Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Laman Tranung Kite sumber fitnah ?

Saudara webmaster,
Baru-baru ini, Mahathir Mamakutty @ P***M** membuat fitnah lagi dengan mengatakan bahawa laman-laman Pro-Reformasi, termasuk Laman Tranung Kite adalah merupakan laman-laman fitnah yang sangat berminat memfitnah kerajaan. Ini bukanlah tohmahan pertama beliau, malahan sebelum ini telah beberapa kali P***M** melancarkan serangan terhadap laman-laman tersebut secara terbuka. Terima kasih kita ucapkan kepada P***M** kerana memberikan "publicity" percuma kepada kita.

Namun begitu, kita terpaksa akur dan menerima hakikat bahawa kadangkala terdapat juga beberapa maklumat yang disampaikan oleh "netters" lebih berbaur fitnah, tetapi ini sememangnya sukar untuk dielakkan kerana maklumat yang disampaikan itu dilihat begitu cocok dengan sikap dan tindakan pihak yang dikatakan difitnah itu. Mungkin juga "netters" yang berkenaan melakukannya secara simbolik untuk mendedahkan segala pekung busuk yang terdapat pada kerajaan, UMNOmore ataupun P***M** itu sendiri. Usaha-usaha mereka saya lihat sangat kreatif dan begitu berkesan bagi menyampaikan mesej yang mudah tanpa menggunakan perkataan-perkataan yang menjela-jela yang kadangkala membosankan. Contoh terbaik dalam hal ini adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Khalil Yaa'cob yang melarang kakitangan kerajaan atau puak-puak UMNOmore memakai kupiah putih atau berjanggut untuk menghadiri sebarang upacara yang dihadiri oleh P***M**. Maklumat ini dikatakan oleh P***M** sebagai "fitnah", tetapi saya lebih cenderung untuk mempercayai berita tersebut kerana kita sedia maklum bahawa P***M** sangat "anti" dan "phobia" kepada kupiah putih dan janggut.

Persoalannya, adakah kita, khususnya kepada para webmasters mahu menjadi seperti media-media munafik tempatan yang perlu mengikut telunjuk P***M** dan menyiarkan berita mengikut selera beliau? Apakah hak P***M** untuk menyekat kebebasan kita untuk menyuara rasa hati kita mengikut etika kita sendiri, sedangkan kita sedia maklum bahawa media-media mereka langsung tidak mementingkan sebarang etika kewartawanan yang sepatutnya mereka junjung?

Akhirnya,
KALAULAH SURAT PEKELILING ITU ATAU MAKLUMAT-MAKLUMAT SEUMPAMA ITU ADALAH "FITNAH" DARI LAMAN PRO-REFORMASI, ADAKAH "FITNAH" ITU LEBIH JAHAT DARI FITNAH P***M** TERHADAP PEJUANG AGONG KITA DSAI? HANYA "KEPALA HOTAK" P***M** YANG BERANGGAPAN SEDEMIKIAN.

LAWAN TETAP LAWAN
ALLAHUAKBAR!

BOMOHDIN.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]