Majlis makan Malam sempena Memperingati Ulangtahun ke2 Perhimpunan Agung Reformasi di Dataran Merdeka pada 20 sept 1998 lalu telah memecahkan rekod dunia, sekurang-kurangnya rekod Malaysia. Ini adalah kerana inilah Majlis Makan Malam Yang di "kawal" oleh Paling Ramai Anggota Polis. Majli seumpama ini untuk para pembesar negara dan luar negara juga tidak pernah dikawal oleh sebegitu ramai pihak polis. Malang sekali kami kekurangan kerusi untuk menjemput mereka sama-sama menjamu selera. Kami perasan ada antara anggota polis terutama yang pakai baju biasa dengan beg selempang tu mengendeng-ngendeng tepi dewan makan. Meleleh air liur tengok kami ratah udang dan ketam. Kami amat berterima kasih kerana Pihak Polis sudi 'menjaga' kami secara sukarela. Tidak perlulah kami mengupah Tuah Guard untuk mengawasi kami. Cuma kami rasa terlalu ramai sangat Pak Lah B hantar orangnya sampai lupa yang kat SABAH tu tak ada orang jaga. Dengar cerita ramai anggota polis mohon nak kerja kat KL. Alasan mereka nak jaga reformis. Tapi sebenarnya mereka dah buat pilihan antara reformis dan Abu Sayyaf dah tentu mereka lebih senang nak 'serang' reformis. Polis ini cuma berani bila lawan mereka tak ada senjata, tapi dengan Abu Sayyaf telur mereka.....Sebab tu Abu Sayyaf berdondang sayang kat Sabah sekarang ni. Pak Lah B pun sama sahaja. Maaflah Pak Lah malam tadi kami memang nak jemput Pak Lah B makan tapi, maklumlah lain kali bagilah stadium Bukit Jalil baru boleh buka banyak meja.
Sekali lagi terima kasih kepada pihak polis yang hanya dapat ambil berkat bau udang dan ketam kat sekitar dataran merdeka. Agaknya berapa banyak kejadian rompakan malam tadi ya. Maklumlah polis Malaysia ini semua berkumpul kat dataran merdeka.
Sekian
AURA2000