Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


IP 161.142.2.10 di FGR sudah dikesan

Netter IP 161.142.2.10 yang merapu, dan mengacau di Forum Gerak Reformasi yang suka menggunakan nama samaran netters yang lain telah dikesan sebagai IP address sebuah Kementerian yang mengendalikan tentang komoditi-komoditi.

IP statik leased line jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat mudah dikesan.

Maklumat ini dikemukakan melalui Mahazalimtwo dan tidak terus kepada FGR untuk melindungi IP kami.

Untuk webmaster FGR, agak elok kiranya membenarkan semula posting-posting melalui saluran proxy servers untuk melindungi para reformis di forum tersebut dari dikesan identiti sebenar mereka melalui IP address. Ini adalah kerana TMnet dan Jaring sudah terima arahan meningkatkan pemantauan untuk mengesan identity sebenar para netters reformasi.

Juga disyorkan install sistem firewall kerana pihak tertentu dengan kerjasama TMnet dan Jaring bukan saja sudah diberi arahan meningkatkan aktiviti hacking PC para netters reformasi, tetapi juga untuk lakukan "denial of service", iaitu bila kita nak masuk aje websites reformasi, sambungan modem kita akan diputuskan.

Lawan Tetap Lawan

Cyber Wars Counter Intelligence


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com