Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MENANTI NAFIRI JIHAD 2

Jika tidak menjejaskan ruangan di laman saudara ini, izinkan saya membawa satu cerita mengenai kesengsaraan rakyat Kashmir dan keperluan jihad menentang golongan kuffar Hindu yang diolah oleh saudara Maulana Mohammed Masood. Cerita ini adalah cerita benar yang digarap sedemikian rupa agar lebih menarik dan memberi simbolik yang benar-benar menyentuh kalbu. Ianya amat relevan kepada umat Islam di negara ini agar dapat diambil sebagai iktibar. Janganlah kita dilalaikan dengan pelbagai karenah atau "sandiwara" Mahathir Mamakutty @ P***M**, lalu kita membiarkan saudara-saudara di Kashmir, Ambon, Maluku, Kosovo, Chechnya, Palestin dan lain-lain umat Islam di pelusuk dunia dibunuh oleh golongan kuffar dengan sewenang-wenangnya. Sedarlah bahawa kita telah digula-gulakan oleh P***M** dengan menyuruh kita bersyukur kerana negara ini aman lantaran ditadbir olehnya, sedangkan 'kesyukuran' yang kita panjatkan kepada Ilahi itu, pada hakikatnya, mendapat kutukan yang menghinakan dari Allah Azzawajalla kerana membiarkan saudara-saudara seagama dinafikan hak mereka untuk hidup dan Islam dipijak lumat dengan perbuatan keji dan nista oleh musuh-musuh Allah.

Mungkin saudara telah membaca atau mendengar cerita ini di mana-mana, tetapi saya rasa sahabat-sahabat kita di luar sana yang masih belum membaca atau mendengarnya patut berkongsi bersama pengalaman-pengalaman ini sebagai persiapan di waktu dan ketika diperlukan. Jadikanlah ia sebagai kuliah Jihad, agar sama-sama kita memahami tuntutan Allah dan RasulNya tentang kewajipan ini. Cerita ini agak panjang dan saudara boleh membuatnya dalam bentuk bersiri agar pembaca selesa menerimanya.

"Satu ceramah sedang diberikan dengan penuh kefasihan dan kelancaran. Sangat bermutu dari segi kefasihan dan gaya bahasanya. Kesemua hadirin berdiri kaku, mendengar dengan penuh perhatian dan minat akan ucapan yang sedang diberikan oleh penceramah tersebut. Sesekali beliau akan membaca ayat-ayat dari al-Qur'an dengan suara yang merdu dan pada masa yang lain beliau akan mengharumkan majlis tersebut dengan keharuman hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Sesekali persoalan dalam ucapan tersebut menyentuh soal-soal siasah dan pada masa yang lain menyingkap pula zaman keemasan para sahabat. Di selang-seli dengan puisi-puisi indah menghiasi kisah-kisah tersebut menjadikan ucapannya tersangat menarik. Penceramah berhujah dengan penuh bersemangat. Beliau menyentak hati-hati para pendengar. Beliau menyusun ucapannya dengan nahu dan tatabahasa yang indah, semudah dan seindah menatahkan butiran mutiara pada rantai-rantai.

Jumlah para hadirin di majlis tersebut tidak terkira banyaknya. Mereka kelihatan nun sehingga kejauhan seakan tidak putus-putus. Para hadirin terpegun kaku, diam tidak bergerak. Apatah lagi berkata-kata atau menoleh. Masing-masing menumpukan perhatian ke atas pentas. Sungguh berkesan apa yang disampaikan, terasa jiwa-jiwa mereka disentuh. Sesekali laungan takbir ALLAHUAKBAR! berkumandang memecah kesunyian. Penceramah mengambil kesempatan untuk bernafas panjang, kemudian menyambung kembali. Ucapan beliau berterusan demikian. Semua para hadirin mendoakan agar ucapan ini tidak terhenti, mendoakan penyampainya diberi kekuatan untuk terus berkata-kata.

Tiba-tiba penceramah terhenti. Para hadirin sedikit kecewa. Tetapi suara beliau kembali kedengaran dan mereka kembali mendengar dengan penuh perhatian. Hanya Allah mengetahui apakah doa yang dibacanya ketika terhenti tadi. Ucapan beliau kini lebih menarik. Topik telah bertukar kepada Islam yang syumul. Beliau berkata dengan gaya beliau yang sungguh istimewa.

'Para pendengar yang dihormati, saya mengumumkan dengan penuh keyakinan dan keimanan dan apa yang akan saya katakan ini lebih bermakna daripada cahaya-cahaya mentari. Agama Islam ini sempurna. Untuk segala persoalan yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, Islam ada jawapannya. Dunia mungkin berubah, sikap manusia mungkin berubah, tetapi agama kita ini mempunyai penyelesaian terhadap segala persoalan dalam segala zaman, segala keperluan, semua manusia dengan segala macam sikap. Samada kita ke langit mahupun ke perut bumi, kita pasti menemui panduan Islam. Sesiapa yang masih sangsi dengan apa yang saya katakan ini, sila bertanya selepas ini dalam sesi soal-jawab kita'.

Malam telah agak lewat tetapi keletihan mahupun kebosanan tidak kelihatan pada wajah sesiapapun. Penceramah menghentikan ucapan beliau lantas mengumumkan bahawa sesiapa yang mahu pulang dipersilakan dan membuka kepada para hadirin untuk sebarang soalan. Tiada siapa bergerak meninggalkan majlis.

Seorang berdiri dan berkata, 'Islam telah menggariskan hukum-hukum untuk orang yang sihat tetapi bagaimana pula dengan mereka yang sentiasa sakit seperti saya. Hidung saya senantiasa berdarah dan ianya keluar sepanjang hari. Saya tidak dapat berwuduk dan menunaikan solat tanpa darah meleleh di hidung saya. Apa yang patut saya lakukan? Saya malu untuk bersolat dalam keadaan yang tidak suci di hadapan Allah. Maka saya tidak mampu bersolat. Apakah pandangan syariah dalam persoalan saya ini?

Dengan penuh yakin penceramah berkata, 'saudara tidak sepatutnya berhenti dari bersolat. Saudara harus berwuduk dan terus bersolat kerana perkara seperti ini dimaafkan. Darah yang meleleh itu tidak membatalkan wuduk saudara'

Seorang lelaki lain berdiri lalu berkata, 'saya ingin bertanya tentang isteri saya mengenai haidnya tetapi saya selalu berasa malu dan tidak bertanya'. Penceramah berkata, 'kita tidak boleh malu dalam soal berkaitan dengan agama malah tiada apa yang perlu dimalukan kerana syariah kita telah menjelaskan dengan terperinci berkenaan dengan haid wanita'. Kemudian beliau menjawab persoalan tersebut dengan jelas.

Sesi soal jawab berterusan dan para hadirin sungguh berpuas hati. Penceramah tersebut menjawab setiap soalan dengan jelas, penuh dengan kebijaksanaan. Para hadirin akur, beliau penceramah yang baik.

Tiba-tiba sebatang tubuh berdiri di suatu sudut dalam perhimpunan yang besar itu. Tubuh cengkung tanda kekecewaan jelas terlukis di wajahnya. Walaupun dalam keadaan yang daif dan kusut masai, dia kelihatan seperti seorang yang berpelajaran dan dari satu keluarga yang baik. Usianya dalam lingkungan 20-30an. 'Tuan, adakah tuan mempunyai jawapan untuk soalan saya juga?' Suaranya yang lantang menyentak hati-hati para hadirin. Penceramah tersebut merenung pemuda tersebut yang kelihatannya berair sedikit matanya. 'Sila majukan soalanmu anak muda. Agama kita mempunyai penyelesaian ke atas segala kesusahan, Alhamdulillah. Agama kita membantu setiap orang yang dalam kesusahan, menunjukkan jalan keluar dari segala mala petaka. Ayuh, jangan takut, ajukan soalanmu'.

Selepas menarik nafas panjang, pemuda tersebut berkata, 'saya patut memperkenalkan diri saya kepada anda semua mudah-mudahan lebih mudah anda memahami persoalan saya. Saya datang dari lembah Kashmir yang indah. Soalan saya bukan berkaitan kepada diri saya. Hari ini, saya berdiri atas persoalan yang lebih penting. Bolehkah saya berkata barang sepatah dua?'

Penceramah tersebut menjawab dengan suara yang girang, seakan memujuk. 'Tentu sekali anak muda, kamu berhak lebih-lebih lagi kerana kamu sekarang adalah tetamu kami'.

Pemuda tersebut kelihatan bersedia, tetapi matanya bersinar dengan lapisan air mata. Katanya dengan suara yang lantang, 'Ustaz yang dihormati dan saudara-saudaraku dari Pakistan sekalian, jangan anggap saya seorang pengemis dari pakaian saya. Saya berdiri hanya untuk bertanyakan mengenai satu persoalan, persoalan yang amat besar yang menyangkut hal kita semua. Saya pohon anda memberi perhatian, sekiranya tidak, anda juga akan mengalami nasib yang sama tidak lama lagi. Jangan ingat bahawa kisah saya ini adalah dongengan, saya berkata benar'.

'Wahai ustaz, kata-kata tuan bahawa agama kita mempunyai jawapan dan penyelesaian ke atas segala persoalan menarik perhatian saya untuk mengajukan soalan ini. Sebelum saya tanyakan soalan yang utama, izinkan saya mendapatkan penjelasan tentang beberapa perkara. Saya harap tuan akan menjawabnya. Soalan pertama saya, perkataan Jihad ada terdapat di dalam al-Qur'an dan hadis, apakah maknanya?'.

Penceramah tersebut terus menjawab, 'Jihad berasal dari kata dasar Juhd yang berarti berusaha atau berjuang. Apa yang dilakukan demi Islam adalah Jihad, samada menjawab soalan-soalan agama atau mengajar atau menulis sesuatu tentang persoalan yang penting ataupun memberikan ceramah, semuanya dianggap Jihad'.

Pemuda Kashmir tersebut berkata dengan lantang, 'tuan yang dihormati, saya tidak bertanya tentang makna Jihad dari segi bahasa ataupun dalam konteks kegunaannya seharian. Saya bertanya tentang Jihad pada jalan Allah. Jihad yang juga disebut sebagai Qital (berperang). Saya bertanya tentang Jihad yang menjadikan seseorang itu Mujahid. Soalan saya adalah tentang Jihad yang telah diumumkan di jalan-jalan di Madinah, para sahabat berperang, mara ke medan perang dengan senjata di tangan. Saya bertanya tentang Jihad yang mana Rasulullah s.a.w diperintahkan agar menggalakkan orang-orang beriman kepadanya, yang diwajibkan di dalam al-Qur'an. Maksud saya Jihad yang sesudahnya seseorang samada memperolehi Shahid, harta dan kemenangan.

Saya bertanyakan tentang Jihad yang diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari di dalam 241 bab yang mengandungi banyak hadis-hadis di bawah tajuk Jihad. Jihad yang dinyatakan oleh al-Imam Muslim di dalam 100 bab, al-Imam Abu Daud telah menyatakan 11 bab tentang keutamaan dan kepentingan Jihad, al-Imam an-Nasa'i telah meriwayatkan 48 bab di dalam Nasa'i Sharif untuk membuktikan kepentingan Jihad ini dan al-Imam Ibni Majah telah meriwayatkan dalam 46 bab di dalam Sunan Ibni Majah.

Jihad yang dimaksudkan oleh para ulama hadis yang muktabar ini di dalam kitab-kitab mereka penuh dengan Senjata, Syahid, Kuda-kuda Perang, Panah Memanah, Strategi Perang, Pengintipan, Harta, Rampasan Perang, Kelebihan-kelebihan Para Pejuang, Kelebihan-kelebihan Cedera di masa peperangan, Kelebihan-kelebihan memanah. Segala yang mereka riwayatkan bukanlah di antara perkara-perkara yang boleh dikatakan sebagai berceramah atau menulis (seperti yang tuan maksudkan Jihad).

Saya bertanyakan tentang Jihad yang meninggikan maruah Islam. Melaluinya manusia boleh membezakan di antara seorang Mukmin dan seorang Munafiq. Melaluinya umat Islam menggerunkan orang-orang kafir. Melaluinya sistem Khalifah Islam akan tertegak. Saya bertanyakan tentang Jihad yang menghancurkan segala fitnah. Saya bertanyakan tentang Jihad yang disertai oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Jihad yang disertai oleh para malaikat dari langit dan di mana Hoorain (bidadari) selalu disebut.

Rasulullah s.a.w. selalu menghantar konvoi-konvoi untuk Jihad ini. Saya ingin tahu tentang Jihad ini, yang mana Rasulullah s.a.w. sendiri telah mengambil bahagian sebanyak 27 kali dan telah menghantar pasukan tentera beberapa kali. Jihad yang saya maksudkan adalah Jihad yang mana Kaab Ibni Malik r.a. telah dipulaukan oleh Rasulullah s.a.w kerana tidak ikut serta.

Saya bertanya tentang Jihad yang membincangkan tentang penjagaan sempadan-sempadan, apabila kuda-kuda berlari dan yang diredhai Allah s.w.t. darah mengalir penuh keharuman. Jihad yang mana, 'orang beriman membeli syurga sebagai ganti kepada jiwa dan hartanya'.

Pemuda Kashmir tersebut terus berkata-kata dengan lantang. Para hadirin tenggelam dalam keinsafan. Suara beliau bergema lagi, 'tuan yang dihormati, soalan saya adalah berkenaan dengan Jihad yang mana sesebuah ummah menjadi hina apabila meninggalkannya. Jihad yang menjadi pembela agama ini serta tunjang-tunjangnya.

Pemuda Kashmir tersebut berhenti di akhir kata-kata tersebut. Pandangan pada hadirin tertumpu pula kepada penceramah yang sedang duduk dan menundukkan kepada beliau. Kelihatan beliau seperti kebingungan. Selepas kesepian yang agak panjang, beliau mengangkat pandangan lantas berkata, 'anak muda, kata-katamu benar sekali. Maksud sebenar Jihad adalah berperang pada jalan Allah. Inilah maksud yang dipersetujui oleh para fukaha kita. Orang-orang kafir mesti didakwahkan kepada Islam, sekiranya mereka menolak dan tidak mahu membayar jizyah maka mereka seharusnya diperangi. Ini adalah salah satu daripada kategori-kategori Jihad. Peperangan adalah sebahagian utama dalam maksud sebenar Jihad pada jalan Allah dan dalam erti kata yang sebenar, seorang mujahid adalah seorang yang berperang di medan perang demi mempertahankan Islam.

Saudara sekalian! Jihad adalah kewajipan di dalam Islam dan merupakan amalan yang paling mulia. Seseorang yang gugur dalam perjuangan ini digelar "shahid" manakala yang pulang dengan selamat digelar "ghazi". Jihad adalah satu-satunya jalan mengangkat martabat dan kehebatan Islam. Jihad yang sebenar adalah untuk keluar dengan senjata ke medan perang demi menghancurkan musuh-musuh Islam. Sekiranya debu-debu menyentuh seseorang yang berjihad maka haram api neraka baginya.

'Wahai anak muda, kenyataanmu tentang para ulama hadis yang menggariskan Jihad sebagai berperang pada jalan Allah juga benar'. Seluruh perhimpunan tersebut ditenggelami pemikiran yang dalam dan keinsafan apabila mendengar kata-kata ini daripada mulut penceramah tersebut sendiri. Inilah kali pertama mereka mendengar bahawa menentang musuh-musuh Islam adalah kewajipan dan merupakan ibadah.

Pemuda Kashmir tersebut kelihatan berpuas hati. Kata beliau,'wahai tuan penceramah yang dihormati, saya sungguh berterima kasih pada tuan kerana menjelaskan maksud Jihad yang telah difahami oleh generasi awal kita. Yang telah ditulis dan dibuktikan dengan tindak tanduk mereka. Soalan saya yang kedua, apakah pandangan syariah terhadap Jihad? Adakah ianya fardhu, wajib, sunat ataukah harus? Adakah Jihad satu ibadah yang penting ataupun tidak?

Penceramah menjawab, 'Terdapat dua jenis Jihad. Jihad mempertahankan diri dan Jihad menegakkan Islam. Jihad menegakkan Islam adalah di mana umat Islam mesti mengajak orang-orang kafir kepada Islam. Sekiranya mereka enggan, maka mereka mesti membayar Jizyah. Sekiranya mereka menolak akan pembayaran Jizyah ini maka mereka mesti diperangi. [Walaupun kelihatan seolah-olah Islam itu 'sukakan' peperangan, perlu diingat, bahawa Islam itu adalah menyucikan pengabdian kepada Allah dan kewajipan kita mengajak semua manusia kepada tauhid ini. Lantas sekiranya kita disekat dari menyempurnakan tugas murni bagi menyelamatkan manusia dari mensyirikkan Allah dengan pengabdian kepada sesama makhluk maka wajib mereka yang menyekat ini diperangi. Pada masa yang sama, kita perlu jelas bahawa kita tidak akan memerangi mereka kerana mereka tidak mahu memeluk Islam kerana tidak ada paksaan dalam menjadi Islam. Mereka diperangi kerana menghalang kita menyampaikan kebenaran Islam kepada hamba-hamba Allah di tempat mereka - pengarang]. Jihad dari jenis ini merupakan "fardhu kifayah" - sekiranya segolongan dari ummah ini menunaikannya maka telah memadai bagi pihak seluruh umat Islam.

Jihad yang kedua adalah Jihad mempertahankan diri. Sekiranya, orang-orang kafir menyerang sebuah negara Islam maka Jihad ini menjadi "fardhu 'ain" ke atas para penduduk negara tersebut. Sekiranya umat Islam di negara tersebut tidak mampu mempertahankan negara mereka, maka jatuh pula kefardhuannya pada negara di sebelahnya dan sekiranya masih tidak mampu, maka negara yang kemudiannya pula. Ini berterusan sehingga umat Islam berjaya mengalahkan pihak kafir itu atau sehinggalah seluruh umat Islam di dunia ini difardhukan Jihad ke atasnya. Maksud "fardhu 'ain" adalah wajib ke atas setiap orang. Jihad yang menjadi "fardhu 'ain" ini bermakna tidak perlu lagi mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau sesiapa. Jihad menjadi "fardhu 'ain" apabila orang-orang kafir menyerang bumi umat Islam ataupun bila mereka menghalang umat Islam daripada berdakwah ataupun apabila mereka menangkap orang-orang Islam ataupun apabila seseorang Islam bersemuka dengan orang-orang kafir di medan perang. Jihad menjadi "fardhu 'ain" dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan di atas. Hukum tentang "fardhu 'ain" ini adalah sesiapa yang meninggalkannya adalah fasiq (berdosa besar)'[nota penyusun: fahamlah saya mengapa as-syahid Ibrahim Libya sanggup berjihad ke titisan darah yang terakhir di dalam peristiwa Memali].

Pemuda Kashmir itu berkata lagi, 'wahai tuan penceramah yang dihornati, satu soalan dari saya lagi, apakah berperang pada jalan Allah hanya pada zaman dan era Rasulullah s.a.w. ataupun adakah Jihad ini satu kewajipan pada semua umat Islam sepanjang zaman sehingga hari kiamat? Saya juga mohon tuan menjelaskan samada pertolongan Allah ke atas para mujahid adalah untuk selama-lamanya ataupun hanya pada zaman tertentu sahaja. Begitu juga ayat-ayat al-Qur'an seperti "sekiranya kamu tidak mara berjihad maka Dia akan menyiksa kamu dengan siksa yang pedih" dan hadis-hadis seperti, "apabila kamu meninggalkan Jihad, kamu akan dihina". Apakah kenyataan-kenyataan di atas bagi zaman tertentu atau untuk selama-lamanya?'.

Penceramah tersebut berkata,'saudara sekelian, Jihad pada jalan Allah adalah satu kewajipan di dalam Islam. Malah kewajipan-kewajipan yang lain dijaga oleh Jihad. Hukum Jihad ini berkekalan sehinggalah hari kiamat. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksudnya, 'Jihad akan berterusan sehingga hari kiamat'. Baginda juga telah bersabda yang bermaksud 'akan sentiasa ada golongan dari umatku yang berperang pada jalan Allah'. Daripada hadis-hadis ini, jelas kepada kita bahawa Jihad ini berkekalan sehingga hari kiamat. Manakala bantuan dari Allah pula akan sentiasa bersama-sama dengan para mujahid. Apabila seseorang mujahid itu mara ke medan perang, beliau tidak akan sekali-kali bersendirian, beliau akan sentiasa mendapat bantuan dari Allah, samada beliau kuat mahupun lemah, majoriti mahupun minoriti, berkelengkapan lengkap mahupun tidak. Allah akan sentiasa bersama-sama dengan para mujahid yang ikhlas berjuang pada jalanNya.

'Wahai saudaraku, hadis-hadis yang telah anda nyatakan, dan juga ancaman-ancaman dari al-Qur'an tersebut adalah benar. Perintah tersebut juga sehingga hari kiamat. Inilah sebabnya tidak pernah ada dari kalangan para ulama hadis mahupun fiqh yang menulis atau menyatakan bahawa perintah Jihad telah ditarik balik. Sebaliknya, memang ada usaha-usaha dari pihak penjajah yang memperkenalkan seorang nabi palsu demi menghilangkan semangat dari kesedaran berjihad daripada umat Islam dan diikuti pula dengan menetapkan bagaimana pula sikap umat Islam yang 'cintakan keamanan' [nota penyusun: P***M** juga tergolong dalam golongan ini]. Semua ini adalah usaha jahat pihak penjajah dan rakan-rakan mereka untuk menelan umat Islam dengan mudah. 'Nabi penjajah tersebut, Mirza Qadiani telah mengisytiharkan bahawa Jihad telah dibatalkan'.

Penceramah tersebut kemudiannya dia selepas memberikan jawapan yang begitu jelas sekali. Kemudian beliau menyimpulkan:

· Jihad (berperang) adalah kewajipan yang penting menurut Islam;

· Jihad akan berkekalan sehingga ke hari kiamat;

· Umat Islam tidak akan mendapat apa-apa selain kehinaan dengan meninggalkan Jihad;

· Seseorang yang menafikan Jihad tidak layak mengaku Islam; dan

· Seorang nabi palsu telah mengisytiharkan pembatalan hukum Jihad untuk membantu pihak penjajah.

Sekali lagi suara lantang pemuda Kashmir tersebut memecah kesunyian malam. 'Sudah beberapa hari berlalu sejak saya tiba di sini dari Kashmir. Saudara sekelian mungkin mengetahui bahawa Kashmir adalah bumi umat Islam. Tetapi kini, bumi Kashmir yang indah itu telah bertukar menjadi telaga api. Umat Islam dihapuskan atas kesalahan mengesakan Allah s.w.t. Serigala-serigala Hindu yang dahagakan darah berkeliaran di mana-mana. Sekolah-sekolah dimusnahkan dan anak-anak kita yang masih belum mengerti erti kehidupan dibakar hidup-hidup. Kisah pemusnahan dan pembakaran masjid-masjid dan madrasah-madrasah lebih dahsyat lagi'.

'Tuan penceramah yang dihormati, kesalahan yang paling berat di bumi Kashmir adalah mengesakan Allah s.w.t. dan penjenayah-penjenayah yang paling teruk dihukum adalah umat Islam. Ibu-ibu dan kakak-kakak kita di Kashmir menjadi balu, anak-anak kita menjadi yatim'.

'Tuan yang dimuliakan. Kezaliman yang berlaku di Kashmir menggegarkan langit. Batang-batang besi ditujah ke dalam anggota sulit anak-anak gadis Islam dan kemudian peluru-peluru ditembak. Anak-anak gadis ummah ini yang tidak berdosa diperkosa dan dibunuh'.

'Dalam keadaan yang semakin kritikal ini, kami telah bertekad untuk mengorbankan segala-galanya demi Islam dan keagongannya. Wanita-wanita kami juga telah turun ke medan perang bersama-sama suami, abang dan bapa mereka menentang musuh-musuh Islam ini. Kami berperang bukan mempertahankan bangsa atau keturunan [nota penyusun: kununnya P***M** bermatian-matian mempertahankan bangsa!]. Peperangan kami adalah peperangan mempertahankan Islam dan al-Qur'an. Musuh-musuh kami dilengkapi dengan senjata-senjata berteknologi tinggi. Mereka sentiasa dahagakan darah-darah umat Islam dan mahu terus membalas dendam. Musuh-musuh Allah ini telah memasuki Kashmir dengan tujuan menghapuskan sama sekali bumi Islam ini dan umat Islam di dalamnya. Mereka dilengkapi dengan pesawat-pesawat pengebom dan kereta-kereta kebal'.

Kami lemah, tiada pengalaman dan tiada kelengkapan dan persediaan; kami mara ke medan perang dengan keyakinan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Kami menyesal kerana kami tidak pernah diberitahu tentang perintah Jihad dan persediaan untuk berjihad yang terdapat di dalam al-Qur'an. Sekiranya kami tahu, musuh-musuh Allah ini pasti akan kami sambut dengan 'pukulan-pukulan maut'. Malangnya, kami diajar segala-segalanya tentang hukum dan kelebihan wuduk, haji dan zakat. Kami diberitahu tentang hukum menghormati orang tua dan mengasihi yang muda. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH DIBERITAHU TENTANG HUKUM ISLAM DALAM MENANGANI MUSUH-MUSUH ALLAH. Kami tidak diingatkan tentang sejarah umat-umat Islam yang terdahulu. Hati-hati kami tidak dipenuhkan dengan rasa benci kepada sifat malas dan pengecut'.

Hanya baru-baru ini kami tahu bahawa Rasulullah s.a.w. selalu mengobarkan semangat orang-orang beriman agar berperang. Baginda s.a.w. mengajak orang berperang dan baginda s.a.w. sendiri menyertai peperangan.

Maka natijahnya, umat Islam pada zaman tersebut tinggi maruahnya, hukum-hukum Islam dihormati dan tidak mungkin diperlecehkan. Mereka hidup dalam keamanan dan bermaruah tetapi kami tidak pernah diberitahu tentang ini dan kami juga tidak diajar bahawa perkara ini adalah dari al-Qur'an. Kami tidak tahu ini adalah dari sunnah Rasulullah s.a.w. Maka kini, kami menyaksikan sendiri bagaimana musuh-musuh Islam menindas kami hanya kerana kami inginkan hak kami sebagai manusia. Kehormatan wanita-wanita kami dirampas di hadapan mata kami.

'Tuan penceramah, tuan mungkin sukar mempercayai ini, tetapi di Kashmir, seorang wanita Islam di telanjangkan di hadapan saudara-saudaranya. Seorang ibu dirogol di hadapan anak-anaknya, seorang isteri diperkosa di hadapan suaminya'.

'Tuan penceramah yang dimuliakan, betapa kami berharap kini, kami telah diberitahu bahawa agama kita ini menitik-beratkan pengetahuan menggunakan senjata. Kenapa perintah-perintah ini disembunyikan dari kami? Kami kini, membayar kejahilan ini dengan maruah wanita-wanita Islam, dengan darah anak-anak Muslim, dengan nyawa umat Islam'.

'Alhamdulillah, kami kini telah memulakan Jihad walaupun tanpa latihan dan senjata, meletakkan seluruh keyakinan dan harapan kami kepada Allah s.w.t. TAKBIR. Kami juga tahu bahawa kami mempunyai saudara-saudara seakidah yang lebih satu bilion jumlahnya. Kami juga umat Islam, Islam yang menyebabkan Muhammad bin Qasim bergegas dari Hijaz ke Kabul atas teriakan seorang anak perempuan'.

'Kami juga penganut Islam yang membuatkan Tariq bun Ziyad melancarkan peperangan yang bersejarah di pantai Andalus demi memberikan keadilan kepada seorang anak perempuan Kristian. Islam kami sama dengan Islam yang menggesa Mahmud Ghaznawi dan Ahmad Shah Abdaal mara ke India dari Afghanistan. Lihatlah lembaran sejarah Islam ini. Islam yang anda dan kami anuti'.

'Kami yakin bahawa apabila jeritan ibu-ibu dan anak-anak perempuan kami kedengaran dari bukit-bukit Kashmir, umat Islam keseluruhannya akan tersedar dari tidur yang panjang. Mereka akan bertambah segar apabila mendengar jeritan-jeritan anak-anak kita yang dibakar hidup-hidup'.

'Wahai tuan penceramah, ibu-ibu kami berterusan memberikan kata semangat dan harapan kepada anak-anak yang sudah hilang segala harapan. Kegelapan penindasan ini akan berakhir tidak lama lagi. Seorang ulama dari ummah ini, seorang pengikut Rasulullah s.a.w., seorang pemuda yang beriman akan muncul dan sepertimana Salahuddin Al-Ayubi, beliau akan mengubah kehinaan kami kepada ketinggian maruah sebagaimana menjadi hak umat Islam ini'.

'Tuan yang dihormati, saya kemari dengan mesej yang sama. Saya telah merayu setiap individu. Mengajak mereka atas dasar saudara seIslam, memberikan mereka sumpah atas nama Allah, memberi amaran akan masa depan yang mengancam mereka tetapi tiada siapa yang peduli. Sesetengah mendengar dan menitiskan air mata barang setitis dua. Sesetengah merasa cukup dengan menghina musuh-musuh Allah ini dengan mulut. Sesetengah membuktikan simpati mereka dengan penulisan di dalam akhbar dan menganjurkan demonstrasi atau persidangan. Kemudian semuanya duduk, penuh kepuasan'.

'Tetapi ibu-ibu dan anak-anak di Kashmir, masjid-masjid yang dicemari dan dirobohkan, helaian-helaian al-Qur'an yang dibakar, anak-anak yatim lelaki dan perempuan tidak memerlukan air mata atau kata-kata semata-mata. Malah mereka tidak mendapat apa-apa manfaat dari persidangan-persidangan yang dianjurkan dan mereka tidak akan terbela dengan demostrasi yang diadakan'.

'Tuan penceramah yang dihormati lagi dikasihi, apakah hukum Islam dalam suasana kritikal sebegini? Adakah kita perlu berterusan begini? Adakah kita patut berhenti menggelarkan diri kita muslim? Apakah hukum-hukum Islam dalam keadaan ini? Apakah hukum Islam ke atas kami dan saudara-saudara Islam kami, ke atas tuan dan seluruh hadirin di sini, ke atas lebih satu bilion umat Islam di bumi ini?'.

Pemuda Kashmir tersebut telah selesai berkata-kata. Hampir semua hadirin menitiskan air mata, setiap hati-hati di situ penuh dengan kesedihan. Tangisan kedengaran dari beberapa sudut. Para hadirin menunggu penceramah yang berilmu memberikan jawapan. Tetapi semua mereka kehairanan, penceramah yang petah hanya berdiam diri. Wajahnya menggambarkan keharuan hatinya. Air matanya melepasi pipinya dan membasahi janggutnya.

Melihat penceramah yang terus berdiam diri, pemuda Kashmir tersebut bersuara lagi. Suaranya lantang membelah ke hati para hadirin, 'wahai penceramah yang dihormati, sekiranya Islam dihapuskan dari lembah Kashmir, maka penindasan yang sama akan tiba juga ke sini, ke seluruh bumi umat Islam'.

'Matlamat hindu-hindu musuh Allah tersebut, bukan hanya sekadar Kashmir malah mereka mahukan Pakistan. Wahai penceramah yang dihormati, memang Islam itu sempurna, tetapi tolonglah beritahu kami apakah yang digariskan oleh Islam bagi menjamin keselamatan dan mempertahankan agama yang sempurna ini serta ummah ini?'

'Wahai anak muda, hakikatnya adalah kami tidak merasai api yang membakarmu itu. Kami hidup dalam keamanan dan kemewahan. Maka kami hanyut dari kefahaman sebenar Jihad. Kadangkala kami terasa bahawa agama Allah di hina. Hukum Allah diletakkan di bawah hukum penjajah tetapi kami tetap berdiam diri. Merasakan kehormatan diri kami masih terpelihara [nota penyusun: Bukankah ini yang sedang berlaku di negara kita?]

'Wahai anak muda, malangnya pada hari ini, maksud sebenar Jihad hanya difahami oleh umat Islam yang telah menyaksikan peristiwa-peristiwa yang kamu nyatakan. Kami melihat semua ini dari jarak yang jauh. Untuk menulis dengan pena atau bersuara dengan mulut adalah mudah tetapi bagi bapa yang terpaksa melihat anak perempuannya ditelanjangkan di hadapannya, sekiranya beliau ditanya tentang hukum syariah atas Jihad, tentu beliau dapat menjawab dengan tepat'.

'Walaupun mata kami tidak buta tetapi persekitaran kami terus membutakan kami. Wahai anak muda, saya juga mengaku bahawa satu-satunya jalan ke arah menjaga maruah dan mengangkat martabat ilmu dan ulama dan satu-satunya jalan ke arah keagongan Islam adalah Jihad. Sekiranya kita meninggalkan Jihad, maka musuh-musuh Islam akan menyesatkan ummah ini dengan terang-terangan. Mereka akan memasukkan kebencian ke dalam kotak fikiran ummah ini terhadap ulama dan Islam sejati. Saya juga mengaku bahawa menggalakkan ummah ini ke arah Jihad dan mengajak mereka dengan perbuatan kita sendiri adalah kewajipan ke atas kita, tetapi kita mengelaknya.

'Inilah malangnya nasib kita. Ketika kuasa kuffar menindas umat Islam di Bukhara dan Samarkhan, para ulama Afghanistan sibuk berdebat tentang fardhu 'ain dan fardhu kifayah Jihad, syarat-syarat Jihad, Jihad dalam syariah dan lain-lain. Apabila kuffar menyerang mereka baru mereka faham apa itu Jihad. Mereka lantas mengeluarkan fatwa pada masa itu juga dan dengan kekuatan yang ada, mereka tabah menghadapi musuh-musuh Allah itu. Hari ini kita sedang melakukan perkara yang sama. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar memberikan kita kefahaman akan soal ini sebelum terlambat'.

'Wahai anak muda, semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran kepadamu kerana telah mengingatkan kami tentang jalan untuk kami memperolehi kekuatan dan kebebasan. Jalan bagi kami mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. dan mengikut sunnah RasulNya (s.a.w.). Tidak syak lagi, Rasulullah s.a.w. adalah Rasul keamanan juga Rasul dengan pedang. Tiada syak lagi, Nabi s.a.w. kita mara ke medan perang dengan baju besi dan pedang. Rasulullah s.a.w. juga memimpin para sahabat ke medan juang. Kini kita akan mengulangi sunnah ini. Kita akan tiba ke Kashmir bagi membela ibu-ibu, anak-anak dan saudara-saudara (lelaki dan wanita) kita. Kita akan mengorbankan nyawa-nyawa kita kepada Tuhan kita dengan persaksian KeesaanNya dan keagongan Islam. InsyaAllah'.

Ya Allah, berilah kami kefahaman tentang hakikat kewajipan kami terhadap ummah ini dan bantulah kami untuk mengambil bahagian dalam Jihad ini dan terus istiqamah dalam perjuangan ini. Amin, ya Rabbal'alamin.

MENANTI NAFIRI JIHAD

LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA SYAHID
ALLAHUAKBAR!

BOMOHDIN


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com