pada suatu ketika saya membawa sekumpulan pelajar berkemah di pinggir hutan . di suatu kawasan yang lapang , pelajar di arahkan membina khemah masing-masing, dan mereka berebutkan sebatang pokok yang tidak di ketahui namanya kerana sifat pokok tersebut yang rendang. pada pandangan rakan guru yang merupakan bekas pelajar jurusan botani, pokok yang menjadi rebutan itu tidak mempunyai nilai komersial. beberapa meter dari pokok tersebut, berdiri teguh sebatang pokok tualang yang memang cantik batangnya dan tinggi nilainya.
apabila di terangkan kepada pelajar tentang pokok tualang dan bertanya mengapa mereka tidak memilih pokok tualang tempat membina khemah, jawapan yang di berikan membuatkan saya berfikir...
mereka berkata bahawa pokok tualang itu mungkin mahal tetapi tidak berguna kepada mereka kerana mereka tidak dapat berteduh di bawahnya. walaupun pokok yang menjadi rebutan itu hanya layak di buat kayu api , tetapi bagi mereka itulah pokok tempat mereka berteduh.
hanya satu perkara terlintas di fikiran saya ketika itu.
walaupun ada individu di negara ini yang mempunyai kekayaan dan kekuasaan tetapi dia tidak menjadi rebutan kerana seperti pokok tualang tadi.. kepentingan nya hanya kepada beberapa pihak sahaja( bagi pokok tualang - tokey balak ) dan bagi individu tersebut - kroni yang mendapat keuntungan dari beliau.
dan dalam masa yang sama, ada invidu yang tidak mempunyai nilai kekuasaan tetapi dia adalah seseorang yang di kagumi oleh rakyat teramai, bukan kerana kekayaan atau kekuasaan tetapi kerana sifatnya yang dapat menaungi ramai orang.
jadi kepada rakan di sini, jadilah tualang sebagai renungan.. mengapa harus kita memuja tualang hanya kerana nilainya yang tinggi walhal kepada kita ia langsung tidak memberi faedah...wallahualam.
cikgu_matematik