Segala tindakan Mahathir dan ekor2nya kini seperti
'Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' ialah
memang hidung Mahathir itu besar bukan mancung pun dan
pipinya yang kendur itu cuba dibubuh baking powder
untuk di sorong-sorong...namun tetap penyek dan tidak
menjadi..
Orang2 kampung mendengar berita di tv itu {kerana
tiada lain pilihan} hanya setakat nak tahu apa lagi
modal Ameno nak temberangkan mereka. Malah kalau kita
dengar..mereka ini sudah bijak mentafsir dan
menyanggah apa yang ada disebalik ucapan2 pepuak Ameno
khasnya Mahathir dan seluruh kabinet BNnya itu. Mereka
sudah pandai menyaring berita..kekadang terkejut beruk
kita dibuatnya...pernahkah Pak Amin mendengar ada
sejarah bahawa orang Melayu ini kalah dengan hanya di
Papan Dam sahaja!! saya belum pernah mendengarnya
sebelum ini...dan sampai sekarang masih blurr tentang
itu.
Kita sekarang sedang menyaksikan segerombolan orang2
yang sedang sakit jiwa...kerana:-
Mereka bercakap sendirian..sedangkan rakyat sudah
tidak yakin dan tidak peduli lagi dengan mereka.
Pernah terdengar seorang wakil rakyat {sebelum Teluk
Kemang} bersunggut, kerana tidak di hormati oleh
penduduk kawasannya.
Bila ini terjadi orang Ameno jadi panic...cakap mereka
meracau-racau macam orang demam panas...mungkin mereka
terbayang akan kuasa, kekayaan yang bakal hilang.
Lebih2 lagi bila mereka terbayang akan menjadi
menghuni mahligai Sungai Buluh nanti.
Yup, orang Ameno yang hidup kaya raya dengan perolehan
haram dan penuh skandal, kini diumpamakan seperti
hidup dalam 'bomb jangka'.... yang pada suatu saat dan
suatu ketika akan meletup jua....dan masanya kian
hampir!!
Bila kesabaran dan kepercayaan rakyat selama ini telah
di 'take things for granted' oleh mereka yang mengaku
terlalu bijak dalam segala hal, maka lalu bertukarlah
segala itu kepada suatu kebencian yang tidak dapat
diubat lagi... walau pun air mata melimpah ruah
seperti hujan, atau jambatan emas didirikan atau
hantarannya...serba tujuh...tujuh tempayan hati kuman,
tujuh tempayan hati nyamuk, tujuh tempayan air mata
sidara sunti..dan berbagai-bagai serba tujuh lagi...
namun rakyat tetap menolak.
Apatah pula pinangan itu datangnya dari seorang
Malabari Tua...tetapi rakyat seperti juga Puteri Gunun
Ledang, pinangan boleh dipertimbangankan jika KAKA ini
sanggup memenuhi suatu syarat lagi...iaitu tujuh
mangkuk darah Mirzan, Mokhriz, Mokhzani dan
Marina..Maizura dan Mirza...
Kalau Sultan Mahmud tidak sanggup mengambil semangkuk
darah puteranya...Sanggupkah Mahathir berbuat
demikian? Dalam boleh land semuanya bukan mustahil.
Masihkah ada tempat Mahathir dan sida2nya didalam
politik tanah air sedangkan dihati rakyat sudah
membuah segala kebencian terhadap mereka? I don't
think so.
Kalau dalam kereta tu putar2lah keset Ismail
Kamus..kesah Jin {1 hingga 5} sambil betul2kan
kedudukan bunga peremping pada remos tu he..he..he.
Rupa2nya Jin ini suka bermain-main didalam
tasik...terutamanya waktu senja... oooouuuiiiiii...
bagaimana pula Tasik Hijau keliling Mahligai Putera
Jaya tu? adakah penghuninya? Hmmm yang kita tahu Sri
Perdana tiada tasik kan?
Bunga Peremping
{pengharum sanggul serikandi}