Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


MAHATHIR..!! LETAKLAH JAWATAN SEBELUM ANDA DISINGKIRKAN..!! (2)

Bah 2.

Gelombang Politik Kian Membadai UMNO/BN

Pergolak politik Malaysia akan menjadi isu mutlak atas asa-asas yang rapat hubungannya dengan keselesaan orang Melayu terhadap UMNO.

Elemen kedua: Kaum Cina akan hanya menyokong BN selagi mereka tidak dinafikan budya, bahasa dan pendidikan, dan usaha mereka di bidang ekonomi.

Elemen PAS sebagai ‘fall back psosition’ bagai orang Melayu adalah penting diperhatikan. Dan perkembangan Islam sebagai wadah yang menjadi asas perjuangan orang Melayu yang terangkum dalam pergolakan politik orang Melayu, tidak boleh dipermudah; jika sesebuah parti politik di negara ini mahu ‘survive’..!!

Disinilah Mahathir dan UMNO melakukan silap besar. Kesilapan ini sudah terlalu sukar diselesaikan. Bagai segumpal benang yang kusut, Mahathir dan UMNO sekarang sedang dikepompongi dalam bungkah kekusutan benang segumpal itu.

Mahathir Punca Kekusutan Politik Negara

Mahathir cuba mencari punca kekusutan simpulan itu. Tetapi makin ditarik makin gumpalan itu ‘tersimpul mati’. Kini Mahathir dan UMNO sudah terperangkap didalam gumpalan benang kusut itu bagai ‘anak rama-rama’ dalam jalinan kepompong ‘ulat sutera’. Masalah sebenar berada dalam UMNO/BN sendiri dan seluruh pemimpin mereka yang sudah terperangkap di dalamnya.

Sebagai satu kenyataan, walaupun dari aspek politik orang Melayu mampu bertahan, namun Dr. Mahathir seperti terpukau dengan ledakan ekonomi serantau yang berlaku secara kebetulan. Beliau lupa bahawa struktur ekonomi Malaysia umumnya dan penyertaan orang Melayu dibidang keusahawanan amat rapuh dan tipis bagai ‘kulit bawang’ (sebagai contoh benar).

Dr. Mahathir melupakan tanggungjawab seperti yang diamanahkan rakyat. Beliau tidak menyangka bahawa roda ekonomi cepat berubah dalam putaran yang diluar kuasa sesiapa. Mahathir dan sekongkolnya terjebak dalam riak nafsu “bermewah-mewah” dan merancang ekonomi mengikut ‘impian nafsu’ seorang yang “mabok tuak”. Ratusan billion wang rakyat dan khazanah hasil PTERONAS digunakan untuk mencapai impian “gila-sewel” si tua ini!!

‘Speremacy’ UMNO Terbabas

Sementara ‘superemacy’ UMNO per se meningkat begitu hebat, Dr. Mahathir telah cuba mengambil kesempatan peribadi dengan sengaja melaksanakan dasar “Nepotisma dan Kronisma”. Sikap Dr. Mahathir ini telah menyebabkan DS Anwar (yang berpandangan jauh) telah menentang dasar “Nepotisma dan Kronisma” Dr. Mahathir.

Gejala ini menyebabkan Anwar makin tidak seiringan dengan Mahathir. Beliau yang memang sejak awal berjinak-jinak dengan politik marhain (sejak zaman pelajar) beriltizam kuat untuk membasmi ‘Rasuah dan Penyelewengan’ dan ‘politik wang’ dikalangan pemimpin kerajaan.

Anwar makin sedar bahawa rasuah dalam UMNO/BN (kesan dari penglibatan Mahathir dengan sekongkol tajaannya) telah begitu menular. Anwar dan rakyat nampak bahawa gejala ini telah memakan ke urat-nadi ekonomi dan keusahawanan rakyat massa. Beliau bertegas: Jika dibiarkan berleluasa lebih lama, gejala ini akan mewujudkan satu golongan ‘elit UMNO/BN’ yang akan menjadi racun bakal meruntuhkan sebuah negara majumuk berbilang kaum seperti Malaysia.

Akhirnya pelbagai masalah ekonomi yang sangat menyulitkan negara dan rakyat berlaku diluar jangkaan. Anwar nampak bahawa ini adalah ‘by-product’ yang amat buruk terhasil dari budaya masyarakat dan pemimpin politik UMNO/BN yang telah menjadi dasar dan amalan Dr. Mahathir selama ini.

REFORMASI – Sesuatu Yang Afdhal

Dengan segala kesungguhan hati, Anwar mengambil risiko yang amat tinggi dengan mencetuskan konsep “REFORMASI” dalam pelbagai bidang dan institiusi kerajaan. Itulah saja ‘jalan penyelamat’.

Malangnya, Dr. Mahathir, anak-bearnak, suku-sakat, kroni-peroksinya terlalu jauh terjebak dalam ‘tangki bernajis’ dasar “Nepotisma, Kronisma dan Korupsi” yang sedang dipelopori dan dibendung oleh Dr. Mahathir sendiri.

Bermakna Anwar berhadapan dengan pelbagai “impossibilities” yang mengancam karier beliau. Tetapi, kerana beliau seorang pejuang rakyat, risiko yang bakal dihadapai beliau diyakininya pasti dihayati rakyat. Sebagai satu amanah, beliau terpaksa melakukan bagi menyelamatkan rakyat. Bagi beliau itu adalah amanah dan melakukannya ada suatu jihad.

Beliau cuba bertindak secara waspada. Malangnya, pihak yang berkepentingan besar (seperti Daim, kelompok pemimpin UMNO yang terjebak dengan rasuah, penyelewengan dan pecah amanah), dan kroni-proksi Mahadthir-Daim yang rakus-tamak merasa ‘tepi kain’ mereka akan terbakar.

Kesimpulan mereka, Anwar MESTI disingkirkan. Mereka mencetuskan konsep “Konspirasi Politk Mega” yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini.

Krisis Kewangan Membongkar Segala

Keadaan buruk seperti yang dijangkakan Anwar makin jelas berlaku setelah krisis nilai matawang terjadi. Sebagai Menteri Kewangan, Anwar dan pakar-pakar ekonomi tempatan sudah nampak bahawa kerapuhan ekonomi adalah berpunca dari sikap Mahathir (sebagai PM berkuasa mutlak yang diaugerahkan oleh majoriti pemimpin UMNO yang ghairah) yang semakin ego tidak mahu mendengar nasihat sesiapa.

Dr. Mahathir yang makin jauh tenggelam dalam ‘tangki najis’ (cess-pool) rasuah bernilai puluhan billion MR, merasa diri beliau sebagai PM makin tersepit dan hilang kewibawaan.

Dr. Mahathir sudah makin dibayangkan rakyat sebagai tidak layak lagi untuk meneruskan penerajuan politik rakyat. Keresahan rakyat makin ‘menggila’. Timbul bisik-bisik lantang dikalangan rakyat dan majoriti pemimpin UMNO/BN sendiri yang menuntut dan mencabar supaya Dr. Mahathir meletak jawatan saja.

Tetapi, segelintir pihak yang berkepentingan dan sekongkol dengan karenah dan agenda busuk Dr. Mahathir dan ‘inner-circle’nya nampak bahawa penyingkiran Dr. Mahathir bermakna kepentingan peribadi mereka akan ‘lingkop’ punah-ranah. Rasuah, Penyelewengan dan kolusi mereka akan terdedah dan rakyat pasti akan bertindak mereformasikan segala institiusi terbabit.

Mahathir Menerima Sokongan Palsu

Apa yang dilihat, Dr. Mahathir mendapat sokongan padu dari lapisan pemimpinn UMNO dan komponen Barisan Nasinal. Tetapi itu bukan sokongan berasaskan politik lagi. Pemerhati politik mendapati bahawa sokongan terhadap Mahathir adalah sokongan demi “kepentingan tembolok” semata-mata, ie: “extra-politics”. Ia adalah sokongan PALSU!!

Rumusan itu bukan suatu FITNAH dengan tujuan berniat jahat. Ia adalah pernyataan keadaan sebenar dan tidak seharusnya diremehkan sebagai tohmah politik. Rata-rata veteren “Bekas UMNO” (sama seperjuangan dalam UMNO seperti Amin Sapiro) sanggup meninggal parti itu semata-mata mahu melihat pemimpin UMNO/BN dan negara ini kembali ke tampuk.

Tetapi, jika UMNO/BN gagal memenuhi syarat mutlak “yang satu”, tidak ada siapa yang harus kesal melihat UMNO Baru(a) dikuburkan tanpa nesan. Syarat itu adalah – humbankan regu Mahathir-Daim, kikis semua haprak-haprak barisan pemimpin UMNO/BN yang berdosa besar mengkhianati amanah rakyat – dan adili mereka sebagai penjenayah!

Mungkinkah ini mampu dilakukan oleh barisan pemimpin pelabis UMNO/BN?

(sambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]