Di antara sekian banyak penyakit yang paling berbahaya jika dihidapi oleh pemerintah adalah ketika mana mereka merasakan diri mereka benar-benar berkuasa. Jika seseorang pemerintah kerasukan nafsu serakah, ingin menunjukkan kekuasaannya dan mulai menganggap dirinya paling berkuasa, tidak ada lagi kekuasaan lain yang diakui dan dipatuhinya, maka sikap ini tidak sahaja membahayakan kehidupan masyarakat tetapi juga boleh mengancam keselamatan dan keharmornian negara. Sesiapa yang sudah dihinggapi penyakit ini, ia akan menjadi sangat agresif. Umur yang lanjut, bukan menjadi halangan. Semua ingin ditundukkan di bawah telapak kakinya.
Penyakit tersebut nampaknya telah lama menular kepada pemimpin nombor satu negara iaitu Mahathir Mamakutty @ P***M**. Di negara yang dikatakan telah merdeka, P***M** menguasai segala-galanya dan penguasaan ini dimilikinya secara total. Di telunjuknya terletak segala peraturan dan undang-undang. Di mulutnya tersimpan pelbagai fatwa sesat lagi menyesatkan. Di fikirannya tersemat seribu macam kebencian kepada agama dan bangsa. Dia di kelilingi sekumpulan "pak angguk" @ "yes man", yang sering mengangguk dan membenarkan semua sikap dan perilakunya. Dia tidak boleh dicabar dan dianggap sentiasa benar. Mencabar bererti kemusnahan atau menempah tiket awal ke neraka.
Pada diri P***M** telah lama terpahat satu fahaman yang terkutuk iaitu fahaman "Fir'aunisme". Ini jelas kelihatan pada tingkah laku dan nafsu serakahnya yang menampakkan ciri-ciri imperialisme (menjajah ekonomi dan fikiran rakyat), militerisme (sanggup menggunakan kekuatan persenjataan untuk membanteras sesiapa yang dianggap menentangnya), chauvinisme, absolutisme dan segala macam isme yang terdapat pada Fir'aun laknatullah.
Hanyasenya satu contoh yang masih belum diteladani oleh P***M** iaitu mengaku dirinya sebagai tuhan sepertimana pengakuan yang dibuat oleh Fir'aun seperti yang termaktub di dalam al-Qur'an: "Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya, seraya berkata, 'Akulah tuhanmu yang paling tinggi'. Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia" (An-Naazi'aat: 22-24). Namun begitu, walaupun belum ada pengiystiharan rasmi dari P***M** yang menganggap dirinya tuhan, tetapi jelas kelihatan ramai pengikut-pengikutnya telah lama "menyembah" beliau. Ketakutan mereka kepada P***M** melebihi takutnya mereka kepada Allah s.w.t.
TETAPI,
"Jika pemimpinnya rosak, niscaya rosak pula rakyat yang dipimpinnya". Fenomena yang amat menyedihkan ini telah berlaku di hadapan mata kepala kita. Ia bermula dari krisis akhlak dan moral yang melanda pemimpin-pemimpin negara. Jika moral pemerintah sudah rosak, negara keseluruhannya akan turut rosak. Bukan hanya ekonominya yang akan menjadi kucar kacir, tetapi segalanya akan menyusul, bermula dengan krisis politik, krisis sosial, krisis keadilan dan akhirnya krisis kepercayaan. Jika sudah tidak ada lagi yang boleh dipercayai, maka segala apapun boleh berlaku. Semua pihak boleh melakukan apa sahaja semahunya. Jangan berbicara soal keamanan, sebab pada situasi seperti itu, keamanan merupakan barang mewah dan harga diri menjadi murah. Fenomena inilah yang menurut ulama-ulama terdahulu sebagai penyebab utama kerosakan kaum muslimin, terampasnya negara dan kehormatan mereka, serta pendorong musuh-musuh Islam menindas dan menghancur peradaban Islam yang dimiliki. Fenomena ini juga merupakan virus utama dari segala jenis penyakit yang dideritai kaum muslimin dewasa ini.
PERSOALANNYA,
Dalam situasi seperti ini, apakah seseorang pemerintah akan dibiarkan tetap berada di atas puncak kekuasaanya? Adakah perlu kita menunggu begitu lama (selama empat tahun lagi) untuk membiarkan barah ini merebak hingga ke jantung atau ke otak? Sanggupkah kita dikecam oleh anak cucu di kemudian hari kerana membiarkan perkara ini berlaku dan usaha kita hanya berdoa di atas tikar sembahyang? Atau sememangnya kita adalah golongan bacul yang bakal sama-sama dihumban ke dalam neraka.
Tepuk dada, tanyalah iman.
LAWAN TETAP LAWAN
ALLAHUAKBAR!
BOMOHDIN.