Seperti yang dijangkakan, hari ini UMNO BARU(A) mula menyerang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengenai isu taun dengan menghantar panglima pertamanya Datuk Seri Naji(s). Sebagai menteri yang menjaga hal ehwal pertahanan negara, UMNO BARU(A) merasakan bahawa Datuk Seri Naji(s) adalah orang yang paling layak dan berani untuk mula bertempur. Mengulas kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan rakyat Kelantan sebagai pengotor, Datuk Seri Naji(s) berkata, "Kerajaan negeri tidak boleh mencari jalan mudah bila berlaku sesuatu masalah dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Saya tidak nafikan memang rakyat ada peranan dalam menentukan kebersihan dan sikap rakyat serta nilai masyarakat itu adalah penting. Tetapi sebagai kerajaan, Menteri Besar (Nik Aziz) mesti bertanya pada dirinya apa kepimpinan dirinya dalam hal ini (mencegah wabak taun). Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mempunyai pentadbiran majlis kerajaan daerah dan perbandaran mesti menjalankan dasar-dasar yang menjurus ke arah mengawal kebersihan" kata Naji(s) (Utusan Meloya, 28.9.2000).
Kata-kata Naji(s) di atas jelas menunjukkan betapa hipokritnya menteri-menteri Kera(jaan) pusat yang seharusnya turut bertanggungjawab kerana merebaknya wabak taun di negara ini. Sepatutnya kemudahan asas kepada rakyat seperti bekalan air yang bersih adalah menjadi tanggungjawab kera(jaan) pusat untuk menyediakannya. Tetapi apa yang berlaku, isu penswastaan air di Kelantan dimanipulasi oleh kera(jaan) pusat dan peruntukan kewangan untuk pembangunan negeri Kelantan di lengah-lengahkan. Apa yang jelas ialah kerajaan negeri Kelantan dianaktirikan dan ditindas oleh kera(jaan) pusat semata-mata kerana ianya diperintah oleh sebuah parti pembangkang. Maka dengan itu segala pembangunan termasuk pembangunan kemudahan asas seperti air, telah terbantut.
Yang menjadi bertambah ironi, bukanlah isu yang cuba diperbesarkan oleh UMNO BARU(A) tetapi individu yang dihantar untuk memanipulasi isu tersebut. Datuk Seri Naji(s) bukanlah orang yang selayaknya untuk memperkatakan soal ini. Yang lebih layak memperkatakannya adalah menteri yang menjaga hal ehwal kesihatan negara iaitu Datuk Chua Ju Min. Namun, kredibilitinya sudah terjejas teruk apabila beliau gagal menangani wabak J.E. yang melanda Bukit Pelanduk dan Sungai Nipah yang mengorbankan ratusan nyawa rakyat. Tetapi apabila Datuk Seri Naji(s) mula memperkatakannya, maka rakyat pula mula merasakan loyanya kata-kata beliau. Bagaimana seseorang itu boleh berkata tentang tanggungjawab, sedangkan tanggungjawab yang dipikulnya telah banyak kali dinodai. Keselamatan negara telah beberapa kali terancam dan yang terbesar adalah isu percubaan menggulingkan kerajaan oleh kumpulan Al-Maunah dan isu pencolekan di pulau Sipadan dan Padanan oleh kumpulan Abu Sayyaf. Isu-isu ini sudah cukup untuk menjadi sebab mengapa beliau patut melepaskan jawatan yang dipegangnya sekarang sebagai Menteri Pertahanan.
Atas alasan tersebut, kata-kata Datuk Seri Naji(s) perlu dirombak dan diubahsuai menjadi seperti berikut:
"Kera(jaan) tidak mahu lagi meletakkan kesalahan kepada orang lain. Saya tidak nafikan memang rakyat ada peranan dalam menentukan keselamatan negara, tetapi peranan kera(jaan) dalam hal ini adalah lebih penting. Sebagai menteri kera(jaan), saya mesti bertanya pada diri saya dan kepimpinan di atas saya dalam hal ini (menjaga keselamatan negara). Sebagai menteri kera(jaan) pusat yang dipertanggungjawabkan, saya mesti menjalankan dasar-dasar yang menjurus ke arah mengawal keselamatan yang lebih baik. Oleh kerana saya telah gagal (banyak kali) melaksanakan tanggungjawab tersebut, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan berkuat kuasa serta merta" (Utusan Internet, 28.9.2000).
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!
BOMOHDIN.