Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan nama Allah yang Pemurah lagi maha Mengasihani.
Sidang pembaca yang budiman.
Seperti yang diiklankan, bahawa satu persidangan membincangkan isu royalti
minyak Trengganu akan diadakan pada 23 Sept 2000.
Meneliti dari tentatif program itu, kelihatan bahawa tiada penyertaan NGOs
sebagai ahli panel. Semua yang terlibat adalah dari parti BA.
Saya kira pihak penganjur program itu terlupa ataupun tidak merasa betapa
genuine idea dan pandangan dari pihak-pihak NGOs. Kalau mahu dilihat, eg.
GERAK telah memberi kesan yang mendalam suatu masa dahulu.
Ternyata nanti bahawa persidangan minyak itu hanyalah pandangan politik BA
totok. Dan bagaimanapula kalau di masa dan tempat lain diadakan persidangan
minyak oleh BN.
BA harus menyedari bahawa ada golongan masyarakat yang sentiasa berfikir dan
menganalisa sebarang isu secara rasional dan nonpartisen. Sudah tentu
persidangan minyak BA tanpa NGOs itu ada kurang dan cacatnya dengan berbaur
sentimen politik BA. Ini mendorong masyarakat menanti satu lagi pandangan
tengah yang tidak berbaur politik, ie NGOs.
Oleh itu , adalah ditunggu-tunggu akan ada pula satu persidangan minyak dari
Muafakat NGOs.
Sekian, wassalam.
Abu Bakar Al-=Sidiq