Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Bantahan Orang Asli di Pahang - 350 Tunjuk Perasaan

Tunjuk Perasaan Dan Penyerahan Memorandum Bantahan Masyarakat Orang Asli Kepada Pejabat Daerah Bera.

Seramai lebih kurang 350 orang penduduk Orang Asli daerah Bera telah menggemparkan suasana Pejabat Daerah dan Tanah Bera apabila mereka mengadakan satu tunjuk perasaan secara aman kerana membantah tindakan pejabat daerah tersebut memusnahkan tanah dan rumah mereka.

Tunjuk perasaan itu disertai penduduk dari beberapa perkampung Orang Asli di daerah ini bagi menyatakan bantahan dan rasa tidak puas mereka kepada kerajaan negeri Pahang. Beberapa sepanduk dan poster telah dinaikkan bagi menyatakan perasaan mereka.

Bantahan tersebut mendapat sokongan daripada pihak POASM (Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia). Beberapa orang pemimpim POASM hadir bersama dalam tunjuk perasaan tersebut. Bahkan presiden POASM sendiri, Saudara Majid Suhut telah meyampaikan memorandum bantahan bagi pihak masyarakat Orang Asli tempatan kepada Pegawai Daerah Bera.

Tunjuk perasaan tersebut bermula jam 11.30 pagi dan tamat jam 12.00 tgh hari dalam suasana aman walaupun pada peringkat awalnya diganggu dan dihalang oleh pihak polis, namun dengan kebijaksanaan Presiden POASM halangan tersebut dapat di atasi.

Mengikut sumber maklumat, Saudara Majid Suhut, Presiden POASM marasa amat bangga dengan sokongan padu dari masyarakat Orang Asli. Beliau berharap pihak kerajaan negeri Pahang dapat memberi pertimbangan yang adil kepada tuntutan masyarakat Orang Asli.

Presiden POASM itu juga menegaskan bahawa tunjuk perasaan dan bantahan yang diadakan tidak didalangi oleh mana-mana pihak tetapi adalah akibat kesedaran masyarakat Orang Asli di sini yang merasakan mereka dilayan secara tidak adil dan tindakan zalim dengan memusnahkan tanaman dan rumah mereka. Malah seluruh anggota masyarakat Orang Asli Semelai telah menghulurkan derma masing-masing sebagai tanda mereka bersatu hati dalam isu ini.

Beberapa tohmahan dari mulut-mulut yang cabul yang mengatakan kebun tanaman dibiayai oleh taukeh cina dan projek tersebut adalah projek orang cina adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan amat dikesali. Sebenarnya tuanpunya kebun telah menghabiskan segenap tenaga dan wangnya untuk menjayakan tanamannya tanpa sebarang bantuan satu sen pun dari kerajaan. Bukan sahaja tidak dibantu oleh kerajaan malah tanaman pengusaha tersebut dimusnahkan.

Mengikut seorang daripada peserta bantahan tersebut, pada pilihanraya akan datang BN akan diberi pukulan yang teruk sama ada mereka tidak keluar mengundi atau memilih parti alternatif. Dato’ Hayani (ADUN Bera) dan Dato’ Sarit (Ahli Parlimen Temerloh) langsung tidak memberi perhatian kepada masalah kami. Mejar Ajiz ADUN PAS boleh jadi dia anggap kami ni memang 100 % orang UMNO. Malah Menteri Besar sendiri tidak layan surat yang kami hantar meminta simpati darinya. Tak tau lah kat mana dibuangnya surat kami. Ini saja lah saluran yang kami boleh buat.

Catatan: Sila rujuk surat POASM kepada Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat ( http://tranung1.tripod.com/berita9/asli.htm ) . Kandungan Memorandum Bantahan akan diupload kemudian.

Semelai IT Pahang


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]