Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


UMNO MENGANGGAP MENGIKUT SUNNAH SEBAGAI MENGHINA NABI

Mencontohi Rasulullah s.a.w. adalah sunnah. Mengikut cara hidupnya juga sunnah. Berpakaian, bertingkahlaku dan berpolitik cara Rasululllah juga dikatakan sunnah. Mengikuti sunnah Nabi, diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. sekurang-kurangnya pahala sunat yang jika dihitung ganjarannya dengan apa yang ada di langit dan di bumi niscaya tidak dapat menandingi ganjaran tersebut. Tetapi UMNO BARU(A) menolaknya mentah-mentah. Menafikan sunnah-sunah Nabi dengan mengatakan ianya tidak lagi sesuai dengan zaman. Cara berpakaian Nabi didakwa sebagai pakaian yang hanya sesuai dipakai oleh orang Arab di padang pasir. Mengikut cara Nabi berpolitik dianggap sebagai menghina baginda berasaskan "argument" bahawa Nabi bukan diturunkan untuk sekelompok umat, malah untuk membimbing seluruh umat di dunia ini. Mereka kata, Nabi tidak berpolitik, sedangkan Nabi ada menteri-menteri kabinetnya yang menjaga hal-ehwal negara. Betapa bodohnya mereka ini. Bodoh dan buta dalam memahami sejarah. Sememangnya, Nabi secara "lahiriah" diturunkan kepada sekelompok manusia iaitu bangsa Arab jahiliah untuk membimbing mereka dari segala segi kehidupan dunia, sebagai bekalan menempuh kehidupan akhirat yang berkekalan. Soal dunia yang diajar Nabi meliputi segala ruang lingkup kehidupan yang mengangkat manusia ke tahap yang lebih bertamadun agar menjadi insan yang berguna dan membawa faedah kepada manusia dan alam sejagat seluruhnya. Begitu juga soal berpolitik. Nabi s.a.w. mengajar bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan beliau sendiri adalah contoh terunggul bagi sekelian umat yang datang kemudiannya. Ringkasnya, dikatakan Nabi sebagai pembimbing umat manusia seluruhnya adalah kerana baginda menjadi contoh dan teladan yang baik, walaupun pada hakikatnya baginda hanya diturunkan kepada sekelompok manusia yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan yang hakiki.

MENCONTOHI NABI, BUKAN MENGHINA BAGINDA. NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH SEORANG YANG "HUMBLE". BAGINDA TIDAK MAHU DISANJUNG SEBAGAIMANA UMNO BARU(A) MENYANJUNGINYA DENGAN HANYA MENCANANGKAN BAHAWA NABI PEMIMPIN SELURUH UMAT MANUSIA, TETAPI APA YANG DISURUH TIDAK DILAKUKAN MALAH MENENTANGNYA PULA.

"Janganlah kamu memuji-muji dan menyanjung-nyanjung aku sebagaimana orang Nasrani menyanjung Isa ibnu Maryam. Aku hanyalah hamba Allah dan pesuruhNya" sabda Nabi.

DI BAWAH INI ADALAH SALAH SATU EPISOD DALAM 63 TAHUN USIA NABI S.A.W HIDUP YANG BOLEH MENJADI IKTIBAR KEPADA UMAT DAN PEMIMPIN. PERISTIWA INI JUGA BOLEH MENJADI KAYU UKUR UNTUK MEMBEZAKANNYA DENGAN KEHIDUPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN KERA(JAAN) YANG KONONNYA BEGITU PRIHATIN TENTANG KEPIMPINAN NABI SEBAGAI PEMIMPIN UMMAT SELURUH ALAM.

Dalam berpolitik, Nabi adalah pemimpin tertinggi. Namun gaya hidup baginda adalah amat bersahaja. Menurut hadis dari kata-kata isterinya, Rasulullah s.a.w. biasa menjahit atau lebih tepatnya menampal pakaiannya sendiri, menjahit tali kasutnya yang hampir putus, dan membawa barang-barang yang dibelinya sendiri. Pada suatu hari ketika pulang dari pasar, baginda membawa barangan yang amat berat. Salah seorang sahabat berusaha menghampirinya bagi menawarkan bantuan. Tetapi Rasulullah tidak memperkenankan bantuan tersebut. Baginda berkata "barang ini milikku dan akulah yang sepatutnya membawanya".

Rasulullah tidak sama sekali segan untuk keluar dan masuk ke pasar. Selain untuk memenuhi hajat hidupnya, baginda juga bertujuan melakukan pemeriksaan, iaitu tugas penting seorang pemimpin. Rasulullah merasa kurang puashati dengan hanya mengetahui keadaan hidup umatnya ketika di masjid atau di majlis-majlis lainnya. Baginda senantiasa ingin melihat dengan mata kepalanya kehidupan rakyat yang sebenar dan pasar adalah salah satu tempat utama yang memanifestasikan kesemua itu. Di zaman baginda Nabi, pasar adalah merupakan sumber dari segala persoalan masyarakat. Di sana berhimpun orang yang memerlukan barangan dan memerlukan wang. Di sana juga terdapat penjual dan pembeli. Dalam melakukan urusniaga, tidak kurang terjadinya penipuan dan penindasan. Wujud janji-janji palsu, sumpah palsu, kata-kata palsu dan barangan palsu. Pasar adalah tempat pembahagian rezeki dan peredaran matawang. Ada yang halal dan tidak kurang juga yang haram. Sebagai pemimpin, Rasulullah merasakan bahawa terdapat banyak hikmah dari perjalanannya ke pasar.

Pada suatu hari, baginda Rasulullah bermaksud untuk berbelanja. Dengan berbekalkan wang sebanyak 8 dirham, baginda ke pasar untuk membeli pakaian dan peralatan rumah tangga untuk isteri-isterinya. Belumpun sampai di pasar, baginda bertemu seorang wanita yang sedang menangis. Baginda sempat bertanya kepada wanita tersebut mengapa beliau menangis. Perempuan itu menjawab dengan mengatakan bahawa beliau adalah seorang hamba yang sedang kehilangan wang sejumlah dua dirham. Beliau menangis kerana sangat takut akan didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk menghiburkan perempuan malang tersebut.

Kini wang Rasululullah cuba tinggal 6 dirham. Baginda bergegas membeli gamis, pakaian kesukaannya. Akan tetapi baru hanya beberapa langkah meninggalkan pasar, seorang tua lagi miskin berteriak di khalayak ramai "Barang siapa memberiku pakaian, Allah akan menghiasinya kelak". Rasulullah meneliti keadaan orang tua tersebut. Pakaiannya amat lusuh dan tidak sesuai lagi untuk dipakai. Gamis yang baru dibelinya diberikan kepada lelaki tua itu dengan sukarela. Sudah tidak ada lagi pakaian baru untuk baginda s.a.w.

Tanpa membawa satu barang jua pun, Rasulullah melangkah pulang. Di pertengahn jalan baginda bertembung semula dengan hamba perempuan yang diberinya wang sejumlah dua dirham sebentar tadi. Beliau takut untuk pulang ke rumah kerana khuatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai hamba, nilainya pada saat itu tidak lebih dari seekor binatang yang akan dipukul dengan zalimnya oleh majikan beliau. Rasulullah s.a.w. adalah diutus ke dunia sebagai pembela kepada sekelian rakyat. Dengan senang hati, baginda menghantar perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampai di rumah, baginda mengucapkan salam. Sekali dan kedua kali masih belum berjawab. Dengan salam yang ketiga baru salam disambut oleh penghuni rumah tersebut. Didapati kesemua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya mengapa salam baginda tidak dijawab, pemilik rumah tersebut mengatakan sengaja beliau berbuat demikian dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam sebanyak tiga kali agar mendapat keberkatan Allah. Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Baginda menghantar perempuan yang menjadi hamba tersebut kerana khuatir mendapat hukuman. Rasulullah kemudiannya menyampaikan, "Jika perempuan hamba ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya".

Mendengar ucapan Rasulullah itu, penghuni rumah tersebut terpegun. Mereka mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah. Dengan sepontan mereka berkata,"Hamba ini kami merdekakan kerana Allah".

Betapa bahagianya Rasulullah mendengar ucapan itu. Baginda sangat bersyukur dengan modal 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, iaitu harga diri hamba yang dimerdekakan itu. Baginda bersabda "Tiadalah aku melihat 8 dirham sedemikian besar berkatnya daripada 8 dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman kepada orang yang ketakutan, memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membebaslan seorang hamba belian".

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawahan akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi, "Bahawasanya Allah menolong hambaNya, selama ia menolong saudaranya".

LIHATLAH BETAPA TINGGINYA BUDI PEKERTI PEMIMPIN UNGGUL DUNIA YANG SEPATUTNYA MENJADI SURI TELADAN KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SELEPASNYA. INILAH SUNNAH DAN MENGIKUTNYA BUKANLAH SATU PENGHINAAN.

LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!

BOMOHDIN.

        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]