Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


LAYAKKAH TERENGGANU SEBAGAI SATU NEGERI DALAM MALAYSIA

Untuk Rakyat Terengganu!

Saya adalah rakyat Terengganu di perantauan sejak 1981 lagi. Saya merasa amat sedih berikutan penarikan kembali royalti yang sepatutnya di terima oleh rakyat Terengganu.

Saya ingin menarik perhatian rakan senegeri tidak kira dari BN maupun BA mengenai sejarah negeri kita. Tulisan saya tidak bermaksud mencetuskan perasaan kenegerian malah untuk menyedarkan saudara mengenai hak kita di Terengganu.

Sekira nya di toleh kembali sejarah kemasukan Terengganu ke dalam Malaysia, ianya boleh dikira sebagai amat longgar. Terengganu merupakan sebuah negeri yang tidak tertakluk kepada mana-mana pihak maupun British secara sah (Sila baca Sejarah Terengganu). Kita hanya dijajah oleh Jepun semasa Perang Dunia II. Tidak seperti negeri-negeri lain di Semenanjung yang tunduk kepada British dan menerima kehadiran Residen British. Terengganu juga tidak pernah tunduk kepada Siam. Ini bermakna Perjanjian di antara Kerajaan Siam dan British mengenai status Terengganu adalah tidak sah. Oleh kerana Terengganu adalah negeri Melayu tidak bersekutu, maka kehadiran Terengganu dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 adalah hanya sekadar anggota bersekutu (associate) dan bukannya bersatu. Selepas Malaysia ditubuhkan pada 1963, maka kehadiran Terengganu sebagai anggota adalah agak longgar.

Oleh itu, sekiranya pada Perjanjian antara Siam dan Inggeris, Sultan Terengganu ketika itu memilih utk bergabung dengan Siam maka Terengganu akan menjadi sebahagian dari Thailand ketika ini. Tetapi ini tidak berlaku kerana Terengganu adalah bebas dari cengkaman mana-mana PIHAK. Jadi tiada sebab rakyat Terengganu perlu memilih antara keduanya.

Apabila Terengganu bukan lagi sebahagian dari Tanah Melayu, maka pantai, persisiran pantai termasuk perairan laut dalam (200 nautika) adalah BUKAN MILIK Malaysia lagi. Jadi sekiranya TIADA Terengganu maka tiadalah minyak 650,000 tong sehari itu.

Oleh itu saya menyeru cerdik pandai dari Terengganu (BUKANNYA ORANG POLITIK) supaya memulakan KEMPEN di peringkat antara bangsa untuk mendapatkan sokongan luar terutama sekali PBB bagi membolehkan RAKYAT TERENGGANU menentukan hak mereka sendiri. Kita boleh mengusulkan supaya satu REFERENDUM dilakukan untuk memboleh kita memilih dan menentukan masa depan kita SAMADA untuk berada di dalam Malaysia seperti kini, atau menuntut AUTONOMI ke atas hasil bumi negeri kita, ATAUPUN kalau perlu untuk MERDEKA. Dengan jumlah simpanan minyak yang terlalu besar itu kita tidak perlu bimbang sekiranya kita merancang dan tidak mengkhianati tuntutan rakyat bawahan. BAYANGKAN HASIL MINYAK SEBANYAK US$ 6,000,000,000.00 SETAHUN.

Orang seperti pemimpin UMNO Terengganu adalah tidak layak untuk tinggal di Terengganu. MEREKA ADALAH PENGKHIANAT!!!!

Sekian

ANAK TERENGGANU


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]