-agen seperti Rais tidak boleh dipakai, dan harus dianggap hujah seorang bacol politik dan pentabiran saja. Rais Yatim harus belajar “the sociology of Law” sebelum membuka mulut menjilat punggung tuannya!! Jangan cuba “memorise terminology” undang tanpa mengaplikasi pengggunaannya demi kepentingan umun. (Sorry to say, you could the holder of Ph.D in Law, but your brain is just a bundle of SHIT!! No wonder, the moment you open-up your dirty mouth to speak, the whole thing smells like SHIT. That’s the benafit to you to befriend MahaSHIT, shit-head!!)

Hujah Mahathir kununnya allahyarham Tun Razak mentakrifkan sebagai pemberi “Ehsan”, sekalugus tidak boleh dipakai. Kerana dalam perjajian Kerajaan Terengganu-PETRONAS, tidak langsung disebut yang lain selain dari ROYALTI. Hujah Mahathir diumpamakan suatu PEMBOHONGAN dan PUTAR BELIT paling busuk (memang Mahathir adalah pakar dalam agenda busuk seumpama itu). Perangkap Mahathir sekaligus pintunya sudah tersimpai padat!

Secara intrinsik, rakyat sudah nampak bahawa maksud Mahathir sebenar melakukan pindaan dari Royalti kepada ‘Ehsan’ dan mengubah cara pemberian yang diberikan adalah pencabulan hak rakyat dan Kerajaan PAS/BA Terengganu. Ia satu perkara “sengaja cari pasal”. Sah pentadbiran bebal!

Rakyat tahu bahawa Mahathir (secara peribadi) memang ‘mendarah daging’ bermusuhan terhadap parti PAS tak tentu pasal. Mahathir sanggup melampaui batas amalan agama hingga memburukan agama Islam dan mencerca Nabi Junjungan Muhammad saw., mengganggu ketenteraman perlantikan J/Kuasa Masjid-masjid supaya dipastikan ‘orang UMNO’. Itu bukti nyata.

Yang lebih teruk lagi, regim Mahathir telah menarik kebenaran (permit) berceramah satu senarai panjang nama ulamak-ulamak yang diperakukan orang Melayu Islam. Punca dan sebab-musababnya adalah kerana mereka berkata yang benar – yang ditafsirkan sbagai tidak menyokong pelbagai “karenah dan tindakan GILA” Mahathir. Mahathir nak kata apa?

Apabila PAS dan komponen Barisan Alternatif berjaya menumbang dan merampas Terengganu dan sokongan rakyat kian menguatkan kerajaan PAS/BA di Kelantan, sementara itu hampir-jampir menumbangkan kekuasaan UMNO/BN di semua negeri kecuali Negeri Sembilan, Melaka dan Johor; regim Mahathir sekaligus tersepit, tergugat hebat. Umpama orang nazak, nyawa UMNO/BN sudah tiba ke lubang hidung!!

Dengan karenah “buruk laku” beberapa Menteri Besar dan pemimpin UMNO/BN berjawatan Kerajaan; makin nampak kepada rakyat bahawa mereka leka nerenak-enak dibuai oleh pelbagai maksiat dosa besar, rasuah dan penyelewengan, karenah adu-domba dan agenda “Sandiwara Nyanyok”, kezaliman yang tidak tertanggung oleh rakyat, dan seumpamanya. Maka rakyat sudah membulatkan tekad dan menguatkan iltizam untuk menyingkirkan regim ini pada piihanraya yang akan datang.

Sikap Mahathir melindungi Perasuah dan Penjenayah, sanggup melakukan pelbagai Kezaliman, mencanangkan adu-domba hingga menuduh rakyat “komunis”, berbohong-dusta di arena antarabangsa – sekaligus meragukan status beliau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan jujur.

Dengan mengelat dan lari dari menjadi saksi di mahkamah dan “defies the law”, berhelah menggunakan institiusi undang-undang untuk mempertahankan karenah buruknya – Mahathir tidak boleh diterima sebagai seorang pemimpin yang berjiwa amanah lagi!!

UMNO/BN adalah sebuah parti dengan deretan pemimpinnya yang makin nampak menggunakan kuasa yang diamanahkan rakyat untuk “menyusahkan” rakyat (re: Ali Rustam di Melaka dengan restui Mahathir dan Perwakilan). Ini memberi bukti jelas kepada rakyat bahawa pemimpin UMNO/BN tidak lagi menerajui kerajaan untuk menyenang dan mensejahterakan hidup rakyat.

Orang Melayu beragama Islam makin merasa diri mereka dipermudahkan. Ketuanan dan hak mereka sedang dirombak dan diperkecil oleh regim ini. Biasiswa pendidikan anak-anak Melayu dijadikan “hutang jangka panjang” tanpa mengira tahap kemiskinan orang Melayu.

Tidak ada sebarang program terancang secara komprehensif bertujuan untuk membangunkan ekonomi orang Melayu secara menyeluruh dirangka oleh pemimpin UMNO. Sebaliknya tanah FELDA dirampas secara halus dan murahan. Kg. Baru, K. Lumpur menjadi ‘dara pingitan”. Mereka diumpan!

Sebaliknya, regim Mahathir yang didukung oleh UMNO sebagai parti tunjang BN, telah menafikan kepetingan jangkapanjang orang Melayu. Orang Melayu dibebani dengan pelbagai hutang, sementara korporat dan kroni politik dan usahawan proksi pemimpin UMNO/BN membuat pelbagai hutang melalui pelbagai rencana yang merosakkan seluruh kewangan negara.

Mirzan Mahathir, anak Mahathir mengaut pelbagai kepentingan bisnis yang seharusnya dibahagi-bahagikan kepada pengusaha SMI Melayu. Tetapi konsep Penswataan dan Pengkopratan Mahathir cuma memberi ruang dan peluang kepada Kroni dan proksi orang politik sahaja. Setelah “lingkup”, mereka di ‘bail-out’ menggunakan wang dari kocek rakyat. (re: Syarikat Perkapalan Mirzan, Indah Water Consortium, BAKUN, PERWAJA, dll).

Orang Melayu di desa-desa dibebani hutang tanpa mereka menikmati faedahnya. Sejumlah RM700 juta dibebankan kepada rakyat Terengganu oleh pentadbiran Wan Mokhtar (UMNO). Sejumlah lebih dari RM600 juta dibebankan kepada rakyat Kelantan oleh pentadbiran UMNO/BN sebelum PAS mengambilalih. Rakyat tidak tahu perihal hutang negeri-negeri lain. Inikah yang dikatakan “Pembangunan Untuk Rakyat”? Siapa yang ‘dapat’ dan siapa pula yang jatuh ‘bangsat’?

Makin nampak, “keistimewaan orang Melayu” sebenarnya “keistimewaan pemimpin UMNO” saja. Itu sebab rakyat Terengganu dibawah Kerajaan PAS/BA dicekik dari mendapat hak yang sebenar hak kepada mereka oleh regim yang menyimpan dendam politik yang berkepanjangan.

Bermakna regim Mahathir TIDAK menggunakan kuasa menyelaras untuk kebaikan. Sebaliknya mereka bersekongkol untuk “membalas dendam dan mencari pengaruh politik”. Ini adalah bertentangan dengan roh Perlembagaan Negra (the spirit of the national Constitution) dan sekaligus mencabul hak rakyat dan kerajaan negeri.

Jika Mahathir sekian lama berhajat besar lagi jahat untuk memisahkan perkataan “Islam” dari parti PAS (tetapi makin nampak gagal direstui orang Melayu Islam); menafikan hak Royalti minyak Terengganu dan memutarbelitkan isu ini adalah sama sebagai suatu lagi insiden perkosaan dan pencabulan terhadap rezki yang hak dan dianugerah Allah kepada rakyat negeri itu.

Perkara seperti ini tidak seharusnya dibendung dan dibiarkan. Mahathir telah terang-terang menyalahkan kuasa untuk kepentingan dan pengekalan kuasanya. Jangan Mahathir jika rakyat membantah. Jangan Mahathir mentakrifkan rungutan rakyat menyatakan yang benar sebagai fitnah.

Sudak tiba masa rakyat memanifestasikan tindakan bagi “menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliam”..!! Berperanglah kalian dengan rakyat. Silakan!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]