CHICAGO: Mahathir Mamakutty @ P***M** dalam ucapannya selepas penganugerahan "Award Pencapaian Seumur Hidup" oleh American Finance House Lariba menyeru umat Islam melakukan "jihad sebenar" supaya mereka bebas dari penindasan dan mengambil peranan untuk menjana semula peradaban Islam dengan jayanya. Tetapi, menurut beliau, "peperangan suci" ini adalah dengan berusaha untuk mencapai penyatuan umat Islam, memiliki pemerintahan negara Islam, meningkatkan skil dan ilmu pengetahuan, jauh dari apa yang didokong oleh findamentalis sekarang ini yang "hanya berminat untuk menghias Islam dari luar dan bukannya fundamentalis sebenar". "Tindakan mereka akan hanya menyebabkan perpecahan yang serius di kalangan umat Islam, menyekat perkembangan mereka dan mengekalkan penindasan ke atas mereka oleh orang lain", katanya.
[Komen saya: Wahai P***M**, istilah "jihad sebenar" yang engkau gunakan itu adalah lahir dari "kepala hotak' engkau yang sudah nyanyok dan tak betul itu. Aku suka memberi engkau satu hadis Nabi s.a.w yang berbunyi "Siapa yang mati sedangkan belum pernah berperang dan tidak pernah tergerak hatinya untuk berperang maka ia mati pada satu cabang kemunafikan" (HR Muslim). Mungkin engkau tidak mempercayai hadis di atas kerana engkau adalah penyokong golongan anti-hadis, sekarang cuba buka al-Quran, surah al-Hujurat:15 "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian tidak ragu-ragu dan berjihad fisabilillah dengan harta dan jiwa mereka. Mereka-mereka itulah orang-orang yang jujur (dalam imannya)". Berjihad dengan harta dan jiwa adalah satu kewajipan kepada seluruh umat Islam. Namun, ianya bukan penentu mutlak kejayaan umat Islam di atas muka bumi ini. Rahmat Allah adalah segala-galanya. Cuba engkau paling ke belakang sedikit untuk melihat kehancuran negara Soviet Union, German Timor dan Yugoslavia. Padahal kita tahu bahawa negara-negara tersebut adalah di kalangan negara-negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang terkuat di dunia. Kehancuran negara-negara tersebut bukan kerana kaum ekstrimis, mahupun fundamentalis mereka sebagaimana yang dituduh oleh pemerintah terhadap aktivis umat Islam. Yang menghancurkan mereka bukan rakyat biasa, melainkan para pemimpin yang selalu mengatasnamakan kepentingan rakyat dalam setiap tindakan dan kebijakannya. Tetapi, di belakang rakyat merekalah syaitan durjana yang menghimpun harta dan menindas rakyat yang tidak berupaya. Pemerintah-pemerintah sebeginilah yang telah menghancurkan negara mereka dengan tangan mereka sendiri. Ini juga ada digambar oleh Allah s.w.t. dengan firmannya: "Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya" (Al-Isra': 16). Telah banyak peristiwa di muka bumi ini menjadi bukti akan kebenaran ayat di atas. Berapa banyak bangsa besar telah dihancurkan oleh Allah s.w.t akibat kedurhakaan mereka. Hanya kerana mereka lalai, lupa dan tidak menyedari bahawa sesungguhnya bumi, langit dan seluruh isinya tetap dalam penguasaan Allah. Mereka, seperti engkau, mabuk kepayang seolah-olah kekuasaan sudah berada di tangan].
Dengan melahirkan rasa kesal yang teramat sangat beliau berkata "betapa jauh kita telah ketinggalan" sangat berbeza dengan zaman keemasan apabila Islam mewujudkan orde baru dari Pyrenees ke Himalayas, PM menggesa dunia Islam untuk menilai semula diri mereka dengan bersungguh-sungguh dan membuat keputusan samada untuk terus ke hadapan dan memikirkan bagaimana untuk melakukannya. "Perubahan terpenting yang perlu diambil oleh dunia Islam ialah untuk menerima realiti dan menyesuaikan diri mereka dengannya tanpa meninggalkan dasar-dasar Islam'" tambahnya lagi. Sengaja dia menggunakan perkataan "fundamental" kerana "fundamentals" Islamlah yang mencipta agongan peradaban Islam untuk beberapa abad.
[Komen saya: Wahai P***M** jangan cuba engkau menggambarkan pejuang-pejuang yang telah membina peradapan Islam lampau sebagai mengikut fahaman yang engkau anuti sekarang ini. Engkau telah jauh sesat seperti kesesatan Iblis yang dilontar ke bumi kerana durhaka kepada Penciptanya. Kekuatan iman dan semangat juang pejuang-pejuang Islam dahulu kala tiada bandingannya. Mereka benar-benar memahami roh jihad yang diajar Islam, bukan seperti pemahaman engkau. Menurut mereka, menghilangkan jihad dari ajaran Islam bererti mematikan roh Islam itu sendiri. Selama ajaran jihad masih ada dan terpelihara pada diri umat Islam, bererti Islam masih hidup. Sebaliknya, jika semangat jihad sudah lenyap, maka itu pertanda bahawa Islam hanya tinggal kulit tanpa isi. Islam hanya tinggal nama tanpa erti. Musuh-musuh Islam seperti engkau tahu bahawa kekuatan Islam terletak pada ajaran jihad ini. Oleh kerana itu, mereka berusaha sekuat tenaga untuk menjauhkan ummat Islam darinya. Dengan menggunakan segala cara mereka cuba menyempitkan istilah jihad sebenar dan menyebarkan fitnah seolah-olah jihad itu adalah barbarian yang tak kenal perikemanusiaan. Jihad digambarkan sebagai kebengisan manusia atas manusia lain atas nama Islam seperti yang senantiasa engkau bayangkan di dalam "kepala hotak" engkau yang sudah nyanyok itu. Pada hakikatnya, jihad dalam Islam merupakan ajaran yang amat suci. Ia bersih dari pelbagai tendensi kejahatan, balas dendam, atau berbagai tindakan kebengisan. Jihad adalah satu cara yang diperkenalkan oleh Islam kepada umatnya untuk membela diri, mempertahankan keyakinannya, dan hidup secara layak sebagai makhluk yang bermartabat di bumi ini. Tidak ada satupun perintah dalam al-Qur'an yang mengajak umat Islam memerangi manusia yang berbeza faham, ideologi, mahupun agama. Sebaliknya, umat Islam diimbau dan diajak untuk selalu mempertahankan keadilan, hidup berdampingan dengan semua manusia, baik yang berbeza kaum, suku, bangsa mahupun ideologi dan agama].
Mengulas kejayaannya mendapat pengiktirafan badan tersebut, P***M** menyatakan "hanya sokongan yang jujur, pemahaman yang mendalam dan kerjasama oleh majoriti rakyat Malaysia membawa kejayaan kami mempertahankan ekonomi kami dari percubaan yang disengajakan untuk menghancurkannya". P***M** berkata keamanan dan kestabilan bagi sesuatu negara akan musnah jika rakyatnya berterusan mengadakan bantahan di jalan-jalan raya atas nama demokrasi. "Kami fikir demokrasi bermaksud kebebasan sebenar untuk melakukan apa sahaja termasuk menembak mereka yang kami tidak suka. Tetapi kita telah mempelajari bagaimana untuk menggunakan demokrasi bagi mencapai kerajaan yang stabil. Rakyat seharusnya membenarkan kerajaan untuk memerintah apabila mereka telah dipilih" katanya lagi. "Kerajaan mungkin melakukan kesilapan tetapi tunggulah sehingga pilihanraya yang akan datang sebelum menolak mereka".
[Komen saya: Wahai P***M**, engkau mengigau di siang hari! Keadaan ekonomi negara yang engkau canang-canangkan telah pulih dan berjaya dipertahankan adalah merupaka satu fatamogana yang engkau bawa di dalam mimpimu yang indah. Ianya boleh pada bila-bila masa akan runtuh dan engkau pula akan menyusul dihempap runtuhan itu. Kami, rakyat marhaen tidak mementingkan setinggi mana pencapaian ekonomi yang engkau ingin bawa, tetapi kami lebih mementingkan akidah umat Islam sekarang dan generasi akan datang. Kami juga mementingkan keadilan sejagat di bawah pimpinan wahyu Illahi. Kami akan terus mempejuangkan matlamat-matlamat kami ini walaupun dengan hanya melakukan bantahan-bantahan di jalan raya kerana kami tidak ada kekuatan ketenteraan untuk menumbangkan engkau. TETAPI INGATLAH, kerajaan Indonesia yang beratus kali lebih besar dari kerajaan engkau boleh tumbang dengan bantahan-bantahan sedemikian hasil dari DOA RAKYAT MARHAEN YANG TERTINDAS SEPERTI KAMI.
MAHATHIR! KEHANCURANMU AKAN TIBA DAN SAATNYA BEGITU HAMPIR!
LAWAN TETAP LAWAN
ALLAHUAKBAR!
BOMOHDIN.