Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


MENANTI NAFIRI JIHAD 6: SAMPAI BILA MENYEMBUNYIKAN NAMA DI SEBALIK NAMA LAIN

Adakah menyembunyikan nama di sebalik nama lain menggambarkan seseorang itu pengecut atau dayus? Mungkin sahaja boleh dicari alasan lain yang baik dan munasabah dengan berselindung di sebalik perkataan, "siasah untuk berjuang", agar jangan sampai pencak baru selangkah, tubuh habis ditusuk tombak. Mana pergi ungkapan wirawan, berani kerana benar, takut kerana salah; dari berjuang dengan keraguan lebih baik membelai isteri di atas ranjang. Jika langkah pertama sudah dirundung ketakutan, bagaimana dengan seribu langkah di hadapan? Sumbang nyanyian di awal rangkap, tidak akan melunakkan lagu dengan kemerduan di akhir bait.

Adakah menyembunyikan nama di sebalik nama lain seakan-akan melontar batu sembunyi tangan? Atau dicari sahaja alasan lain yang agak baik dengan berselindung di sebalik ungkapan, "jangan mencampakkan diri ke lembah kebinasaan", agar jangan sampai kata-kata baru sepatah, maki hamun sampai tak sudah. Di mana keberanian? Di mana semangat jihad yang dilaung-laungkan? Menggenggam bara api biar sampai jadi arang; alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan; alang-alang mandi biar basah. Dicincang aku putus, diinjak aku lumat. Digantung aku tinggi, direndam aku lemas, dibakar aku hangus, tetapi itu semua belum tentu membuatkanku mati.

Adakah menyembunyikan nama di sebalik nama lain juga tidak ubah seperti menulis sepucuk surat layang? menyebar berita palsu berdasarkan maklumat yang selalu belum tentu? Atau dicari alasan lunak penyedap hati dengan berselindung di sebalik untaian kata, "berkata dusta berdosa, membuat fitnah akan musnah", agar jangan sampai rumah sedang terbakar, mata hanya memandang; anak gadis diusik orang, sibapa tersenyum girang. Tidak kiralah, tiada gading, tandukpun berguna; tiada rotan, akar jangan disia-sia. Tiada tombak, lidi boleh jadi senjata; tiada perisai, dulang boleh jadi pelindung. Benarkah begitu? atau tidak tahu menari dikatakan papan jongkang-jongkit; tidak tahu menanak nasi dikatakan beras dipenuhi antah. ALASAN!

Cis! tiada bezanya semua ini dengan keperwiraan seekor ayam, yang jantan berkokok lantang membelah bumi tetapi buntut dipenuhi tahi; yang betina, berketak riuh sekampung, bertelur hanya sebiji. Tiada bezanya dengan kekuatan guntur, sabung menyabung membelah langit, tetapi hujan tak kunjung tiba; parang telah tajam diasah tetapi tumpul dik lama disimpan. Tangkal penuh melilit di lengan tetapi bila berpencak, lebih banyak bunga dari buah. Harimau berdehem, air mata mengalir dan nafas semput; harimau mengaum, najis terpancut. Syaitan mengomel di sebalik almari, telapak kaki putih sampai ke pagi.

Cis! tiada bezanya semua ini dengan kelicikan seekor ular., Setelah mematuk, lari menyorok di bawah akar, terkial-kial mangsa mencari penawar. Seperti keling yang tidak berpendirian, berdiri di tengah pagar, melompat di mana suka jika manfaat datang menerpa. Jangan sampai jadi jolokan, "kalau jumpa keling, bunuh keling dulu, baru bunuh ular, kerana bisanya ular boleh diubat, liciknya keling, seumur hidup akan menggeleng".

Cis! tiada bezanya semua ini dengan sekumpulan babi ternakan bernama UMNO BARU(A), takut menghadapi risiko, diterajang sehingga KO. Cinta dunia, harta benda dan keluarga, terkorban harga diri dan agama. Mereka menginjak agama, kita ternganga-nganga, mereka memijak bangsa, kita tetap leka. Kerana tahi cicak sebutir, habis dodol sekawah, negara aib seantero dunia, lantaran sibangsat punya angkara. Undang-undang diliwat, bila mana sempat, perjanjian diengkari bila mana disukai.

MENYEMBUNYIKAN NAMA DI SEBALIK NAMA LAIN adalah fenomena usang yang diulang; dari regim komunis ke regim demokratis. Dipelupuri MAHATHIR MAMAKUTTY untuk mempertahan diri sehingga mati. Menakuti rakyat setiap hari, jangan cuba menentang MAHARAJA ini.

MENYEMBUNYIKAN NAMA DI SEBALIK NAMA LAIN membuatkan pejuang mati tanpa dikenali. Sahabat taulan saling syak mengsyaki. Anak dan bapa, adik dan saudara saling tak kenal di alam "cyber". Suami dan isteri bermuram durja, kerana sentiasa harus waspada, malam berjaga sebagai netter dan web-master.

MENYEMBUNYIKAN NAMA DI SEBALIK NAMA LAIN membuatkan ku sebak, berbicara dengan sahabat yang tidak nampak. Menghadapi situasi yang amat unik, sehingga perasaan sering terhimpit. TOK AYAH, web-master di Tranung Kite dalam e-mailnya bertanya "adakah saudara ini *****DIN bin **DIN?", membuatkan hatiku menjadi runsing. Bukan kerana takut dikenali, tetapi terlalu amat menyesali. Seorang sahabat yang dikenali, terpisah kerana realiti, tak boleh memperkenalkan identiti, sehingga bila harus dinanti? Dapat bersua muka berdakap mesra. TOK AYAH, terima kasih kerana pesanan, sebagai bekal di hari kemudian.

MENYEMBUNYIKAN NAMA DI SEBALIK NAMA LAIN membuatkan kita tidak ke mana, bakti dan jasa sedikit cuma, tiada nilainya sebagai pusaka, dijual tak laku disimpan membeku. HANYA YANG MENAIKKAN HARGA DIRI DAN AGAMA, TIADA LAIN, HANYALAH JIHAD JUA. BERSIAP SEDIALAH PADA BILA-BILA MASA, NAFIRI DITIUP KITA BANGKIT BERSAMA.

LAWAN TETAP LAWAN
ALLAHUAKBAR!

BOMOHDIN.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]