Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Syabas Sahabatku - engkau boleh menembusi Laman UMNO

SYABAS SAHABATKU!
ENGKAU SABOTAJ LAMAN NAJIS UMNO BARU(A) DENGAN AMAT BERGAYA! MEREKA BUTA KAYU! OTAK TERSUMBAT DENGAN KEPALA TAHI! MANA NAK FAHAM APA YANG KITA TULIS. KITA KUTUK DIA, DIA SUKA PULAK! BAHLOL & TONGONGNYA MEREKA ITU!

Berikut adalah coretan salah seorang netter kita yang berjaya menembusi Laman Umno Baru(a). Perhatikan, bagaimana mereka diperdaya!

TOLAK KEMUNAFIKAN MEREKA

Pembangkang tak habis-habis meneruskan siri-siri pembohongan mereka. Cerita benar diputarbelitkan. Yang salah disokong, yang benar dicaci, difitnahkan dan timbulkan 1001 cerita yang hanya layak diketegorikan dalam cerita dongeng. Bila mereka zalim (?), mereka akan putar balikkan kezaliman mereka pada orang lain. Bila mereka tindas rakyat (?), mereka tuduh orang lain yang menindas. Bila ada bukti, mereka kata tipu. Bila ada saksi, mereka kata telah disogok. Pendek kata apa sahaja salah mereka, mereka akan menafikannya dan menuduh orang lain dan melabelkan ia sebagai "SANDIWARA". Maka bagi satu suara kekesalan yang teramat sangat, puisi ditujukan khas buat mereka ini.

TOLAK KEMUNAFIKAN MEREKA

Akhir-akhir ini, keadaan terasa seperti serba dibodohkan. Tidak ada kebebasan, tidak ada keamanan, huru hara dicetuskan. Semua mesti ikut kehendak mereka. Semua media mahu dikambusnya melainkan yang menyokong membuta tuli perjuangan mereka. Pembohongan demi pembohongan demi pembohongan diulang-ulang tanpa peduli etika. Fakta dikelirukan supaya rakyat semua percaya, yang benar salah yang salah benar, yang suci jijik yang jijik suci yang mulia hina yang hina mulia tiap-tiap hari cuba dipertontonkan. Aqidah terus dipesongkan. Kebenaran terus ditindas. Dan dikebumikan. Keadaan tidak ubah umpama medan perang Lihat pemimpin munafik dengan penyokong buta tulinya. Perjuangan rakus zalim biadap penuh dengan cercaan nista Seolah-olah mereka berkuasa, tunjuk besar kepala Rakyat diperbodohkan. Pemimpin mereka terus menerus mengaut untung. Waktu dahulu lemas dalam timbunan harta, pandai sungguh buat cerita. Rakyat juga terpedaya. Yang berani persoalkan kesahihan cerita diugut ditakut-takutkan. Kezaliman jadi modal cerita tapi rakyat asing masih lagi datang bertimpa-timpa, bukankah pelik? Kini ketika rakyat ditakut-takutkan dengan cerita kezaliman ketika yang sama aqidah umat dipesongkan untuk mengebumikan kebenaran dan keadilan yang sebenar-benarnya haruskah ia dibiarkan terus-berterusan haruskah rakyat terus diperbodohkan dengan membenarkan tukang karut tukang karut mereka mencipta dongeng-dongeng melampau hanya ada satu jalan sahaja iaitu tolak mereka, tolak pemimpin munafik mereka tolak idola unggul munafik ketua mereka insyaallah, rakyat akan bahagia, aman dan makmur.

LAWAN TETAP LAWAN DENGAN MUSLIHAT!
ALLAHUAKBAR!

BOMOHDIN


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]